Rabu, 13 Julai 2011

Persediaan Sehari Sebelum 9 Julai

Assalamualaikum,

Lamer aku amik masa nak tulis benda ney. Bukan takut, tapi agak malas. Tapi ney adalah kisah yang benar. kisah perjalanan ke perhimpunan bersih. Sebelum ney macam2 aku dapat kutukan dari kawan aku. Tapi hati aku tetap nak pegi jugak. Sebab bagi aku, pengalaman bukan datang dengan sendiri kita kena cari. Jadi perhimpunan ni aku tak tahu biler pula diorang akan buat. Jadi aku rase agak rugi kalu tak pergi, dah la kami duk dekat sangat dengan KL. Ikutilah kisah ney selanjutnya.

Persediaan kami dah buat lamer dah untuk bersedia pada hari kejadian. Macam2 yang tips diberi menerusi internet dari sekecil2 pekara sehingga sebesar2 pekara sehinggalah hari Ambiga dan A Samad Said berunding dengan Agung dan mendapat  kebenaran untuk perhimpunan tersebut. Serius aku cakap,aku sebagai penyokong bersih merasakan kami telah menang moral  pada pusingan pertama dan pihak yang menentang menerima tamparan hebat. Aku sangat bersyukur.

Tapi, semua tu hanyalah mimpi kat siang hari. Rupanya hanya Agung yang bagi kebenaran, Najib dengan keroninya masih lagi menentang  dengan sekerasnya perhimpunan ini. Tawaran najib untuk berhimpun diadalam stadium hanyalah untuk menyejukkan telinga yang tengah panas dan bukan untuk dijadikan kenyataan. Permainan najib dan keroninya berterusan.

Pada tanggal 8  Julai, aku dan Wan telah mengambil risiko paling besar dalam hidup aku yang tak pernah aku ambl sebelum ney (kitorang boleh didakwa dibawah Akta AUKU). Barang yang ditempah sudah tiba di Kuala Lumpur, jadi aku dan wan perlu bergerak ke TBS atau Terminal Bandar Tasik Selatan. Terminal bas yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Memandangkan kami sudah lambat menerima maklumat, jadi kami bergerak agak lambat. Kami akan bergerak ke TBS menggunakan komuter(kami berada di mid valley waktu ney).

Kami hanya menunggu sahaja komuter untuk tiba. Jantung aku mula berdegup kencang tak kala aku melihat abang polis turun dari komuter. Laju ajer darah aku mengalir. Tapi aku try sedaya upaya berlagak kool. Lutut dah goyang. fFrst time kot buat benda against LAW dan melibatkan polis. Yang aku ingat nama polis tu hakimi dan ader dua calit kat lengan baju dier. Seingat aku, waktu tu ada lebih kurang 8 orang polis yang bertugas dan sbuah Black Maria duk tunggu kat luar. Macam2 yang jadi dan aku malas nak tulis. Sebelum 9 hari bulan, aku punya respek terhadap polis masih lagi tinggi.

Kami terlepas 3 train, bayangkan kami tunggu punya lam lama, tapi setiap kali yangtren  sampai penuh macam dalam tin sardin, macamaner nak masuk?

Jadi, setelah kata putus dibuat, kami akan ke TBS dengan teksi. Kami naik kat bahagian atas dan tahan apek ney untuk ke TBS. Fuh, jahanam duit kami. Kena charge sampai 20 hinggit dah la student lagi. Biler kami sampai, orang yang kami tunggu tu dah blah. Jadi lepas kami call, dia cakap dia akan datang balik. Masa aku sampai dekat TBS, polis dah mula ambil alih tugas pengawal keselamatan, diorang check tiket bas semua orang yang akan menaiki bas. Jantung aku lagi la macam nak meletup, dah la buat benda bahaya. rasa macam nak edar dadah jer aku rase.

Lepas kami semayang Magrib, kami dapat mesej yang Nua tu dah sampai. masa kami naik kat parking lot tu, punya la banyak cctv, cuak pun ada. Nasib Nua guna Civic yang model besar. Aku tak tau aper dia punya model. Jadi lagi mudah la keja kami nak distribute barang tu.

Macam2 yang kami bincang kat dalam kereta. Alhamdulillah, Nua tolong hantar kami gi kat bawah bahagian teksi kat bawah sekali.

Kami punya cuak memuncak biler kami langkah keluar dari kereta, semua yang jadi lepas tu memang kami kena pandai2 tanggung.
Laju jer kaki aku dengan Wan langkah pegi kat tempat teksi. Memang 'rezeki' kami, kami dapat teksi yang join rakancop. Fuh, lagi berderau darah aku.

Waktu teksi mula jalan, aku harap takder roadblock jer. Kalu ader memang lokap kitorang malam tu. Segala perbualan kitorang malam tu masa kat atas teksi memang kami jaga betul2. Hahaha macam2 ktorang 'kencing' pak cik teksi tu sampai bau 'hancing', takut kang dier bawak kitorang terus ke pegi balai lagi la susah.

Biler sampai, masalah baru pulak timbul. Pak guard yang bertugas malam tu check semua beg yang akan masuk. Jadi, macam biasa kalu nak hidup kena pandai2. Alhamdullillah, semua tu dapat diatasi walaupun kami agak terkantoi sedikit dengan pak guard, tapi nasib kami terlepas dan terselamat.

Wassalam

p/s:ini adalah pengalaman yang benar, sehari sebelum hari kemuncak. jadi tunggu ler next post.
read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...