Khamis, 25 Ogos 2011

Pekara yang paling best apabila menjelang cuti Raya!!!!

laju

Fuhh, bes download 3 movie serentak menggunakan perkhidmatan free dangan speed ney.

Memandangkan kat rumah aku takde internet, jadi inilah post aku yang terakhir. Jumpa lagi lepas ney. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…

read more

Selasa, 23 Ogos 2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sumber Inspirasi

Inspirasi

Assalamualaikum,

Inspirasi…

Dari mana korang dapat inspirasi? Lain orang lain sumber, betul tak?

Kali ney aku nak share sumber inspirasi yang aku dapat masa zaman sekolah menenngah dulu dan zaman dekat IPT sekarang ney.

Korang jangan gelak kalau aku cakap yang ssumber inpisrasi aku adalh dari drama Korea dan movie Bollywood. Bunyi macam kelakar, tapi tu lah hakikat yang korang dan aku kena terima.

Masa aku sekolah menengah dulu, drama korea yangmenjadi sumber inspirasi aku adalah citer “My Boss My Hero”.

0 

219159238_6a14d179df_o

600full-my-boss,-my-hero-screenshot

Citer ney aku mula berkenalan masa aku form 5.Bagi aku, cietr tu banyak ader persamaan dengan aku, antara persamaannya adalah aku pun ketua kelas dulu masa form 5. Aku ney dulu jenis low profile skit,jadi bebudak2 susah betul aku nak handle. Alhamdulillah, lama2, dengar jugak diorang kater aku. Kalau dalam citer tu diorang buat band, kelas aku kena wat lakonan. Alhamdulillah dapat number 2 secara keseluruhan. Sebab aku rasa sangat seronok tonton citer tu.

Moral value yang aku dapat dari citer tu adalah:-

-ilmu tidak semestinya hanya untuk golongan tertentu, tapi untuk semua peringkat umur.

-orang hanya akan respek kita bila kita ader ilmu.

-ilmu yang kita peroleh bukan hanya untuk digunakan dalam peperiksaan tetapi untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

-walaupun kita tidak sempurna, namun tidak salah jika kita cuba untuk menjadi sempurna bagi memperbaiki kesilapan lampau.

-yang best citer mengajar aku tentang aper itu cinta pandang pertama. hahahaha Lawak gak aku rase, sebab aku pun bulan pernah ader pengalaman dalam benda2 ney (harap2 ader la can). Tapi biler aku research dalam internet, banyak aper yang dia cakap dalam drama tu betul, jadi korang rase betul tak?

 

Tu adalah untuk zaman aku sekolah menenngah, masa aku sampai di IPT ney pun aku berkenalan dengan citer lain pulak. Masej yang dier nak cuber sampaikan adalah sama, tapi dengan pendekatan yang berbeza. Kali ney jalan cerita lebih matang dan sesuai dengan tahap pemikiran aku ( macam la hebat sangat), tapi serius. memang bez citer tu.

Tajuk citer yangaku cakap matang tu adalah 3 Idiot. Tajuk citer ney macam bodoh jer kan? Lagi sekali diulangi. SANGAT BESTTTT!!!! Korang jangan ingat orang India ney tahu wat filem love jer? Diorang pun pandai buat filem yang berfalsafah tau!!!

3idiots03

Moral value yang aku dapat dari citer tu adalah:-

-Kehidupan bukanlah suatu perlumbaan tetapi untuk dinikmati

-ilmu tanpa aplikasi (amal) adalah suatu yang sia-sia

-belajar, faham dan ingat dan bukanlah menhafal secara membabi-buta

-jangan pandang rendah orang lain

-kejarlah kecemerlangan, kejayaan akan menyusul di belakang anda.

-belajar sebab nak pandai bukan nak kerja.

Memang banyak mesej yang akan korang dapat dari citer ney. Aku sangat suggest agar korang tengok movie ney. Kalu tak da, aku nak korang pegi mencurik mane2 kedai runcit yang jual citer ney.

Jadi, kepada kaki tangan yang suka tengok movie, korang tengok movie dan berfikir. Ambil moral value dan apa masej yang cuba disampaikan oleh penulis skrip. Jangan main tengok ajer!!!

So, sekian wassalam dan selamat mencari dan menonton.

p/s: Borang permohonan masih terbuka… hehehehehhe

read more

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kristianisasi, kerajaan dan pembangkang

confused

Assalamualaikum,

Hangat sekarang isu Kristianisasi sedang dimainkan di media semasa. Macam2 spekulasi yang timbul dari kes tersebut dan masing2 sedang tuding jari sesama sendiri.

Isu ini memang sudah lama wujud di negara kita, terutama negeri Selangor, sejak sebelum dibawah pemerintahan kerajaan Pas lagi, namun sebelum ini isu ini hanya menjadi buah mulut dan tidak menjadi barang mainan di arus perdana. Namun, semenjak kerajaan BN tumbang, pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ini timbul. Contoh isu yang telah dimainkan adalah mengenai is rumah utur pada suatu masa dahulu. Persoalan yang muncul adalah, adakah rumah urut tersebut hanya ditubuhkan selepas kerajaan Pas yang memerintah?

Jika anda sering ke Bukit Bintang, anda akan dapat melihat deretan rumah urut di kiri dan kanan jalan. Persoalan, adakah Bukit Bintang dibina selepas kerajaan Pas yang memerintah? Sama juga dengan kes murtad dan Kristianisasi, sudah lama pekara ini belaku tetapi kenapa arus sekarang isu ini dimainkan di arus perdana?

Persolan demi persoalaan muncul ketika kita sedang menghitung detik menuju ke PRU 13.

Sahabat aku pernah bertanya kepada aku, kenapa orang atau lebih spesifik adalah orang Islam boleh memohon tukar agama?

Jawapan sangat mudah dapat diberi, iaitu kelemahan sistem perundangan Syariah. Sistem perundangan yang kita sedang lihat sekarang dipisahkan kepada beberapa bahagian, dan mengenai Syariah pula diletak ke tempat yang kedua dan ketiga, bukan seperti yang di anjurkan oleh Al-Quran.

Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang meluluskan?

Kita berbalik kepada isu pokok, sebaiknya isu Kritianisasi ini di uruskan dengan cara memperbaiki dari sendiri. Bermaksud, kita menguatkan akidah dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Itu adalah lebih baik buat kita dari sentiasa menuding jari mencari salah masing-masing.

Tidak menhairankan jika ada yang mengatakan bahawa yang terjadi ada agenda yang tersendiri, bukan hendak menfitnah tetapi jika kita berfikir menggunakan akal fikirang yang waras, kita akan dapat lihat kebenarannya.

Jadi, marilah kita bersama-sama mempertahankan akidah kita dari dipesongkan oleh pihak2 yang ingin menghancurkan Islam. Dan ingatlah tugas berdakwah bukanlah hanya terletak dibahu pendakwah sebaliknya dibahu kita semua. Hadis sahihyang menyatakan “Sampaikanlah dari aku walau hanya sepotong ayat” HR Bukhari.

Sekian, wassalam.

read more

Selasa, 16 Ogos 2011

Kenapa Tarzan pakai cawat?

Tarzan_free

Tarzan merupakan ketua bagi segala kera, monyet dan sewaktu dengannya. Beliau sangat dihormati oleh semua di hutan. Beliau bersahabat baik dengan dua ekor beruk yang benama Joe dan Ngang.

Nak dijadikan kisah, pada suatu hari terjadilah perbualan antara dua ekor beruk ini.

Joe: Weh, apasal Tarzan pakai cawat ha?

Ngang : Ntah la, tak pernah pulak aku terfikir nak tanya Tarzan, dier nak jaga status kot. Dia kan leader kita kat sini.

Joe : Aku ader satu idea.

Ngang : Amenda?

Joe : Idea dia adalah, sok sek sok sek sok sek…..

Ngang : Aku suka idea tu!!!

Jadi, diorang pun jalani kehidupan seperti biasa, sihinggalah pada suatu pagi Tarzan dipanggil kerana ada mensyuarat tergempar dengan ahli rimba yang lain. Memandangkan masih awal pagi, jadi beliau mengajak Joe dan Ngang untu menemani beliau mandi di sungai.

Sampai di sungai, Tarzan terus membuka cawatnya dan terjun kedalam sungai yang jernih dan sejuk itu. Debushhhh… Air berkocak.

Joe : Ngang jom!!!!

Sesudah mandi Tarzan keluar dari air dan mencari cawatnya tadi,puas dia mencari tetapi tidak ditemui. Tetapi dia mendengar suara sahabat dia ketawa terbahak-bahak.

Ngang : Patut la dier pakai cawat, dia malu… hahahahahahh…. Dia punya ekor kat depan… hahahahhaha

Joe : Pendek lak tu ekor dier… hahhaahahhhaha

Sejak dari itu, Tarzan terus berpindah ke bandar kerana tidak tahan dibahan oleh warga rimba yang lain….

The End…..

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...