Jumaat, 19 Ogos 2011

Kristianisasi, kerajaan dan pembangkang

confused

Assalamualaikum,

Hangat sekarang isu Kristianisasi sedang dimainkan di media semasa. Macam2 spekulasi yang timbul dari kes tersebut dan masing2 sedang tuding jari sesama sendiri.

Isu ini memang sudah lama wujud di negara kita, terutama negeri Selangor, sejak sebelum dibawah pemerintahan kerajaan Pas lagi, namun sebelum ini isu ini hanya menjadi buah mulut dan tidak menjadi barang mainan di arus perdana. Namun, semenjak kerajaan BN tumbang, pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ini timbul. Contoh isu yang telah dimainkan adalah mengenai is rumah utur pada suatu masa dahulu. Persoalan yang muncul adalah, adakah rumah urut tersebut hanya ditubuhkan selepas kerajaan Pas yang memerintah?

Jika anda sering ke Bukit Bintang, anda akan dapat melihat deretan rumah urut di kiri dan kanan jalan. Persoalan, adakah Bukit Bintang dibina selepas kerajaan Pas yang memerintah? Sama juga dengan kes murtad dan Kristianisasi, sudah lama pekara ini belaku tetapi kenapa arus sekarang isu ini dimainkan di arus perdana?

Persolan demi persoalaan muncul ketika kita sedang menghitung detik menuju ke PRU 13.

Sahabat aku pernah bertanya kepada aku, kenapa orang atau lebih spesifik adalah orang Islam boleh memohon tukar agama?

Jawapan sangat mudah dapat diberi, iaitu kelemahan sistem perundangan Syariah. Sistem perundangan yang kita sedang lihat sekarang dipisahkan kepada beberapa bahagian, dan mengenai Syariah pula diletak ke tempat yang kedua dan ketiga, bukan seperti yang di anjurkan oleh Al-Quran.

Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang meluluskan?

Kita berbalik kepada isu pokok, sebaiknya isu Kritianisasi ini di uruskan dengan cara memperbaiki dari sendiri. Bermaksud, kita menguatkan akidah dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Itu adalah lebih baik buat kita dari sentiasa menuding jari mencari salah masing-masing.

Tidak menhairankan jika ada yang mengatakan bahawa yang terjadi ada agenda yang tersendiri, bukan hendak menfitnah tetapi jika kita berfikir menggunakan akal fikirang yang waras, kita akan dapat lihat kebenarannya.

Jadi, marilah kita bersama-sama mempertahankan akidah kita dari dipesongkan oleh pihak2 yang ingin menghancurkan Islam. Dan ingatlah tugas berdakwah bukanlah hanya terletak dibahu pendakwah sebaliknya dibahu kita semua. Hadis sahihyang menyatakan “Sampaikanlah dari aku walau hanya sepotong ayat” HR Bukhari.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...