Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Mei 2012

1Malaysia Pad

n_ipad

Baru-baru ini, Malaysia lagi sekali melangkah kedepan dalam menyonglap duit rakyat dengan memperkenal 1Malaysia Pad atau Tablet 1Malaysia.

Tablet ini jika sekali pandang memang sangat mirip dengan tablet China yang boleh didapati dari lelong.my yang di mana pembeli boleh mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah iaitu sekitar RM 300-700. Pihak pmbekal meyatakan mereka mendapatkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjua dengan harga yang murah. Anda percaya?

“Ministry of Education will allocate RM42 billion to purchase 1o million units of 1Malaysia Pad for use in schools. The 2 year contract will include added value added features such as 1Malaysia e-mail, 1Malaysia angry birds (1MAG), eSaman, etc.”

Ini adalah petikan yang sangat menarik.

Berikut adalah  pengiraan telah dibuat oleh ahl lowyat.net, dan ini adalah hasil pengiraan mereka.

RM 4,200 per unit (Harga yang diberi oleh pembekal kepada kerajaan)
Selling price - RM 999 per unit (Harga yang dijual)
RM 999 x 10,000,000 unit = RM 9,990,000,000 (Kos pembelian)
RM 42,000,000,000 - RM 9,990,000,000 = RM 32,010,000,000 (Keuntungan Masuk Poket)

Dari pengiraan tersebut, jelas dapat dilihat bertapa banyak ketirisan yang berlaku dan denga terang di canang dalam akhbar. Hanya rakyat Malaysia yang membutkan mata dan memekakkan telinga mengenai isu ini.

RM 32 biliion masuk ke dalam poket mereka. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak menyedari jumlah sebenar satu billion tersebut. Aku andaikan anda mengira bermula dengan satu, dua, tiga dan seterusnya. Saya andaikan anda lansung tidak berhenti untuk makan, minum, tidur dan sebagainya. Anda hanya mengira tanpa henti, nescaya sehingga anda mati mustahil kiraan anda dapat mencapai 1 biliion. Analogi itu cukup jelas menyatakan jumlah sebenar satu billon tersebut.

read more

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kristianisasi, kerajaan dan pembangkang

confused

Assalamualaikum,

Hangat sekarang isu Kristianisasi sedang dimainkan di media semasa. Macam2 spekulasi yang timbul dari kes tersebut dan masing2 sedang tuding jari sesama sendiri.

Isu ini memang sudah lama wujud di negara kita, terutama negeri Selangor, sejak sebelum dibawah pemerintahan kerajaan Pas lagi, namun sebelum ini isu ini hanya menjadi buah mulut dan tidak menjadi barang mainan di arus perdana. Namun, semenjak kerajaan BN tumbang, pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ini timbul. Contoh isu yang telah dimainkan adalah mengenai is rumah utur pada suatu masa dahulu. Persoalan yang muncul adalah, adakah rumah urut tersebut hanya ditubuhkan selepas kerajaan Pas yang memerintah?

Jika anda sering ke Bukit Bintang, anda akan dapat melihat deretan rumah urut di kiri dan kanan jalan. Persoalan, adakah Bukit Bintang dibina selepas kerajaan Pas yang memerintah? Sama juga dengan kes murtad dan Kristianisasi, sudah lama pekara ini belaku tetapi kenapa arus sekarang isu ini dimainkan di arus perdana?

Persolan demi persoalaan muncul ketika kita sedang menghitung detik menuju ke PRU 13.

Sahabat aku pernah bertanya kepada aku, kenapa orang atau lebih spesifik adalah orang Islam boleh memohon tukar agama?

Jawapan sangat mudah dapat diberi, iaitu kelemahan sistem perundangan Syariah. Sistem perundangan yang kita sedang lihat sekarang dipisahkan kepada beberapa bahagian, dan mengenai Syariah pula diletak ke tempat yang kedua dan ketiga, bukan seperti yang di anjurkan oleh Al-Quran.

Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang meluluskan?

Kita berbalik kepada isu pokok, sebaiknya isu Kritianisasi ini di uruskan dengan cara memperbaiki dari sendiri. Bermaksud, kita menguatkan akidah dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Itu adalah lebih baik buat kita dari sentiasa menuding jari mencari salah masing-masing.

Tidak menhairankan jika ada yang mengatakan bahawa yang terjadi ada agenda yang tersendiri, bukan hendak menfitnah tetapi jika kita berfikir menggunakan akal fikirang yang waras, kita akan dapat lihat kebenarannya.

Jadi, marilah kita bersama-sama mempertahankan akidah kita dari dipesongkan oleh pihak2 yang ingin menghancurkan Islam. Dan ingatlah tugas berdakwah bukanlah hanya terletak dibahu pendakwah sebaliknya dibahu kita semua. Hadis sahihyang menyatakan “Sampaikanlah dari aku walau hanya sepotong ayat” HR Bukhari.

Sekian, wassalam.

read more

Jumaat, 17 Jun 2011

UTUSAN MELOYA : Menyalak biar kena pada tempatnya!

utusan meloya

Assalamualaikum,

Pekabo korang semua? Aku pagi Jumaat ney nak share la skit dengan korang pasal kekonfiusan aku dengan UTUSAN MELOYA.

Bebearu ney diorang ader buat katrun pasai kes yang penh panas, tapi aku heran adakah diorang bodoh atau memang jahil pasai agama ney?

Sebab, masa kecik-kecik dulu pun diorang gi sekolah dan belajar subjek agama aku rasa, tapi keodohan diorang sangat terserlah apabila menungkat usia. Semua tumpang kaki mangkuk hayun boleh gi approvekan kartun tu.

Bukan aper, diorang buat macam tu mecam nak tunjuk yang ISLAM ney kolot sangat dan POLIS tu terer sangat.

Tau la nak menggutuk pun, tapi biar la kena gaya.

Kalau nak jadi anjing KERAAA-JAAN pun, bior menyalak kena pada tempatnya.

Takkan benda yang simple tu pun orang nak kena ajar lagi kot.

Korang nilai la sendiri…….

Sekian,

Wassalam.

read more

Khamis, 16 Jun 2011

Bersyukur atau MARAH?

Asslamualaikum,

Aku sikalang tengah keliru pasai kata hati aku ney. OPPP!!! Bukan pasai awek or cikaro ok. Ney pasal masalah yang melanda negara kita dan semakin panas, macam pisang goreng simpang tiga.

Mau aku tak konfius, macam mana aku nak donlod move baru lepas ney kalau KERA-JAAN sekan laman web untuk donlod mendonload. Tetambah citer KL Gengster yang baru kuar nay, risau aku kalau tak leh nak donlod.

Aku bersyukur sebab pengguna IT yang bijak ney mengambil langkah serang balas atas tindakan KERA-JAAN. FUH, cuak diorang. Banyak laman web yang tutup malam tadi. Antara yang menyebabkan KERA-JAAN cuak adalah amaran dari pihak ANYNOMUS nak hack KERA-JAAN punya web.

Antara group yang membuat bontot KERA-JAAN jadi panas adalah:

RileksCrew

anynomus

dragonforce

 

Banyak dah web yang kena hack, macam UITM Penang (semalam), sabahtourism dan banyak lagi……. (HIDUP HACKER!!!!!!!!!!!)

Nak tau…………………………………………………………………………………. Tekan………………………..>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SINI

Jadi korang rase aku patut BERSYUKUR ATAU ‘MARAH’????

Sekian.

Wassalam!!!!

p/s:actually aku syok tengok banyak web KERA-JAAN kena hacked. HAHAHAHHAHAH

read more

Selasa, 17 Mei 2011

Trend Filem Yang Berulang-ulang di Malaysia

roll-filem

Assalamualaikum,

Semalam masa aku tengah melepak lepas gi rock climbing ( first time o, luka abis tangan dan kaki aku) kat Gua Damai, Batu Caves ader la member aku buka citer, stat dari politik, persatuan n then masuk bab movie lak. Aku pun tumpang sekaki join menadah telinga.

Kalau korang perasan dan minat dengan industri perfileman Malaysia ney, korang akan perasaan yang trend filem di malaysia ney lansung tidak berubah dan sama ajer. Kita ada tiga genre yang sangat suka di buat oleh penerbit filem di malaysia.

Genre ney sering berulang ulang ulang ulang ulang ulang dan aku tak tahu diorang nak ulang ulang ulang ulang ulang ualng sampai ble. Genre ney adalah Cinta, Samseng, Hantu. Hantu, Cinta, Sameng. (pelik ajer bunyi) Tu jer.

Tiga ney saja yang sering dibuat kat malaysia. kita seolah-olah hilang identiti kita sendiri sebagai orang melayu yang kaya dengan seni dan kebudayaan orang timur. Kita ambil contoh filem yang telah dihasilkan.

trendfilem

Korang dah perasaan?(ader banyak lagi, nak usha klik sini)

Bebaru ney, KRU telah buat perubahan dalam industri perfilem dan diorang punya pemikiran adalah out of the box. Pertama kali filem epik, Merong Mahawangsa dibuat oleh anak tempatan walaupun banyak kesilapan yang diorang buat tapi ney adalah langkah pertama dalam diorang merubah industri perfileman di negara kita.

Bukan filem epik jer dier buat, filem muzikal, superhero n so on. Genre yang lansung tak penah ader orang terfikir nak buat sebelum ney. Jadi Aku respek dengan trio tu (bukan Datuk Trio tu tau).

Cube korang pikir, kalu la filem Hang Tuah ker aper ker, di ubah dan ditambah CGI secukup rase, di gaul pulak dengan pelakon yang berpengalaman, aku rasa panggung tuh boleh pecah.

Aku bukan la pro sangat bab filem, ader la skit-skit yang aku tahu tapi tak salah sekali sekala kita galakan industri filem kat sini tukar angin dan buat perubahan yang lebih segar ( ayat macam cendawan).

Aper2 pun tahniah buat kepala otak KRU sebab diorang berwawasan dalam segenap aspek.

Adios,

Wassalam.

read more

Selasa, 3 Mei 2011

Hero atau Pengganas

Sejak semalam, ‘polis dunia’ bising menyalak menyatakan bahawa mereka berjaya membunuh pengganas no. 1 dunia, Osama bin Laden.

Ramai ternyata-nyata, '”eh, betui ka apa yang aku dengaq ney?”, kalau korang tanya aku, aku akan jawab ntah. Bagi aku Osama adlah seorang hero, walaupun perjuangan dia agak radikal. tapi dialah berani berdiri menentang ketikia umat Islam lain hanya berani melaung benci keganasan. Berbekal semangat yang jitu, dia melangkah masuk ke alam yang sangat disukai Allah, Jihad Fisabilillah.

Ney aku ada dapat sikit bio mengenai Osama bin Laden dari Berita Hairan,

OsamaBinLaden

ISLAMABAD: Dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 1957, Osama bin Laden seorang daripada 54 anak Mohamad Bin Laden, pemilik empayar pembinaan di Arab Saudi dan hartawan yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi. Ibunya berasal dari Syria.
Pada 1969, bapanya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter dan ketika itu Osama berusia 11 tahun dan dipercayai mewarisi kekayaan AS$80 juta (RM236 juta). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Jeddah.

Osama, satu-satunya anak lelaki Mohammad daripada isteri ke-10, Hamida al Attas. Ibu bapanya bercerai sebaik beliau dilahirkan dan ibunya kemudian mengahwini Mohammed al-Attas. Pasangan itu mempunyai empat anak dan Osama membesar bersama adik tirinya.

Beliau dibesarkan sebagai pengikut Wahabi dan memasuki sekolah elit, Sekolah Al-Thager Model, antara 1968 hingga 1976 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti King Abdulaziz tetapi ada sumber memberitahu beliau tidak menghabiskan pengajiannya. Beliau dilihat berminat terhadap aktiviti agama dan jihad serta kerja kebajikan. Beliau juga minat menulis sajak.
Pada usia 17, Osama berkahwin dengan isteri pertama, Najwa Ghanem di Latakia.

Menurut CNN, sehingga 2002, Osama dikatakan berkahwin dengan empat wanita dan mempunyai kira-kira 25 anak antara 12 hingga 24 tahun.
Sekitar 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.
Pada 26 Disember 1979, tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seluruh dunia.
Empat tahun kemudian, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan pelampau Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan.

Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahiran dan dua bandar suci umat Islam.
Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap keganasan kumpulan pelampau Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.

Beliau kemudian menetap di Sudan. Arab Saudi melucutkan kewarganegaraan Osama pada 1994 selepas beliau mengeluarkan fatwa mencela Amerika dan keluarga diraja Arab Saudi. – AFP / Agensi

semak

Pihak Amerika telah menconteng arang kat muka Osama dengan mengatakan bahawa dia adalah dalang disebalik serangan 11/9, memang hebat Semak ketika itu berbicara,tiada siapa berani berkata-apa, semua terkejut dan tergigit jari. Berbekal alasan tersebut, Amerika telah berjaya menawan Iraq yang kaya dengan emas hitam.

11Sept

Kalau korang selalu baca mengenai konspirasi dunia, serangan tersebut adalah satu konspirasi yang dijadi sebagai lesen P kepada Amerika unutk masuk ke dalam Iraq. Lagi sekali, aku nak ucap ‘tahniah’ kat Semak sebab berjaya mencetus Islamphobia  kat seluruh warga dunia.

Andai kata Osama telah gugur, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Al-Fatihah…

read more

Rabu, 20 April 2011

Student Dulu-dulu, Student Sekarang-sekarang.

Assalamualaikum,

abc

Korang penah dengar peribahasa melayu susu dibalas tuba tak? Aku rasa korang mesti penah punya. Sebab korang suma gi sekolah dulu, kalu lupa tu Nampak sangat korang banyak telan semut. Ok, aku terfikir peribahasa ney sewaktu aku duk kat dalam kelas, tengah duk belajar math tiba2 teringat kat peribahasa ney.

Kalau kita ingat, cikgu la yang ajar kita baca ABC, kira 123. Tau amenda tu tambah, tolak, darab dan bahagi. Tau apabenda tu You, me, is, no, tengkiu and so on.

Nak jadi al-kisah yang aku tak kisah ney, aku teringat kat cikgu sekolah aku dulu. Memang susu dibalas tuba. Sekolah mana, sori la tak mampu aku nak cerita. Bukan hape, cikgu banyak yang nak tolong student tapi student lansung tak penah nak endah apa yang cikgu cakap. Malah ada yang melawan. Korang yang penah jadi student ney mesti paham kan.

Kes yang selalu kita dengar, student pukul cikgu! Punya la kurang ajar, orang nak ajar bagi penuh dia pukul pulak cikgu tu. Aduh masalah betui. Dunia dah terbalik, macam keluarga 69.

Aku penah tanya tok aku dulu, cikgu dulu2 macam mana? Korang tau apa yang tok aku cakap. Cikgu zaman dulu, student cukup takut dan respek. Sebab cikgu tu taraf dia tinggi nak curah ilmu kat anak bangsa yang sedar diri kata diorang tu bodoh. Bila bodoh bnak kena cari ilmu bagi pandai. Bukan setakat kat dalam sekolah budak2 respek kat cikgu, kat luar sekolah pun diorang takut dengan cikgu.

Fuhh, cikgu dulu emang hebat. Ney contoh dilog yang buleh aku guna nak buat pelambangan bertapa orang sangat respek kat cikgu tu. Jom cekiit daut!

Bapa: assalamualaikum cikgu.

Cikgu: waalaikumsalam.

Bapa: cikgu, saya nak hantar anak saya ke kat sekolah. Saya nak anak saya jadi orang yang berguna.

Cikgu: Insyaallah.

Bapa: kalau perlu, cikgu pukui la anak saya kalau degil, jangan sampai patah riuk sudah.

Cikgu: insyaallah.

Korang dah Nampak? Bapak bagi full power kat cikgu untuk ddik anak diorang jadi manusia. Tapi sangat berbeza dengan zaman sekarang. Anak dengan bapak sama naik mangkuk hayun. Aku ada conth, nak tau jom cek cek cek it out!!!

Bapa: cikgu! (salam dah hillang)

Cikgu: ye saye (gerun sebab bapak macam nak makan orang)

Bapa: saya nak hantar anak saya belajar dekat sini (dengan eksyen yang tahap dewa)

Cikgu: boleh encik xxx.

Bapa: saya tak mau cikgu touch anak saya, pukul lagi jangan. Saya nak anak saya jadi BINATANG. Kalau cikgu pukul anak saya, kita jumpa dekat MAHKAMAH.

Korang dah Nampak beza dia? Budak zaman la kebai, bapak kaver la hape la. Cikgu pun x bran nak kacau budak tu. Last2 jadi BINATANG la jugak dia. Kita buleh tengok, mak bapak pun main peranan dalam benda ney jugak.

rotan

Kalau korang selalu duk usha2 pasai kes juvana@bawah umo, korang mesti tahu memang semakin hari semakin mengerun dan gurunkan. Jadi aku rasa inisiatif untuk atasi masalah ney, kembalikan zaman kegemilangan cikgu dengan ROTANNYA!! Nak bagi student sedar hala tuju hidup ney bukan just nak seronok ja.

Jadi, kalau korang student, korang kena paham yang cikgu korang denda korang tu nak bagi korang berjaya. Korang ingat aku tak penah kena ke? Penah la wei. Kena ketuk ketampi, rotan, apa lagi aku pun dah tak ingat. Penah sekali aku balik ngadu kat mak aku. Korang tau mak aku buat apa? Dia gi amik rotan, tambah kan sengsara aku yang tak siapkan keja sekolah. Dari rotan, ketuk ketampi, la aku dah buleh senyum kat mana aku ada la.

TIMA KASIH CIKGU!!

read more

Isnin, 18 April 2011

Samseng Jalanan VS Samseng Lautan

Assalamualaikum,

rem-it

Lepas semayang subuh tadi, aku macam besa la gi on lappy n tengok kat Berita Hairan Online tengok cita apa yang bez. Aku agak terkejut la, aku selama ney duk besa dengar pasai kisah samseng jalanan jer tapi pagi ney aku terbaca pasai samseng lautan atau nelayan yang samseng.

Kenapa diorang di gelar samseng? Sebab diorang g tangkap ikan dah la pakai pukat tarik, pastu g serbu tagkap dekat jeti berhampiran jeti orang, mau orang tak marah. Habis ikan diorang kebas, cian kat nelayan yang kena kebas ikan berhampiran. Bukan la aku nak cakap laut tu diorang punya, tapi piker la tempat banyak lagi periuk nasik orang jugak diorang gi sapu.

Lepas tu, yang bez nya, kalau geng pak cik ngan mak cik nelayan yang kena kebas tu g buat repot polis, memang diorang cari nahas. Fuj, macam geng Yakuza ngan mafia la pulak. Aku masa kat kampong dulu pun, ada la jugak member yang ikut kongsi gelap ney macam Geng Tok Ayah ngan Geng 3 Line(bukan adidas tau) diorang tak la ganaz macam ney. Yang geng nelayan ney lagi samseng rupanya. Aduh…

syamsul

Kepada yang rapat o sedara dengan Syamsul si anak Yusof Haslam tu, korang buleh la suggest kat dia buat cita o filem pasai SAMASENG LAUTAN pulak. Hahahah mesti kotak pejabat punya aku rase.

Lepas ney, maybe kita buleh dengar cita pasai Samseng Awangan. Geng pilot jadi samseng kat atas sana, pastu gi nyakat pilot lain waktu diorang tengah drive kapal terbang…

Jadi, sekian dulu. Aku nak kena sambung study, malam ney aku ada exam mid sem. So doakan kejayaan aku.

Wassalam.

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...