Rabu, 20 April 2011

Student Dulu-dulu, Student Sekarang-sekarang.

Assalamualaikum,

abc

Korang penah dengar peribahasa melayu susu dibalas tuba tak? Aku rasa korang mesti penah punya. Sebab korang suma gi sekolah dulu, kalu lupa tu Nampak sangat korang banyak telan semut. Ok, aku terfikir peribahasa ney sewaktu aku duk kat dalam kelas, tengah duk belajar math tiba2 teringat kat peribahasa ney.

Kalau kita ingat, cikgu la yang ajar kita baca ABC, kira 123. Tau amenda tu tambah, tolak, darab dan bahagi. Tau apabenda tu You, me, is, no, tengkiu and so on.

Nak jadi al-kisah yang aku tak kisah ney, aku teringat kat cikgu sekolah aku dulu. Memang susu dibalas tuba. Sekolah mana, sori la tak mampu aku nak cerita. Bukan hape, cikgu banyak yang nak tolong student tapi student lansung tak penah nak endah apa yang cikgu cakap. Malah ada yang melawan. Korang yang penah jadi student ney mesti paham kan.

Kes yang selalu kita dengar, student pukul cikgu! Punya la kurang ajar, orang nak ajar bagi penuh dia pukul pulak cikgu tu. Aduh masalah betui. Dunia dah terbalik, macam keluarga 69.

Aku penah tanya tok aku dulu, cikgu dulu2 macam mana? Korang tau apa yang tok aku cakap. Cikgu zaman dulu, student cukup takut dan respek. Sebab cikgu tu taraf dia tinggi nak curah ilmu kat anak bangsa yang sedar diri kata diorang tu bodoh. Bila bodoh bnak kena cari ilmu bagi pandai. Bukan setakat kat dalam sekolah budak2 respek kat cikgu, kat luar sekolah pun diorang takut dengan cikgu.

Fuhh, cikgu dulu emang hebat. Ney contoh dilog yang buleh aku guna nak buat pelambangan bertapa orang sangat respek kat cikgu tu. Jom cekiit daut!

Bapa: assalamualaikum cikgu.

Cikgu: waalaikumsalam.

Bapa: cikgu, saya nak hantar anak saya ke kat sekolah. Saya nak anak saya jadi orang yang berguna.

Cikgu: Insyaallah.

Bapa: kalau perlu, cikgu pukui la anak saya kalau degil, jangan sampai patah riuk sudah.

Cikgu: insyaallah.

Korang dah Nampak? Bapak bagi full power kat cikgu untuk ddik anak diorang jadi manusia. Tapi sangat berbeza dengan zaman sekarang. Anak dengan bapak sama naik mangkuk hayun. Aku ada conth, nak tau jom cek cek cek it out!!!

Bapa: cikgu! (salam dah hillang)

Cikgu: ye saye (gerun sebab bapak macam nak makan orang)

Bapa: saya nak hantar anak saya belajar dekat sini (dengan eksyen yang tahap dewa)

Cikgu: boleh encik xxx.

Bapa: saya tak mau cikgu touch anak saya, pukul lagi jangan. Saya nak anak saya jadi BINATANG. Kalau cikgu pukul anak saya, kita jumpa dekat MAHKAMAH.

Korang dah Nampak beza dia? Budak zaman la kebai, bapak kaver la hape la. Cikgu pun x bran nak kacau budak tu. Last2 jadi BINATANG la jugak dia. Kita buleh tengok, mak bapak pun main peranan dalam benda ney jugak.

rotan

Kalau korang selalu duk usha2 pasai kes juvana@bawah umo, korang mesti tahu memang semakin hari semakin mengerun dan gurunkan. Jadi aku rasa inisiatif untuk atasi masalah ney, kembalikan zaman kegemilangan cikgu dengan ROTANNYA!! Nak bagi student sedar hala tuju hidup ney bukan just nak seronok ja.

Jadi, kalau korang student, korang kena paham yang cikgu korang denda korang tu nak bagi korang berjaya. Korang ingat aku tak penah kena ke? Penah la wei. Kena ketuk ketampi, rotan, apa lagi aku pun dah tak ingat. Penah sekali aku balik ngadu kat mak aku. Korang tau mak aku buat apa? Dia gi amik rotan, tambah kan sengsara aku yang tak siapkan keja sekolah. Dari rotan, ketuk ketampi, la aku dah buleh senyum kat mana aku ada la.

TIMA KASIH CIKGU!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...