Selasa, 3 Mei 2011

Hero atau Pengganas

Sejak semalam, ‘polis dunia’ bising menyalak menyatakan bahawa mereka berjaya membunuh pengganas no. 1 dunia, Osama bin Laden.

Ramai ternyata-nyata, '”eh, betui ka apa yang aku dengaq ney?”, kalau korang tanya aku, aku akan jawab ntah. Bagi aku Osama adlah seorang hero, walaupun perjuangan dia agak radikal. tapi dialah berani berdiri menentang ketikia umat Islam lain hanya berani melaung benci keganasan. Berbekal semangat yang jitu, dia melangkah masuk ke alam yang sangat disukai Allah, Jihad Fisabilillah.

Ney aku ada dapat sikit bio mengenai Osama bin Laden dari Berita Hairan,

OsamaBinLaden

ISLAMABAD: Dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 1957, Osama bin Laden seorang daripada 54 anak Mohamad Bin Laden, pemilik empayar pembinaan di Arab Saudi dan hartawan yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi. Ibunya berasal dari Syria.
Pada 1969, bapanya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter dan ketika itu Osama berusia 11 tahun dan dipercayai mewarisi kekayaan AS$80 juta (RM236 juta). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Jeddah.

Osama, satu-satunya anak lelaki Mohammad daripada isteri ke-10, Hamida al Attas. Ibu bapanya bercerai sebaik beliau dilahirkan dan ibunya kemudian mengahwini Mohammed al-Attas. Pasangan itu mempunyai empat anak dan Osama membesar bersama adik tirinya.

Beliau dibesarkan sebagai pengikut Wahabi dan memasuki sekolah elit, Sekolah Al-Thager Model, antara 1968 hingga 1976 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti King Abdulaziz tetapi ada sumber memberitahu beliau tidak menghabiskan pengajiannya. Beliau dilihat berminat terhadap aktiviti agama dan jihad serta kerja kebajikan. Beliau juga minat menulis sajak.
Pada usia 17, Osama berkahwin dengan isteri pertama, Najwa Ghanem di Latakia.

Menurut CNN, sehingga 2002, Osama dikatakan berkahwin dengan empat wanita dan mempunyai kira-kira 25 anak antara 12 hingga 24 tahun.
Sekitar 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.
Pada 26 Disember 1979, tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seluruh dunia.
Empat tahun kemudian, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan pelampau Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan.

Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahiran dan dua bandar suci umat Islam.
Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap keganasan kumpulan pelampau Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.

Beliau kemudian menetap di Sudan. Arab Saudi melucutkan kewarganegaraan Osama pada 1994 selepas beliau mengeluarkan fatwa mencela Amerika dan keluarga diraja Arab Saudi. – AFP / Agensi

semak

Pihak Amerika telah menconteng arang kat muka Osama dengan mengatakan bahawa dia adalah dalang disebalik serangan 11/9, memang hebat Semak ketika itu berbicara,tiada siapa berani berkata-apa, semua terkejut dan tergigit jari. Berbekal alasan tersebut, Amerika telah berjaya menawan Iraq yang kaya dengan emas hitam.

11Sept

Kalau korang selalu baca mengenai konspirasi dunia, serangan tersebut adalah satu konspirasi yang dijadi sebagai lesen P kepada Amerika unutk masuk ke dalam Iraq. Lagi sekali, aku nak ucap ‘tahniah’ kat Semak sebab berjaya mencetus Islamphobia  kat seluruh warga dunia.

Andai kata Osama telah gugur, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Al-Fatihah…

1 ulasan:

peep berkata...

grrr.. xya tag aku.. ko buat post tuh then comment kt post minah tu link ko.. tag la org len.osama bbilik ko tu ke judi ke.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...