Memaparkan catatan dengan label Just4laugh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Just4laugh. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

Kenapa Tarzan pakai cawat?

Tarzan_free

Tarzan merupakan ketua bagi segala kera, monyet dan sewaktu dengannya. Beliau sangat dihormati oleh semua di hutan. Beliau bersahabat baik dengan dua ekor beruk yang benama Joe dan Ngang.

Nak dijadikan kisah, pada suatu hari terjadilah perbualan antara dua ekor beruk ini.

Joe: Weh, apasal Tarzan pakai cawat ha?

Ngang : Ntah la, tak pernah pulak aku terfikir nak tanya Tarzan, dier nak jaga status kot. Dia kan leader kita kat sini.

Joe : Aku ader satu idea.

Ngang : Amenda?

Joe : Idea dia adalah, sok sek sok sek sok sek…..

Ngang : Aku suka idea tu!!!

Jadi, diorang pun jalani kehidupan seperti biasa, sihinggalah pada suatu pagi Tarzan dipanggil kerana ada mensyuarat tergempar dengan ahli rimba yang lain. Memandangkan masih awal pagi, jadi beliau mengajak Joe dan Ngang untu menemani beliau mandi di sungai.

Sampai di sungai, Tarzan terus membuka cawatnya dan terjun kedalam sungai yang jernih dan sejuk itu. Debushhhh… Air berkocak.

Joe : Ngang jom!!!!

Sesudah mandi Tarzan keluar dari air dan mencari cawatnya tadi,puas dia mencari tetapi tidak ditemui. Tetapi dia mendengar suara sahabat dia ketawa terbahak-bahak.

Ngang : Patut la dier pakai cawat, dia malu… hahahahahahh…. Dia punya ekor kat depan… hahahahhaha

Joe : Pendek lak tu ekor dier… hahhaahahhhaha

Sejak dari itu, Tarzan terus berpindah ke bandar kerana tidak tahan dibahan oleh warga rimba yang lain….

The End…..

read more

Ahad, 24 April 2011

Katok La Lipah Tu!

Assalamualaikum,

katok

Ney kisah ney aku tak hingat aku dapat mana. Jadi, sebelum ak tidow ajer semalam aku duk memikir, amende aku nak update pagi esok nyer(dah tengah hai pun)

Tiba-tiba aku dapat ilham nak update amende. Jadi, sori kepada mana2 pihak sebab aku tak letak kredit yer.

Pada suatu pagi yang dingin, angin bertiup bebudi-bahasa pada suhu –10C yang menyejukkan. Dua sahabat bernama Mangkuk dan Hayun, sedang pulun bertarung untuk menentukan siapakah lebih hebat, setelah sepurnama diorang berlatih bermain dam, tibalah masa untuk mereka menentukan siapa yang paling terer.

Perlawanan sengit itu berlansung selama beberapa bulan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba, ader sekor lipas melintasi gelangang pertarungan mereka. tetibe ajer Mangkuk dari Kedah cakap, “Opocot, lipas! Hayun katok lipaih tu!”. “Mende mu ney, lipah tu. Katok mende nyer”, Hayun cube nak cer yang atas gelangang diorang tu lipas bukan katak.

“Katok la, dengan dengan hang dah tu”, Mangkuk menyuruh Hayun memukul lipas tu.

Hayun dah mula berang,” Mu ney nape? Lipah mu kate katok! Abih tu, katok mu kate lipah?”

“Aku suruh katok lipaih tu!”, Mangkuk pun sudah mula naik darah setinggi 100 cm.

“Pulok, katok lipah! Yang aku tau, katok puru, katok pise dang katok-katok sedenngan nyo.” Hanyun cuba menerangkan sepisis katak lain yang terdapat di dalam dunia.

Perang mulut antara dua sahabat, Mangkuk dan Hayun berterusan selama beberapa purnama dan pertarungan mereka lansung dilupaka. Oleh kerana diorang sangat mangkuk hayun, akhirnya lipas itu bertemu jodoh dengan lipas betina dan hidup happily ever after.

The End.

read more

Isnin, 18 April 2011

Sketsa Kehidupan.

just4laughSedutan Hantu Kak Limah Balik Kampung!! Hehehe

Rekaan semata-mata.

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...