Jumaat, 6 Mei 2011

Pegang Tangan : Erti Seorang Sahabat

holding-hands

Assalamualaikum,

Fuh, panas panas panas nenas. Nak pegang tangan yer? Gatal ko. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan la pegang tangan dengan awek. Tu salah, HARAM. Memang best, lembut, gebu, pendek kata memang best la kalu bleh pegang tangan pompuan ney (aku tak buat yer).

Pegang tangan. Kisah ney berlaku kat aku, rumate aku. Nama? Tak yah la korang tau yer. Kisah ney terjadi waktu kitorang kuar oting g KL. Kuar reramai, pastu masa nak lintas jalan, tetiba jer rumate aku pegang tangan aku dan seret aku lintas jalan.

Aku rase korang mesti pikir lain kan. Fuh, kotor gile otak korang. Bagi aku, dia cukup caring dengan orang sekeliling. Menjaga keselamatan kawan macam menjaga keselamatan diri sendri, korang ingat senang ke nak jumpa kawan macam tu?

Yang selalu korang jumpa kawan makan kawan. Kawan waktu kita senang ramai, memang ramai tak cukup jari kaki tangan nak kira, tapi kalu kawan masa kita susah, Ya Allah punya la susah kita nak cari. Pak Lang aka pak sedara aku penah cakap, kawan kita senang giler nak cari. Korang gi kedai mamak pun dia dah buleh jadi kawan korang (kalu korang jenih banyak mulut la), tapi kalau SAHABAT susah nak cari. Jadi, korang yang ader sahabat baik tu, pandai-pandai la jaga hati diorang.

Berbalik kat cerita kawan aku yang pegang tangan aku waktu lintas jalan tu, memang aku tersentuh waktu tu. Yang aku ingat, mak ngan bapak aku ja pegang tangan aku waktu aku nak lintas jalan, tapi ney kawan yang aku baru kenal satu sem. Tak tahu la korang buleh paham tak perasaan aku ney, tapi tulah hakikat dia.

Jadi, korang usha-usha la. Kalau kawan korang lintas jalan dia pegang tangan korang, korang jangan pikir lain (kalu balak pegang tangan awek tu TAK KIRA tau tak, tak termasuk dalam senarai yang dibenarkan). Pastu korang tengok lak member korang yang masa lintas jalan, syummmmm……. Sedar tak sedar dia dah duduk kat seberang jalan. Ha, korang pikir la macammana dan tafsir la sendiri member korang tu macamana.

Tu hanya sebahagian saja, banyak lagi yang buleh aku kongsi dengan korang tapi, sikit-sikit cukup. Nanti kalu aku bagi semua, amenda modal yang nak guna wat entry next lak.

Chow bebeh….

Wassalam…….

3 ulasan:

Fahmi Jaafar berkata...

wuiyooo.. afiq a tuhh.. terharu i.. haha :P

esanudyn@the kunyit berkata...

hahahahha, lawaknya......

Cikgu Amin berkata...

haha, teRsame plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...