Assalamuailaikum,
Koang sayang mak korang tak? Sayang? Tak sayang? Masyallah, ader jugak ker anak yang tak sayang mak dia. Ok lah, macam korang tau Hari Ibu adalah hari yang istimewa untuk menghargai ibu kita. Bukan maksud aku nak suruk korang hargai ibu korang waktu Hari Ibu jer, hari lain pun korang kena hargai jugak tapi masa Hari Ibu tu bagi lebih cikit.
Kalau korang penah bercintan-cintun, aper yang korang rase kalu korang dapat hadiah? Mesti syok kan? Ala korang jangan nak tipu aku, sama la macam mak korang. Kalau sekali sekala koranh bagi hadiah kat mak korang sebagai appreciate mak korang. Kalu tak mampu yang mahal pun, yang murah sudah,
Dulu, waktu aku kat sekolah dulu, ader la budak pompuan duk keliling pondok telefon. Aku ingat diorang nak wat demo nak bantah pasal exam ke hape ker, aku pun usha la lelama. Tiba-tiba aku dengar diorang nyanyi “Ibu, ibu engkau ratu hatiku..”
Perh, bebudak ney bleh tahan. Aku pun tak penah wat macam tu, aku just hantar sms jer.
Tu lah, mak kita banyak berkorban demi kita, kita tak tau apa pun dan banyak dalam kalangan kita yang berlagak tau. Ustaz aku penah cita, masa mak korang dan mak aku nak lahirkan kita, memang macam kat hujung nyawa punya sakit, sampaikan ustaz aku cakap wanita yang mati melahirkan anak dianggap sebagai mati syahid. Kalau korang pompuan, korang tunngula saat tu yer.
Tu masa nak lahirkan korang, nak besarkan korang citer lain pulak. Aku banyak belajar kenai hidup ney dari sepupu dan abang aku yang baru kawin tahun lepas. Aku pun dah jadi bapak sedara dah, dah ada anak buah. Kehidupan sebelum kawin dengan selepas kahwin lain o,
Kalau dulu, nak kuar cakap jer “wei teman aku gi Alor Setar jap”, aku baru sudah mandi dia dah siap tunggu aku. Tapi la, nak ajak kuar kejap pun dah susah. Berbalik kisah ibu kita (aku bukan nak cita pasai kawin) dia banyak tanggung kepayahan dalam kita tak sedar.
Aku paling ingat, kalau aku dema ja, mak aku jaga giler2 punya. Kejap-kejap datang check badan aku,pastu bawak nasik lak. Kalu demam aku teruk (sekali jer) nak bangun pun tak bley mak aku tulun suap kat aku, fuhh. Korang pikir la.
Aku tahu, bukan semua orang perfect kat dunia ney, tapi bagi aku aku adalah yang terbaik begitu juga dengan mak korang. Jadi, kepada korang yang belum wish Hari Ibu ney lagi, cepat2 la wish. Mak aku penah ajar and cakap kat aku, ‘Kalau kita sayang seseorang, tak cukup dengan hanya kita sayang. Kita kena tunjuk kasih sayang kita samada dari segi perbuatan atau percakapan’
Jadi aper lagi korang tunggu, gi cepat ucap selamat hari ibu kat mak orang, kalu malu nak ucap, wat macam aku send sms jer.
Walla, adios
Wassalam…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan