Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

MEM-BAND-ING-MEM-BAND-ING

Assalamualaikum,

Apa kahabar korang smua? Ok, kali ney aku nak bercerita mengenai pekara yang sering dibuat orang dan tanpa kita sedari menjejaskan kualiti hidup kita.

Pekara tersebut adalah sikap MEMBANDING.

Sekali aku baca word tu, aku rasa macam gabungan antara word orang puteh dengan melayu. Sebab, mem- adalah kata imbuhan awalan manakala –ing di belakang perkataan adalah menunjukkan sedang dilakukan atau present. hahahah lawak ja, kita balik kepada perbincangan kita yang utama.

Sikap membanding-banding ney memang tidak bagus dan tidak patut diamalkan. aku pernah dengar orang kata, kalau kita membanding kita tidak akan berasa bahagia. kita ambil contoh, kalau kawan kita ada keluarga, kita tengok dia punya family macam bahagia ja n kita terus akan rasa jeles. Tapi kita kena ingat satu benda, kawan kita pun manusia. Jadi, sebagai manusia dia tidak akan lari dari masalah. Mungkin kita tengok dia macam bahagia, tapi sebenarnya dia ada masalah yang kita ta tahu.

Banyak kes yang aku dah tengok berlaku, sebagai contoh yang paling terdekat kita ambil ibu bapa. Kadang-kadang kita akan tengok n dengar mak ayah kita kata macam ney:

-kau tengok anak seman tu, dia dapat 7 A, pandai. apa la nak jadi dengan kau ni ha?

Bila dibandingkan dengan anak seman apa yang akan korang asa? Suka? Fuhh, memang penipu besar siapa yang kata suka. Memang kadang-kadang membanding-banding akan membuatkan dii kita lebh bersemangat. Tapi, bila kita membanding, kesan collateral damage adalah kita akan rasa down dan rasa terlalu banyak kekurangan yang kita ada sampaikan kita lansung tak nampak kelebihan yang kita ada. Kita akan tersa kerdil saja berada dalam kelompok masyarakat.

Aku secara jujur aku cakap, memang aku tidak terlepas  dari sindrom kena banding dengan oang lain, tapi aku lebih ambil apa yang positif. Korang pun bakal menjadi bapak dan mak kepada anak-anak korang, jadi korang kena lebih peka dan bukan PEKAK tehadap benda ney. walaupun kita rasa macam kecik, tapi tak bagus untuk tumbesaran mental tau.

Jadi, saranan aku, korang patut befikiran lebih terbuka dan menerima apa sahaja kelebihan dan terutama kekurangan. jangan anggap kekurangan korang suatu kelamah yang sampai boleh menjejas kuailiti dan kuatiti hidup korang.

Ingat pesan tok kura dalam kung fu panda, “Yesterday is history, tomorrow we never know but today is a gift, that why its call present!”

Peace no WAR!!!

Wassalam….

read more

Selasa, 10 Januari 2012

Tips untuk Isteri dan Bakal Isteri

tangga

Assalamualaikum,

Kali ney aku sebagai orang bujang nak cakap mengenai asas kebahagian rumah tangga. Ingat, kalau nak bahagia dalam rumah tangga, buat tangga dalam rumah, jangan luar rumah. Aku cuma nak berkongsi dengan korang apa yang aku ada dengar dalam tv9. Filem tanyalah ustaz.

Ok, aku nak mula becerita….. Dengar yer…..

Ini hanyalah suatu tips yang korang boleh amalkan, tapi khas untuk kaum WANITA sahaja. Ini adalah apa yang sering seroang lelaki mahukan selepas mendirikan rumah tangga. Hanya tiga benda dan cukup simple. Kalau korang boleh buat benda ney, insyaallah rumah dan tangga korang akan bebas dari makhluk perosak seperti anai2 atau makhluk halus macam pepijat dan semut gatal.

Dalam aku duk merapu ney, mesti korang tertanya-tanya amenda la benda ney  Nerd smile.

1. Makanan

Lelaki ney, macam aku contoh. Memang suka makan, tambah2 kat rumah lagi la aku suka makan. Sebenanya, kaum lelaki ney sangat penting makanan. KOrang boleh bayangkan tak, bangun pagi, dah ada nasik lemak atas meja. Balik opos masa tengah hari, ada ayam masak lemak cili api, balik opis masa petang ada pisang goreng, makan malam ada ikan bakar. Fuhh, memang best. Ini akan membuatkan suami atau kaum macam aku ney rasa bahagia ajer. Jadi, kepada oang diluar sana…. Kalau nampak sang suami yang berbadan dua tu, munkin isterinya bagi cukup makan tu……

2. Pakaian

Kebanyakaan termasuk aku, abang aku, dan kawan2 aku kebnyakan diantara diorang dan aku sendiri cukup MIM LAM SIN….. MAAALLLAAASSS nak basuh membasuh baju ney, bukan takat basuh baju tapi nak iron baju pun aku malas. Sebab tu aku pegi kelas pagi2 pakai baju melayu… hahahah…. Ok, balik kat bahagian baju, kita ambik satu situasi. Laki koang bangun pagi, pastu nak g opis. dia dalam keadaan yang gelap kabut, gi madi masa nak pakai baju dah ada orang tolong iron kan dan basuhkan. Mesti hari tu bemula dengan senang, tapi kalau korang tak basuh baju, oron pun tak… Aga2 apa la laki korang akan buat pagi tu???? LU PIKIR LA SENDIRI!!!

3. Seks

hahaha, nak tegelak pun aku ada. Sebab aku pun tak penah kawin lagi. Bagi sesetengah orang masih lagi menganggap seks suatu pekara yang tabooo atau tk boleh nak dibencangkan. Mungkin kerana lucah… Tapi, seks sangat memainkan peranan penting dalam rumah tangga. Wahai kaum hawa, korang kena tau, makhluk yang dinamakan lelaki ney napsu kuat… hahah… korang jangan gelak pulak. ini kebenaran. Aku penah sembang dengan sepupu aku, dia kata, kaum adam ney, dia punya nafsu takda expired. tapi, kaum hawa ney ada… orang panggil…… monopause. Jadi kepada kaum isteri diluar sana, kalau laki korang mintak nak ehem2 Embarrassed smile….. korang jangan tolak sebab aku ada dengar la malaikat akan kutuk mereka yang menolak untuk ehem2 dengan suami…. Lagi satu, seks ney juga penting dalam nak mengelak suami2 diluar sana menjadi tidak tentu arah. Jadi, kepada kaum hawa yang SUDAH KAWIN.. pandai2 la korang yer…..Rolling on the floor laughing

 

Ingat, tips yang aku bagi ney hanya untuk mereka yang SUDAH KAWIN, kepada yang belum kawin jangan nak menggalak. Kang tak pasal2 jadi kot lain pulak……  Kalau korang nak lagi banyak info, korang bloh tekan sini,  ada banyak tazkirah dan ilmu yang ada…

 

Ini adalah kredit kepada USTAZ AMIN….. thanks ustaz….Thumbs up

 

Wassalam…

read more

Rabu, 15 Jun 2011

Allah Beri Apa Yang Kita Perlu, Bukan Apa Yang Kita Mahu

04

Assalamualaikum,

Fuhh, berakhir sudah minggu yang mengsibukkan diri aku.

Sibuk, penat letih dan sewaktu dengannya tapi aku puas dengan apa yang aku buat.

Korang penah tak plan benda yang sempoi punya, last-last dapat tak dapat? Korang buat terbaik tapi tak dapat? Marah?

Hahah, mungkin ader yang marah,munking ader yang kool mungkin ader yang rilek mung ader buat tak tahu jer.

Tu lah, kita sebagai manusia tak pernah puas dengan apa yang kita dapat, kita sentiasa nak lebih dari apa yang kita ada. Kalau kita ader awek yang cun, kita nak cari yang cun cun, dapat yang cun cun, kita nak yang cun cun cun. What the???? Semua korang nak sapu, saper lak yang nak aku nak cari pas ney?

Selalu aku dengar orang merungt sebab tak dapat apa yang depa nak. Adui, susah r macam tu. Dunia bukan berfungsi macam tuh, apa yang kita nak kita akan dapat. Kalau macam tuh, tak da la owang akan idup susah dan sewaktu dengannya.

Kita kena tau, yang ALLAh tu adalah planner yeng terbaik. Dia tau apa yang kita tak tau. Aku bagi contoh, kita belajaq siang malam, pagi petang, dari subuh samapai subuh balik tapi tak dapat dean list atau 3.5>. Kita akan kata KENAPA AKU TAK DAPAT!!!!!!!!!!!!!!!

Kat situ berlaku salah pemahaman konsep, bukan ALLAH tak mau bagi, ALLAH cuma bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Andai kata ALLAH bagi kita dapat 3.5> mungkin kita akan jadi riak takbur dan bangga diri. Tu tak buleh dan salah.

ALLAH mungkin nak bagi kita sentiasa sedar akan jauh lagi perjalanan yang harus kita tempuhi. Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Korang mest penah dengar kan?

Mungkin ALLAh akan bagi lagi baik kat kita masa akan datang. Sapa tau kan?

Jadi, kita jangan bersangka buruk. ALLAH tu Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, Dia tau apa yang kita tak tau, so Dia bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu ok!

Sekian, Selamat Beramal!

Chow!!

Wassalam.

read more

Khamis, 2 Jun 2011

Apasal Nak Pinggir Diorang

tabah

Assalamualaikum,

Aku nak korang tengok kaki korang, gerakkan sikit ibu jari tu….. Lagi!!! Saper suruh korang berenti?

Tak per, korang buleh berenti. Aku bukan aper, just nak share satu kisah jer. Kisah benar dan sebenar-benar kisah.

Memandangkan aku dah mengvolounteerkan diri aku untuk minggu orentasi jadi aku banyak deal dengan orang yang seribu satu macam.

Tapi yang ney lain sikit, kisah ney mengenai seorang junior aku yang OKU. Aku tak kenal pun dier, just ader orang mintak tolong aku angkat dia turun tangga jer that all buat pengetahuan korang dier ney berkerusi roda.

Namun, aku agak tersentuh dengan ketabahan dier idup kat sini. Walaupun dier OKU, tapi dari segi percakapan dan semangat lansung tidak menunjukan dier tu OKU. Dia ader keyakinan dalam setiap tutur kater dier.

Tapi, aku ader frust skit tadi bila aku duk sembang dengan kawan2 aku pasai dier. Bukan dier yang masalah tapi student baru aka kawan seangakatan ang baru masuk dengan dier refuse nak kawan dengan dier. ??? Memikir sebentar ak…

Kenapa dier didiskriminasi?

Aku tak faham lansung dengan sikap manusia, aper punya la busuk hati. Diorang tu tak pun semua tu nak jadi kat diorang tapi, entah mungkin ader salah dan silap kita terlepas pandang dalam mendidik atau kesilapan tune ota bebudak ney.

Kekadang, biler aku tengok orang yang kurang upaya. Aku cuba letak diri aku kat tempat diorang, memang susah nak digambarkan. Cuka korang fikir, kalau besok pagi korang bangun ALLAH tarik balik kaki yang Dia bagi pinjam?

Korang jawab sendiri persoalan tuh.

Jadi, kalau boleh kita sesama manusia yang punya akal yang waras, fikirlah, jangan buat diorang macam tuh ok!

Adios!!

Wassalam.

read more

Rabu, 1 Jun 2011

Suka suka, Benci benci!!

Benci

Assalamualaikum,

Korang penah bercinta tak? Saper penah tolong angkat angan macam saya!

Fuh ramai jugak. Aku nak tanya lagi sekali, kalau korang sayang dan suka kat seseorang mesti korang suker jer aper sajer yang dia buat. Faham? Tak faham? Ok aku bagi contoh,

berleter- korang akan dengar macam siti nurhasliza nyanyi

kentut-fuhh wangi (ney tahap paling kritikal)

marah-korang kate kiut

dan sewaktu dengannya.

Tu adalah sebahagian contoh yang aku boleh bagi la, aku just agak jer sebab aku tak penah kapel pun, jadi kurang la skit pengalaman pasai hal macam ney.

Tapi berbeza pulak kalau korang stat benci kat seseorang, aper saja yang korang nampak semua menyakitkan hati korang. Even tengok mua dierpun korang dah mula rase panas.

Orang veteren penah cakap, kalau kita sayang kat seseorang korang jangan bagi semua ati korang kat dia, kang kalau jadi aper korang akan sakit giler hati korang, n semua suker tu akan bertukar mnjadi benci yang akan jadi racun dalam diri korang.

Kat sini, sipat maf memaafkan sangat penting, dalam menjaga hubungan sesama manusia, kawan aku penah cakao yang kalau kiter selalu memaafkan orang, kiter akan berasa tenang dan korang kena cuber kurangkan beruk sangka korang tu sesama sahabat.

Jadi, kepada korang renung-renungkan lah aper yang aku cuber sampai kan yar!!!

Chow!!!

Wassalam!!!

read more

Isnin, 30 Mei 2011

Senyumlah Sikit

senyum

Assalamualaikum,

Sepanjang hari aku sibuk dengan pelbagai keja, nasib tangan aku ader dua ajer. Kalu ader 4 ke 6 ker, lari la sakan aku buat keja.

Dalam kesibukan, aku tidak pernah lupa pesanan leader aku yang suruh sentiasa sebut tiga…, Jap, chop chop amen yang tiga tuh?

Ok lah, aku citer sikit, tiga tuh aku bukan kepada number tau, tapi aku refer kat SENYUM.

Kat senyum?

Yup, kalau korang sebut perkataan senyum secara otomatiknya korang akan tersenyum, tapi ader terma dan syaratnya jugak bukan buleh pakai main tibai sebut tiga jer. Syarat yang paling amat sangat dan wajib adalah menyebut perkataan tuh dengan loghat KL, atau bahasa baku. Tamo kelate, kedah, ganu, melake ker aper ker, tak diterima.

Jadi, bila korang senyum, insyallah jiwa korang akan menjadi lebih tenang dan rase selasa (selesa). Kalau korang tau,aku aku rase yang korang dah sememang tau yang SENYUM ITU SEDEKAH. Instead dari korang bagi duit, baik korang sentiasa senyum sebab free dan dapat pahala.

Kalau korang senyum, orang ain yang tengok korang pun akan rase sejuk jer hati diorang.

Korang cuba banyangkan kalau korang keja kat bank o mamaner yang korang akan deal dengan orang, n then bila orang tu datang kat korang dier buat muka ketat jer n buat muka tensen jer. Aper yang korang rase? Mesti korang pun rasa menyampah dan fed up tul tak?

Bila korang rase orang buat kat korang macam tu, lepas ney korang jangan buat macam tu kat orang lain, mean korang sentiasalah tersenyum ok!

Akhir kata aku, sentiasalah sebut tiga kepada sesiapa sahaja, kalau senyum kat pompuan bior lebih ckit, untung2 bleh dapat number. Heheh, jadi dengar lah lagu dari kumpulan ney sebagai halwa telinga yer!!!

Lirik lagu ney manarik kowt!!

Adios,

Wassalam

read more

Sabtu, 28 Mei 2011

Sabar yer!

sabar

Assalamualaikum,

Fuh, panas aku tadi. slalu kita dengar orang cakap, sabar. Word yang mudah tapi sangat susah untuk kita lakukan. Sangat susah sebenarnya. Aku malas nak citer aper yang jadi, jadi aku just nak lalu sikit jer pasai hal ney.

Aku sedar benda ney selepas aku meletup macam bom atom, jadi lepas aku kool, aku duduk sebenar sambil mrenung sejenak tentang aper yang aaku buat dengan tak sengaja.

Memang kita lumrah manusia kekadang tahap kesabaran kita ader had nyer, kita manusia bukan robot yang tiada perasaan.

Lepas aku meletup, aku terfikir yang aper yang aku buat tadi adalah salah. Tak pasal budak tu kena fire kaw-kaw dengan aku, tapi tu aderlah pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan kan. Ingat pasai aku punya post aku dulu, pengalaman mengajar aku, bukan aku belajar dari pengalaman.

Jadi, aku duduk sebentar, selapas aku semayang Zohor, aku terfikir balik pehal lau aku gi sound mamat tuh?

Sebenarnya kalau kita ader sebarang amsalah kita ader jalan yang lain dan lebih baik yang boleh kita amik instead dari meletup.

Kita mean korang suma termasuk dengan aku sekali patut caka baik-bak pasal masalah yang berlaku bukan pakai main marah orang jer.

Aku memang sedar yang aku ney memang ader hot temper skit, jadi memang aku kena belajar kawal benda tuh.

Kita cakap baik2 jagan marah2. Kalau kita tengok dari segi logiknya, tiada manusia dalam muka bumi ney yang suka kena marah. Kalau dia suka kena marah memang ader something wrong dengan dia punya operating system, tak pu dier punya hardware ader problem.

Jadi, point yang aku nak cuba sampaikan adalah kita kena bijak dalam mengurus emosi kita ok, dan deallah dengan masalah dengan cara yang paling berhikmah. Insyaallah.

Dalam sebuah hadits yang shahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ »

Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”

Adios,

Wassalam.

read more

Sabtu, 14 Mei 2011

Syukur : Senang sebut tapi sikit yang buat.

insaf

Assalamualikum,

Aku tak hensem, Apasal muka aku petak tak bulat, Aku tak cantik, Aku tak comel…… Bla bla bla….

Macam-macam yang korang buleh dengar, tu aku bagi sket jer contoh nyer. Tu ayat yang korang akan selalu dengar oleh ‘mereka’, makhluk tidak tau erti syukur. Aku bebaru ney aku ada terbaca dalam surat khabar, ada satu article pasai sorang budak yang bernama Siti Musliha.

Dia ney tak sempurna macam kita, tapi dia cukup special aku rase. Dia punya semangat yang kuat paling aku respek. Lepas aku baca article tu, aku rase bertapa aku tudak bersyukur sebab aku pun dalam golongan yang aku ader sebut tadi.

Walaupun dia tidak sempurna macam insan biasa, namun ALLAH itu Maha Penyayang, Dia tetap bagi kelebihan kat setiap orang. Kita yang tak pernah sedar pasai benda tu, berbalik cita kita kat adik Siti Musliha, dia dikurniakan dengan akal fikiran yang sangat genius dan tajam. Sebab aper yer? Sebab dia punya kemampuan hafal kebanyakan Surah dalam Al-Quran (aku tak ingat bayak mener) dengan hanya dia DENGAR ajer.

Mungkin korang tertanya ‘Takkan macam tu pun ko dah nak respek dia?’. Kalau korang nak tahu, korang surf la pasai dia. Baru korang tahu bertapa banyak dugaan yang terpaksa dia terima.

Aku yang sempurna sifat ney pun kurang dalam bab hafal-menghafal, dia dengan dengar ajer dah buleh hafal, korang  fikir dan tanya diri korang.

Jadi, korang fikir la. Muhasabah diri korang, tengok balim diri korang sebelum korang nak merungut pasai aper diri korang macam tu.

Adios.

Wassalam

read more

Selasa, 10 Mei 2011

Oh Ibu : Selamat Hari Ibu!

mymom

Assalamuailaikum,

Koang sayang mak korang tak? Sayang? Tak sayang? Masyallah, ader jugak ker anak yang tak sayang mak dia. Ok lah, macam korang tau Hari Ibu adalah hari yang istimewa untuk menghargai ibu kita. Bukan maksud aku nak suruk korang hargai ibu korang waktu Hari Ibu jer, hari lain pun korang kena hargai jugak tapi masa Hari Ibu tu bagi lebih cikit.

Kalau korang penah bercintan-cintun, aper yang korang rase kalu korang dapat hadiah? Mesti syok kan? Ala korang jangan nak tipu aku, sama la macam mak korang. Kalau sekali sekala koranh bagi hadiah kat mak korang sebagai appreciate  mak korang. Kalu tak mampu yang mahal pun, yang murah sudah,

Dulu, waktu aku kat sekolah dulu, ader la budak pompuan duk keliling pondok telefon. Aku ingat diorang nak wat demo nak bantah pasal exam ke hape ker, aku pun usha la lelama. Tiba-tiba aku dengar diorang nyanyi “Ibu, ibu engkau ratu hatiku..”

Perh, bebudak ney bleh tahan. Aku pun tak penah wat macam tu, aku just hantar sms jer.

Tu lah, mak kita banyak berkorban demi kita, kita tak tau apa pun dan banyak dalam kalangan kita yang berlagak tau. Ustaz aku penah cita, masa mak korang dan mak aku nak lahirkan kita, memang macam kat hujung nyawa punya sakit, sampaikan ustaz aku cakap wanita yang mati melahirkan anak dianggap sebagai mati syahid. Kalau korang pompuan, korang tunngula saat tu yer.

Tu masa nak lahirkan korang, nak besarkan korang citer lain pulak. Aku banyak belajar kenai hidup ney dari sepupu dan abang aku yang baru kawin tahun lepas. Aku pun dah jadi bapak sedara dah, dah ada anak buah. Kehidupan sebelum kawin dengan selepas kahwin lain o,

Kalau dulu, nak kuar cakap jer “wei teman aku gi Alor Setar jap”, aku baru sudah mandi dia dah siap tunggu aku. Tapi la, nak ajak kuar kejap pun dah susah. Berbalik kisah ibu kita (aku bukan nak cita pasai kawin) dia banyak tanggung kepayahan dalam kita tak sedar.

Aku paling ingat, kalau aku dema ja, mak aku jaga giler2 punya. Kejap-kejap datang check badan aku,pastu bawak nasik lak. Kalu demam aku teruk (sekali jer) nak bangun pun tak bley mak aku tulun suap kat aku, fuhh. Korang pikir la.

Aku tahu, bukan semua orang perfect kat dunia ney, tapi bagi aku aku adalah yang terbaik begitu juga dengan mak korang. Jadi, kepada korang yang belum wish Hari Ibu ney lagi, cepat2 la wish. Mak aku penah ajar and cakap kat aku, ‘Kalau kita sayang seseorang, tak cukup dengan hanya kita sayang. Kita kena tunjuk kasih sayang kita samada dari segi perbuatan atau percakapan’

Jadi aper lagi korang tunggu, gi cepat ucap selamat hari ibu kat mak orang, kalu malu nak ucap, wat macam aku send sms jer.

Walla, adios

Wassalam…..

read more

Selasa, 19 April 2011

Teori DARWIN Beruk

Assalamualaikum,

darwin

Darwin. Korang mesti kenalkan. Salah seorang yang paling terkenal dalam sejarah. Dia merupakan seorang anak orang yang berada dan dari keturunan yang baik-baik pada zaman dia diberanakakn. Dia merupakan manusia pertama yang memperkenalkan Teori Evolusi.

Antara yang paling terkenal adalah, teorinya yang menyatakan manusia berasal dari beruk dan sewaktu dengannya. Yer ker?

Banyak ahli saintis yang lain telah membuat kajian dan menyokong teorinya namun, hanya sebahagian dari teorinya sahaja yang berjaya dibuktikan. Antara yang berjaya dibuktikan adalah mutasi yang berlaku terhadap hidupan untuk meneruskan kelansungan hidup.

Kita berbalik kepada isu utama, yang dimana orang berasal dari beruk! Teorinya telah mengemparkan dunia saintis.

Mari kita berfikir sejenak sambil merenung kembali sejarah nenek moyang kita iaitu Nabi Adam dan Hawa. Semasa ALLAH turun diorang ke muka bumi, korang fikir adakah ALLAH tuerunkan diorang dalam keadaan macam beruk?

Macam ney?

besornyer

Kalau manusia berasal dari beruk, abis tu beruk, kera, lutong dan sewaktu dengannya still ada sampai searang tu apahal pulak? Diorang tak sempat nak bertukar macam Kamen Rider ker? Atau terlepas bas untuk bertukar jadi manusia? Tu antara persoalan yang sering terlintas dekat kepala otak aku kalau aku terfikir mengenai Darwin yang macho dengan janggutnya yang bapak panjang. Kalau buat penyapu sampah pun aku rase boleh.

Adakah ini rupa beruk sebelum jadik manusia?

sebelum jadi manusia

Korang dah Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan? Lagi satu, yang agak dasyat, manusia zaman sikalang nak jadi beruk pulak dengan buat ajaran baru DARWINISME. Fuh, tekejut aku masa baca Mastika edisi bila entah. Diorang berbogel beramai2 laki ngan pompuan duk skali. Diorang duduk dekat kawasan yang terbuka(nasib aku xda masa dirang buat, kalu tak abis aku kerjakan minah tu) hehehe, itu hanya khayalan bukan betul ta. Kita balik kat isu utama, ajaran mamat tu pun dah ada sampai kat Malaysia. Aku ada baca, tap aku tak sure kat area mana.

Aku rasa tu dah cukup untuk membuktikan bahawa teori Darwin tu salah. Lagi satu, aku tengok satu video yang dimana menerangkan mengenai kisah perjalanan sejarah manusia. AL QURAN. Ya kitab suci itu adalah rujukan sejarah yang paling tepat kerana penceritaannya dalah mengikut susunan Nabi dan Rasul yang telah di utuskan oleh ALLAH. Lansung tidak menyentuh manusia berasal dari beruk, tapi kera dari manusia ada. Yang dimana ada satu golongan yang ditukar menjadi beruk. Semua gara-gara ingkar kepada larangan ALLAH menagkap ikan pada hari Sabtu, tapi diorang degil diorang tangkap jugak dan akhirnya jadilah kera. Ney info yang aku baca dari blog ney.

Jadi, moralnya. Sebelum kita nak percaya sesuatu kita kena selidik dan fikir dengan akal bukan dengan kepala lutut atau betis kering. CHOW!!

Wassalam.

read more

Isnin, 28 Mac 2011

Situasi La......

Assalamualaiku,

Pagi tadi, masa aku tengah baca akhbar online untuk makluman semua, aku lebih prefer malaysia kini dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. tv dah jarang-jarang aku tengok la ney. masa aku tengah layan bahagian dunia, macam-macam berita yang ada. Gempa bumi, perang n so on.

ney semua membuatkab aku teringat kat ustaz ak dulu, dia penah kata antara tanda akhir zaman adalah berlakunya peperangan dan bencana alam. jad bila aku compare ballik dengan semua ini, memang betui. qasa macam x lama dah kita nak idup kat dalam dunia ney.

mungkin jugak Allah nak basuh jepun kot, depa ckup banyak buat porno, yang paling famous Miyabi, puhhh. semua mai dari area sana. tu kat Jepun, yang aku tau depa dah design bangunan depa ikut standard yang ditetapkan yang kat mana bangunan depa buleh withstand gegaran yang bapak kuat bukan bapok. tapi, kuasa Allah lagi kuat, bangunan selamat, nah amik ko, ayer yang melimpah-limpah masuk kat jepun. banyak o nyawa yang melayang.

kera-kajaan malaysia pulak kaya, banyak hantar dana untuk membantu jepun, ye la memang x salah. kan tolong menolong tu amalan mulia. tap yang aku jadi mushkil ney. duit nak bantu mereka yang miskin x banyak pulak yang dikeluarkan. kalau peniaga nak mintak bantuan, kena isi borang masuk geng Penimbang Buruk diorang. ape? diorang ingat tu duit mak bapak diorang suka hati nak buat macam tu? tu duit pembayar cukai la bro.... pikir la sendiri. termasuk politik la pulak aku ney. hahahah(aku memang suka pun politk ney)

cukup kita amik kat area sana, la kita try area arab pulak. kita tengok sat rakyat depa bangun menentang pemimpin yang kotor, stat dengan kecik2 la dah meqebak kat banyak negara. aku qasa maybe malaysia akan terlibat jugak suatu hari nanti. nauzubillah.
read more

Khamis, 6 Januari 2011

Tanda-tanda Kematian



Assamualaikum,
 
aku ada surf and cari sedikit maklumat untuk korang baca pasai tanda-tanda orang yang hampir menemui ajal. betul atau tidak, hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI....

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

credited to: www.rakanmasjid.com

read more

Hidup dan Mati adalah satu proses Sunnatullah.


Assalamualaikum.

Aku dah lama tak posting-posting dekat sini. Tapi aku pada pagi yang buta ney dalam jam 2.12 pagi hari rabu aku nak share somtink yang aku rasa aku sesuai untuk korang yang rajin klik masuk kat dalam blog aku ney.

Hidup dan mati. Suma orang takut kalau menyentuh bab kematian. Bagi aku semua ini adalah suatu proses yang telah ALLAh tetapuntuk sekelian alam. Macam setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran. Begitu juga dengan kehidupan.

Tapi kita sebagai hambanya adakah kita prepare untuk menghadapi saat tersebut?

Aku sering juga tanya kat diri aku. Adakah aku sudah sedia? Kawan aku yang sebaya dengan aku meninggal dunia pada awal tahun 2009. memang kalau telah ALLAH tetapkan, pasti tidak akn cepat atau lambat walau sikit pun. Aku tau, apa yang aku nak posting ney dah berlambak kat internet. Siap ustaz-ustaz yang hebat-hebat lagi yang tulis. Aku just nak share apa yang aku terfikir ja. Sebab ada orang sampai tak dapat menerima pemergian yang tersayang. Sabar, semua itu telah ALLAh tetapkan, kita hamba-Nya kena redha. Aku nak komen lebey-lebey pun aku kurang experience pasai bab-bab kematian. Jadi, ney ja yang dapat aku share ngan korang. Jumpa lagi kat lain posting.

Wassalam...
read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...