Assalamualaikum,
Fuh, panas aku tadi. slalu kita dengar orang cakap, sabar. Word yang mudah tapi sangat susah untuk kita lakukan. Sangat susah sebenarnya. Aku malas nak citer aper yang jadi, jadi aku just nak lalu sikit jer pasai hal ney.
Aku sedar benda ney selepas aku meletup macam bom atom, jadi lepas aku kool, aku duduk sebenar sambil mrenung sejenak tentang aper yang aaku buat dengan tak sengaja.
Memang kita lumrah manusia kekadang tahap kesabaran kita ader had nyer, kita manusia bukan robot yang tiada perasaan.
Lepas aku meletup, aku terfikir yang aper yang aku buat tadi adalah salah. Tak pasal budak tu kena fire kaw-kaw dengan aku, tapi tu aderlah pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan kan. Ingat pasai aku punya post aku dulu, pengalaman mengajar aku, bukan aku belajar dari pengalaman.
Jadi, aku duduk sebentar, selapas aku semayang Zohor, aku terfikir balik pehal lau aku gi sound mamat tuh?
Sebenarnya kalau kita ader sebarang amsalah kita ader jalan yang lain dan lebih baik yang boleh kita amik instead dari meletup.
Kita mean korang suma termasuk dengan aku sekali patut caka baik-bak pasal masalah yang berlaku bukan pakai main marah orang jer.
Aku memang sedar yang aku ney memang ader hot temper skit, jadi memang aku kena belajar kawal benda tuh.
Kita cakap baik2 jagan marah2. Kalau kita tengok dari segi logiknya, tiada manusia dalam muka bumi ney yang suka kena marah. Kalau dia suka kena marah memang ader something wrong dengan dia punya operating system, tak pu dier punya hardware ader problem.
Jadi, point yang aku nak cuba sampaikan adalah kita kena bijak dalam mengurus emosi kita ok, dan deallah dengan masalah dengan cara yang paling berhikmah. Insyaallah.
Dalam sebuah hadits yang shahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ »
“Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”
Adios,
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan