Khamis, 2 Jun 2011

Apasal Nak Pinggir Diorang

tabah

Assalamualaikum,

Aku nak korang tengok kaki korang, gerakkan sikit ibu jari tu….. Lagi!!! Saper suruh korang berenti?

Tak per, korang buleh berenti. Aku bukan aper, just nak share satu kisah jer. Kisah benar dan sebenar-benar kisah.

Memandangkan aku dah mengvolounteerkan diri aku untuk minggu orentasi jadi aku banyak deal dengan orang yang seribu satu macam.

Tapi yang ney lain sikit, kisah ney mengenai seorang junior aku yang OKU. Aku tak kenal pun dier, just ader orang mintak tolong aku angkat dia turun tangga jer that all buat pengetahuan korang dier ney berkerusi roda.

Namun, aku agak tersentuh dengan ketabahan dier idup kat sini. Walaupun dier OKU, tapi dari segi percakapan dan semangat lansung tidak menunjukan dier tu OKU. Dia ader keyakinan dalam setiap tutur kater dier.

Tapi, aku ader frust skit tadi bila aku duk sembang dengan kawan2 aku pasai dier. Bukan dier yang masalah tapi student baru aka kawan seangakatan ang baru masuk dengan dier refuse nak kawan dengan dier. ??? Memikir sebentar ak…

Kenapa dier didiskriminasi?

Aku tak faham lansung dengan sikap manusia, aper punya la busuk hati. Diorang tu tak pun semua tu nak jadi kat diorang tapi, entah mungkin ader salah dan silap kita terlepas pandang dalam mendidik atau kesilapan tune ota bebudak ney.

Kekadang, biler aku tengok orang yang kurang upaya. Aku cuba letak diri aku kat tempat diorang, memang susah nak digambarkan. Cuka korang fikir, kalau besok pagi korang bangun ALLAH tarik balik kaki yang Dia bagi pinjam?

Korang jawab sendiri persoalan tuh.

Jadi, kalau boleh kita sesama manusia yang punya akal yang waras, fikirlah, jangan buat diorang macam tuh ok!

Adios!!

Wassalam.

1 ulasan:

Syaiful berkata...

terasa aku.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...