Rabu, 15 Jun 2011

Allah Beri Apa Yang Kita Perlu, Bukan Apa Yang Kita Mahu

04

Assalamualaikum,

Fuhh, berakhir sudah minggu yang mengsibukkan diri aku.

Sibuk, penat letih dan sewaktu dengannya tapi aku puas dengan apa yang aku buat.

Korang penah tak plan benda yang sempoi punya, last-last dapat tak dapat? Korang buat terbaik tapi tak dapat? Marah?

Hahah, mungkin ader yang marah,munking ader yang kool mungkin ader yang rilek mung ader buat tak tahu jer.

Tu lah, kita sebagai manusia tak pernah puas dengan apa yang kita dapat, kita sentiasa nak lebih dari apa yang kita ada. Kalau kita ader awek yang cun, kita nak cari yang cun cun, dapat yang cun cun, kita nak yang cun cun cun. What the???? Semua korang nak sapu, saper lak yang nak aku nak cari pas ney?

Selalu aku dengar orang merungt sebab tak dapat apa yang depa nak. Adui, susah r macam tu. Dunia bukan berfungsi macam tuh, apa yang kita nak kita akan dapat. Kalau macam tuh, tak da la owang akan idup susah dan sewaktu dengannya.

Kita kena tau, yang ALLAh tu adalah planner yeng terbaik. Dia tau apa yang kita tak tau. Aku bagi contoh, kita belajaq siang malam, pagi petang, dari subuh samapai subuh balik tapi tak dapat dean list atau 3.5>. Kita akan kata KENAPA AKU TAK DAPAT!!!!!!!!!!!!!!!

Kat situ berlaku salah pemahaman konsep, bukan ALLAH tak mau bagi, ALLAH cuma bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Andai kata ALLAH bagi kita dapat 3.5> mungkin kita akan jadi riak takbur dan bangga diri. Tu tak buleh dan salah.

ALLAH mungkin nak bagi kita sentiasa sedar akan jauh lagi perjalanan yang harus kita tempuhi. Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Korang mest penah dengar kan?

Mungkin ALLAh akan bagi lagi baik kat kita masa akan datang. Sapa tau kan?

Jadi, kita jangan bersangka buruk. ALLAH tu Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, Dia tau apa yang kita tak tau, so Dia bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu ok!

Sekian, Selamat Beramal!

Chow!!

Wassalam.

1 ulasan:

usamah abd latif berkata...

Terbaik la entri nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...