Khamis, 5 Mei 2011

Welcome to IIUM

iium

Selamat datang, hanya tu yang aku buleh cakap kepada student yang akan mendaftar kat sini dalam dua tiga minggu lagi.

Kenapa korang pilih UIA?

Persoalan yang sangat selalu aku dengar dari semua member aku, banyak diorang tanya aku, jadi kali ney aku sebagi senior korang aku nak tanya korang balik soalan yang sama.

Bagi aku la, environment kat sini masih terkawal sebab kat sini adalah matrik. Jadi korang jangan ingat sini macam U tau. Kalau korang ingat macam tu, korang silap sama sekali. Life kat sini macam duduk kat asrama cuma less tight dia punya rule.

Jadi, bila macam asrama, korang bleh balik atau nak outing kan diri korang hanya ujung minggu ajer. Kalau mcam aku, aku bleh jer nak outing ari-ari, dengan syarat FLY dan jangan bagi kantoi. Alang-alang aku sebut pasai kantoi, korang akan disaman olek Pak Gad dan Mak Gadnkalu kantoi. Jumlah saman yang selalu dikenakan termasuk aku, adalah RM 50. Jadi, kalau korang tak nak duit mak bapak korang lebur lagi banyak, pandai-pandai la korang lari dari Gad-gad sekalian.

Buat pengetahuan korang, yang mungkin tengah duk surf pasai UIA ney, aku nak bagi tau korang yang intake kali ney akan jadi lagi meriah a.k.a lagi ramai sebab bebudak Nilai akan masuk sini jugak sem depan. So, lagi ramai la yang akan merempat kat kat sini. Semua ney adalah khabar angin, kalu betul, betul la, kalu salah sori ek.

Kat sini, akan ada pasar malam setiap hari Selasa. Jadi, korang yang berpoket lebat tu, bleh la siap kan duit korang untuk attack pasar malam kat sini.

Buat budak yang bukan asal dari KL, mean dari negeri lain, korang nak oting nak nek amenda kan? So, aku letak sikit direktori yang boleh korang guna sebagai panduan untuk oting suatu hari nanti.

Bas yang selalu berpelesaran kat kawasan ney adalah bas Metro ngan bas RapidKL. Jadi, dari UIA kalu korang nak kuar gi Mid Valley, KL Sentral, PAsar Seni, Kota Raya and terbaru Pudu Raya yang baru dibuka. Korang bleh la rembat Metro 12, diulangi Metro 12. Kalu bas Rapid lak, korang tibai U85.

Korang agak beruntung sebab bleh duduk kat UIA ney, sebab PJ ney dia duduk kat center, mane-mane korang nak gi semua dekat.

Ney adlah list tempat yang selalu bebudak sini gi melepak

  • Times Square
  • Low Yat (mesti sesak punya kalu elaun masuk)
  • Sogo
  • Mid Valley
  • Masjid India
  • OU
  • The Curve
  • Digital Mall (sesak gak kalu elaun masuk)
  • Jaya One( paling best heheheh)

Macam mana nak gi tempat tu semua? Tu korang kena belajar sendiri or tanya senior. Aku dulu kuar KL sorang-sorang sebab nak balik Kedah, pastu sesat pulak. Aduh, memang pedih gile waktu tu, nasib aku jenih main redah ajer. Aku wat muka tak malu, aku trus gi tanya mamak, mat indon, bangla semua aku tanya. Jadi, aku berjaya sampai ke Hentian Duta. Hooray. Orang tua cakap, malu bertanya, sesat jalan.

Buat makhluk yang ader lappy, kalu korang nak bawak, bawak jer tapi jaga takut ilang. Kat sini, ader dia punya sistem wireless n korang kena daftar korang punya lappy. Tu cara legal, kalu cara tak illegal pulak, korang bleh pakai UltraSurf. Nak tau tu amenda, korang bleh cari sendiri.

  1. Korang donlod usurf
  2. korang connect dengan iium-guest

internetconnection

     3. Open UltraSufr dan tunggu sampai dia tulis ‘Successful connect to the internet’

ultrasurf

    4. Walla, korang dah buleh surf internet cara free. (wireless lappy aku ada prob sebab tu dia failed nak connect tu)

Sometime, guest lagi laju dari community, aku penah dapat speed paling laju 1mbps. Fuh, waktu tu aku dek qeja donlod jer. Tu adalah certain info yang aku bleh share ngan korang. Jadi, pandai-pandai la korang nak idup kat sini macamna kay.

So, aku nak ucapkan Selamat Datang kat korang baru nak daftar dua tiga minggu lagi.

p/s: korang try la cari aku. Aku jadi komiti untuk Ta’aruf Week kali ney. SmileSmileSmile

5 ulasan:

NUR 'ATIKAH berkata...

memang bagus entri ni.memberi tunjuk ajar about the wireless..muehehe...

Tanpa Nama berkata...

wah!!bleh lyan low yat nie..CFS dkat ngan Shh Alm x??

Nurulaimi berkata...

Hye akak !

Tanpa Nama berkata...

jmpa kat pj nnti..muahahahaa

Tanpa Nama berkata...

metro 12 dpn cfs ni boleh terus ke pasar seni ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...