Ahad, 20 Mei 2012

Tip Pejagaan Laptop

portege-r835-p56x-laptop

Ramai dalam kalangan kita mempunyai komputer riba atau laptop, tapi ramai yang masih kurang pengetahuan dalam menjaga agar umurnya dan prestasinya dapat dipanjangkan sehingga usia emas. Ada  faktor asas yang perlu anda tahu agar lappy anda panjang umur.

1. Bateri

Bateri memainkan peranan penting untuk memudah penggerakan kita membawa lappy kita kemana-mana. Bateri tidak seharusnya berada dalan soketnya sepanjang masa. Untuk memanjangkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas sepenuhnya. Bila sudah penuh keluarkan dari soket jika kita berniat untuk menggunakan sumber kuasa dari power supply. Ini kerana mengecas bateri dan pada masa yang sama menggunakan lappy akan memendekkan jangka hayat bateri.

Apabila bateri sudah dikeluarkan, pastikan bateri dijaga dengan baik. Ingat, jangan sesekali menjatuhkan bateri anda. Jika anda berbuat demikian, kemungkinan komponen dalam bateri tersebut akan rosak. Harus diingatkan, bateri juga merupakan komponen yang sensetif dan mudah rosak. Harga anggaran bagi satu unit bateri adalah dalam lingkungan RM 90-180.

2. Lid

Lid adalah LCD pada komputer. Setiap jenama lappy menggunakan lid yang berlainan jenis. Sebolehnya buka dan tutup lid dengan perlahan. Ini kerana engsel pada lid berkemungkinan akan rosak jika dibuka atau ditutup dengan kasar. Selain itu, kabel LCD yang menghubungkan graphic card dengan LCD juga berkemungkinan akan mengalami kerosakan jika tidak di jaga dengan baik.

3. CCleaner

Ini merupakan software wajib yang perlu ada dalam setiap lappy di dunia ini. Software ini adalah open-source atau percuma. Anda boleh dapatkan di filehippo.com secara percuma. Software ini akan mengosongkan hard disk anda dari temporary file atau file sementara atau cache dan banyak lagi. Temporary file akan menyebabkan sistem operasi anda atau OS menjadi lembab dan perlahan.

Software ini juga boleh disable start-up software atau appikasi yang start secara automatic semasa kita log on. Perlu diingat, jika terlalu banyak start up software/program, sistem pengoperasian akan mengambil masa yang lama untuk bersedia menjalankan tugas. Selain itu juga, software ini juga boleh memperbaiki registry komputer dan unistall atau membuang program yang tidak kita mahukan.

Juga dinasihatkan, CCleaner di run sehari sekali bagi prestasi yang optimum.

4. Defragmenter

Defragmenter atau disk defrag bertugas sebagai penyusun data kedalam hard disk. Kita boleh ibaratkan defragmenter ini sebagai seorang pustakawan atau pustakawati. Mereka akan menyusun buku mengikut kategori masing-masing. Ini akan memudahkan kita sebagai user atau pengguna untuk mencari buku yang dikehendaki. Jadi, secara mudahnya defragmenter akan memudahkan tugas sistem operasi untuk mendapatkan data yang diperlukan oleh user dengan cepat.

Selain itu, disk defrag juga membolehkan kita mengoptimumkan ruangan hard disk yang masih kosong untuk menyimpan data dengan lebih banyak dan effisien. Bagi memastikan sistem berada dalam keadaan yang terbaik, anda dinasihatkan untuk defrag hard disk anda seminggu sekali.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...