Ahad, 29 April 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0: Titik perubahan

7f8585ea93eb6b33d6708eb79d903f9f

Assalamualaikum,

Semalam berlansung peristiwa bersejarah bagi tanah air kita. BERSIH 3.0

Perhimpunan semalam menyaksikan lebih 100 ribu rakyat Malaysia bangun begi menentang ketidak adilan sistem politik di Malaysia. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia telah lama mati dan perlu suatu kuasa untuk mengubatinya. Namun, masih ramai keparat yang tidak sedar dan tidak endah akan pekara ini. Yang memerintah terus memrintah, rakyat terus diperbodoh dengan kata-kata manis.

Perhimpunan semalam telah menunjukkan tanda-tanda awal kemenangan pihak pebangkang. Sokongan yang tidak berbelah bagi telah diberi oleh peyokong yang datang dari serata Malaysia. Kini, pebangkang telah selesa dengan kedudukannya sekarang. Kerajaan perlu bekerja lebih kera untuk menipu rakyat agar terus medapat sokongan.

Memetik kata-kata Azmin Ali, “Yang menolak BERSIH adalah KOTOR”. Pihak kerajaan terus-menerus meolak apa yang diperjuangkan oleh BERSIH mahupun BERSIH adalah gabungan NGO dan hanya disokong pebangkang. Menerima tuntutun pihak BERSIH umpama menyerah diri untuk ditewaskan.

Aku pernah bejumpa dengan orang kuat Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM). Perhimpunan BERSIH ini dubuat untuk mneyedarkan rakyat jelata yang masih asyik tidur berbalutkan selimut Dacing. Ramai yang masih tertipu dengan sandiwara dalam usaha mempertahan kroni dan anak bini. Pihak pemerintah tidak memahami bahawa tanggungjawab yang diterima akan ditanya disana kelak.

Dari kaca mata aku melihat, BERSIH telah disabotaj oleh sesetengah pihak yang telah dibayar. Sequence kejadian dari Malaysiakini.com menunjukan berlaku keganasan yang berpunca dari kumpulan yang kecil sesudah perhimpunan itu berlansung berhampiran Pudu Sentral. Kejadiaan ini secara tidak lansung membuatkan imej BERSIH 3.0 tercalar dan dipandang serong oleh golongan yang tidak meyertai dan hanya mengikuti dari media Barisan Nasional (BN). Sudah tentu rakyat akan kekenyangan menjamah sandiwara pihak mereka.

Jadi, menjelang Pilihan Raya yang akan datang, pilihan yang dibuat oleh rakyat sangat penting meskipun sudah tentu akan banyak penunggu, saka, dan hantu akan datang bersama untuk menunaikan tanggungjawab mereka yang dibayar. Tapi, ingatlah pilihan yang dibuat hari ini akan menentukan kedudukan kita di hari esok.

Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...