Selasa, 1 Mei 2012

Keganasan BERSIH 3.0 Suatu Sabotaj?

ke_04_1

Kisah perhimpunan BERSIH masih lagi menjadi topik hangat di negara kita. Masih laku umpama pisang goreng yang panas. Kita hanya didendangkan dengan perkara2 negatif mengenai BERSIH dan sudut pandangan terus menjadi pendangan yang tidak baik. Segala gambar yang terpampang di dada akhbar menunjukkan keganasan yang telah dilakukan oleh peserta. Hampir semua akhbar menggunakan modal yang sama untuk melariskan jualan akhbar mereka. Tak kurang ada yang menjual berita yang menipu, menipu rakyat dan mendapat restu dari pihak pemerintah.

Semalam aku ada menonton video mengenai perhimpunan tersebut, aku mengucap panjang apabila melihat kereta polis melanggar peserta perhimpunan.

Aku ada mendengar khabar angain yang menyatakan bahawa pihak polis juga menyertai perhimpuan tersebut tetapi berpakaian seperti orang awam. Marker ataupun penanda yang digunakan oleh mereka adalah warna biru yang dililit ditangan kiri mereka. Jadi, terlintas difikran aku, kenapa pihak polis perlu menyamar dan menyertai perhimpuan ini?

Adakah mereka sudah melihat apa yag diperjuangkan oleh pihak pembangkang atau diorang ada agenda yang tersembunyi?

Sesetengah keganasan yang berlaku menimbulkan tanda tanya kerana ia berlaku dengan dengan sempurna.

Aku tidak mahu menuduh mana2 pihak dalam isu ini, tapi persoalan tersebut perlu jawaban. Aku juga tertarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementrian Dalam Negeri(KDN) yang menyatakan bahawa tindakan polis meramoas barangan wartawan adalah Standard Operation Procedure (SOP), namun kenyataan tersebut bercanggahan sama sekali dengan keyataan ang dikeluarkan oleh pihak Polis D-Raja Malaysia (PDRM).

Sebagai rakyat yang perihatin, kita perlu menilai sejauh mana ketelusan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberi kepada mereka dalam mentadbir negara ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...