Rabu, 2 Mei 2012

Strategi Politik: Skandal Seks

Pelakon

Baru-baru ini kita digemparkan oleh video seks yang terbaru yang dikatakan mirip Azmin Ali, Timbalan Preiden PKR. Skandal ini muncul sejurus selsesainya perhimpunan BERSIH yang berlansung di ibu negara yang menyaksikan kehadiran seramai lebih 100 ribu perserta dari pelbaga negara.

Skandal ini juga digunakan dalam cubaan untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim, Presiden PKR namun gagal. Kini, strategi ini digunakan sekali lagi apabila gelombang Pilihan Raya semakin hampir. Strategi ini berkesan disesetengah negara sehinggakan pemimpin yang terlibat meletak jawatan, dan tersebar ke negara kita.

Pihak kerajaan atau pun pihak yang menentang perjuangan Pebangkang sudah semestinya akan menggunakan apa saja cara untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik serangan peribadi ini tidak menunjukan bahawa mereka tidak profesional dalam menjalankan tugas. Namun, itulah tahap mentaliti yang mereka pamerkan. Sesudah kalah dengan isu video seks yang disebarkan oleh Datuk Trio, kini mereka menyepi tanpa berita.

Kerajaan lagi sekali membenarkan gambar lucah dtayang di media arus perdana, semata-mata mahu meraih undi dari rakyat yang kononnya mahu membuka mata mereka dan berkata “Korang tengok! Macam ney pemimpin yang korang sokong?”. Secara tidak lansung tindakan mereka membuatkan golongan muda tertarik untuk melayari video yang tidak sihat tersebut. Mungkin orang masih ingat kes video seks bekas menteri Kesihatan dahulu. Media arus perdana tidak pula galak menyiarkan gambar sekuens aksi yang berlaku. Realitinya, inilah Malaysia, negara yang dicintai.

Dari sudut pandangan aku, tidak pula aku menyatakan ‘pelakon’ tersebut adalah Azmin Ali. Namun, hasutan syaitan dan iblis sentiasa berdendang di benak hati kita. Tidak mustahil mereka boleh terjebak, kerana laporan berita baru-baru ini sangat mengejutkan aku yang menyatakan bahawa seorang Imam didapati bersalah tuduhan merogol pelajar bawah umur. Jadi, bagi mereka yang tinggi ilmu agama boleh tewas dengan hasutan syitan apatah lagi mereka yang kurang ilmu agama.

Semua yang berlaku ada hikmah yang patut diambl iktibar oleh rakyat dan menilai sebaik mungkin menggunakan segala pacaindera yang diberikan kepada kita dan jangan menyokong secara membabi-buta.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...