Khamis, 3 Mei 2012

Pemimpin disembah Pemimpin Sampah

duit

Terngiang-ngiang di telinga aku kata-kata keramat ini. Memang benar kata2 orang yang lebih tua dari aku dan punyai seribu satu pengalaman dari aku yang hanya baru mengenal dunia politik Malaysia.

Pemimpin yang adil akan disayangi rakyat manakala pemimpin yang tidak adil tunggulah akibat. Allah akan membuka mata rayat jelata tanpa perlu bersusah payah untuk mereka mencari kebenaran. Kes rasuah memang tidak asing lagi di negara kita, namun kita seolah-olah lupa akan peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara kita.

Mungkin masih ada yang mengingati bagaimana sesorang yang terlibat dalam rasuah telah diangkat lebih tinggi kedudukannya hanya kerana dia punya kabel yang sangat ampuh dalam kerajaan. Aku tertarik dengan tajuk berita dari Malaysiakini.com yang menyiarkan mengenai rasuah pembelian kapal selam yang kononnya menjadi kebanggaan kita semua. Kapal selam tersebut telah menjadi tugu terbesar rasuah dalam negara kita. Namun siapa yang boleh menolak kuasa Allah. Kini, sedikit-demi sedikit pemimpin yang dipuja dan terkenal dengan kegilaan populariti itu ditujunjukkan warna yang sebenar.

Warna-warna yang ditunjukkan masih belum jelas dan masih kabur, namun sejauh mana ‘dia’ boleh mlarikan diri. Wang rakyat banyak digunakan untuk meyapu bontot sendiri, sehinggakan berlaku banyak pembaziran. Wang yang diberikan kepada keroni dipejamkan mata, wang sebagai pelaburan kepada generasi muda yang akan membangun negara dikatakan sebagai beban. Dimanakah nilai amanah dan wastiyyah yang dilaungkan?

Beginikah pemimpin yang kita mahu?

Pemimpin yang sentiasa goyang apabia melihat wang yang banyak. Sedarkah dia bahawa segala yang dibuat akan ditanya oleh Allah disana kelak?

Harapan aku kepada yang terlibat agar berubah atau berundur kepada yang lebih layak agar tidak berlaku lebih banyak masalah kepada negara yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...