Baru-baru ini warga felda dikejutkan dengan durian runtuh bernilai 15 ribu. Satu nalai yang banyak jika difikirkan. Wang pula digunakan mngabur mata mereka. Aku tidak bermaksud jangan ambil, setelah aku melayari bahtera internet, banyak telah aku baca mengenai respon dari durian tersebut. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Tidak bermakna yang menyokong aalah betul, yang tidak menyokong adalah salah. Semua adalah berdasaran tfsiran masing-masing, kebenaran kedang-kadang menjadi subjektif kadang-kadang menjadi sesumpah.
Antara artikel yang menarik perhatian aku adalah mengenai saham yang dikaluarkan dari pihak bank-bank yang terpilih untuk warga Felda, kebenaran sekali lagi menjadi subjektif kerana tiada bukti yang kukuh untuk mengukuhkan teori tersebut. Aku menjadi sangat tertarik dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh fanpage KBSB. Hipotesis yang sangat meruntun jiwa dikmudian hari jika tidak berhati-hati. Rabun mata, terkejut beruk, suka bergembira dengan gula yang bakal diterima, namun apa yang bakal kehilangan tidak dilihat. Suatu hipotesis yang menarik jika diperhalusi.
Artikel ini telah membuat mulut-mulut yang bijak dan tahu serba sedikit mengenai apa yang cuba dilakukan olek pihak kera dan beruk ini membuka mulut. Ada sahabat dari satu kelas aku telah menceritakan bagaimana uncle beliau yang menerima wang akan disuruh menandatangani satu dokuman yang berkaitan dengan gula yang akan deberikan. Dokumen itu dikatakan ada kena mengena dengan saham yang akan dibuka kepada umum, sebagai jualan stelah berlaku penyeneraian.
Jadi, secara tidak lansung penduduk yang telah menerima gula akan membuat pinjaman dengan bank yang baerkaitan mengenai urusan saham tersebut, dan secara automatik akan berhutang dengan pihak bank. Hidup dalam hutang, hidup dalam sandiwara.
Ini adalah kenyataan sorang sahabat kepada seorang sahabat, juga melihat senario sekarang, kedudukan pemerintah sekarang semakin terjejas akibat perhimpunan baru2 ini, segala kemam[uan yang ada akan digunakan kembali untuk mendapatkan pengundi. Teknik yang sama digunakan sejak sekian lama, jauh sebelum Hitler lahir kedunia.
Gula demi gula diberikan, hanya generasi hadapan akan menanggung akibat dari perbuatan sekarang. Ganerasi kini bakal pergi dan kesakitan akan ditanggung oleh generasi hadapan. Munkin ganerai kini tidak sedar akan tidakan yang dilakukan mereka, dan terlalu ego bodoh sombong untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh pelapis hadapan atau ganerasi kelak.
Kini, hanya masa akan menentukan hasil gula yang ditanam, samada membuahkan undi dan kehilangan apa yang dimiliki bak peribahasa Melayu, Ayam menang kampung tergadai. Dapat gula, kampung tergadai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan