Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Perbezaan Keluarga Najib dan Anwar

 

Be_Different_by_filipegil

Kita sudah sedia maklum, media arus perdana telah digunakan untuk memburuk dan menelanjangkan tokoh-tokoh di negara kita. Sering kali kita mendengar tentang serangan peribadi dan masalah peribadi yang ketua pebangkang. Terlalu banyak kita disuapkan sehinggakan aku sudah kerap kali ke tandas untuk buang air besar.

Cikgu aku pernah cakap, sebelum kita memimpin orang kita hendaklah menjadi pemimpin kepada diri dan keluarga dahulu.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk membandingkan sejauh mana kebenaran kata kata cikgu aku.

Perbandingan yang akan aku buat adalah mengenai keluarga mereka.

 

najib's family

Ini adalah gambar keluarga pemimpin yang dikatakan wassatiyah, baik dan tinggi ilmu agama juga songkoknya.

 

n589108922_123959_1358

Ini pula gambar keluarga pemimpin yang dikatakan meliwat, biseksual dan banyak lagi.

 

Keluarga pemimpin yang dikatakan bermasalah di media arus perdana dan terkenal dengan kes khalwat serta tomahan biseksual lebih baik menjaga kehormatan keluarganya dari pemimpin yang dikatakan sangat wassatiyah oleh Ustazah Masyitah.

Sekurang-kurangnya pemimpin yang bermasalah, biseksual dan sebagainya pandai mendidik isteri dan anak-anaknya menutup aurat berbanding pemimpin yang wassatiyah dengan jelas kelihatan aurat anak dan isterinya.

Jadi, marilah kita berfikir sejenak. Bagaimana negara Islam akan tertegak jika anak dan isteri lintang pukang? Adakah kamu yakin seorang yang boleh menjaga kehormatan keluarganya boleh memimpin negara dengan baik?

Marilah kita bersama-sama membantu agar PR berjaya menakluk Putrajaya pada PRU akan datang. Insya-Allah….

 

read more

Ahad, 10 Jun 2012

Duit Saya, Duit Awak dan Duit Kita

berjawatan-kontrak-k-359277078

Duit merupakan suatu entiti yang sangat penting dalam kehidupan bagi sesetengah orang dan merupakan suatu aset yang sangat mudah cair. Kawan aku yang cuba mengajak aku menyertai MLM juga pernah berkata ‘Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit’ suatu kata-kata yang menarik untuk diingati. Kerana duit dan harta boleh berpecah adik-beradik, kerana duit juga boleh becerai suami isteri.

Duit boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori, seperti duit sendiri, duit bersama dan duit orang yang merupakan amanah. Tetapi masih terdapat segelintir yang tidak faham dan mungkin tidak tahu cara untuk membezakan ketegori duit yang disebut tadi.

Kejadian baru-baru ini yang melibatkan pembekuan PTPTN di UNISEL. Tindakan ini merupakan langkah yang sangat kurang bijak dan dengan jelas menunjukkan kebodohan dalam membezakan wang sendiri dan wang rakyat.

Aku tidak nafikan, parti mereka mempunyai dana yang cukup banyak sehinggakan mampu menjalankan program yang melibatkan puluhan ribu ringgit. Tapi mereka lupa dan alpa mengenai asal-usul wang yang sedang dibelanjakan mereka.

Aku juga sedar, dan aku juga merupakan orang yang aktif dalam berpersatuan jadi sedikit sebanyak mengajar aku dalam kehidupan. Mesti ramai yang tertanya-tanya sebab aku kaitkan persatuan dan parti mereka?

Jawapan yang cukup mudah. Duit. Dalam usaha membawa sesuatu persatuan kehadapan, duit sangat memainkan peranan yang penting selain dari amanah dan komitmen yang tinggi. Bagi membawa persatuan kehadapan memerlukan dana untuk digunakan. Pelbagai usaha dilakukan seperti membuat jualan, yuran keahlian, penjualan aset dan banyak lagi. Usaha-usaha tersebut dilakukan bagi mendapatkan duit untuk persatuan. Sukar dan memeritkan.

Kaitan dengan parti mereka?

Parti mereka mempunyai keahlian yang sangat ramai hingga hampir mencecah 3.2 juta ahli, tetapi yuran keahlian hanya RM 2.00! Sangat murah jika dibandingkan dengan persatuan yang aku sertai. Namun, pelbagai tanda tanya muncul dibenak fikiran aku. Bagaimana mereka menjalan program yang berterusan dan menelan belanja jutaan ringgit?

Kalau mengikut perkiraan aku maaf jika aku tersilap mengira:

3.2 juta ahli X RM 2.00 = RM 6.4 juta.

Muncul lagi satu persoalan, adakah wang tersebut cukup untuk menampung program dan pengurusan parti?

Sepert yang kita sedia maklum, banyak program yang telah dilancarkan seperti Janji Ditepati, Konvoi Bermotor Himpunan Pemuda dan banyak lagi. Semua program yang dijalankan memerlukan wang yang sangat banyak.   Jadi, persoalan seterusnya timbul, Dari manakah dana mereka diperoleh?

Jadi disini telah berlaku kekeliruan dalam mengketegorikan wang.

Wang yang parti telah dicampur-adukkan dengan wang Kerajaan. Program-program ini dijalankan diatas nama parti dan hanya mendapat kebaikan untuk satu pihak dan tidak dipihak satu lagi, sedangkan saman, cukai dan banyak lagi dibayar dari kedua-dua pihak.

Wang kerajaan adalah dari kutipan saman, cukai dan sebagainya dan boleh mencecah berbillion ringgit. Jadi, pelbagai program yang telah dijalankan sepanjang tahun tidak mustahil wang kerajaan telah disalahgunakan untuk kepentingan dan kelansungan parti. Contoh program yang menarik perhatian aku adalah:-

 

expediture-claim-hbn-11

expediture-claim-hbn-22

 

Persoalan seterusnya timbul, Dimanakah ketelusan mereka dalam mengurus wang rakyat?

Diharap persoalan-persoalan ini harus dijawab melalui peti undi.

 Ingatlah, ini adalah duit saya, duit awak dan duit kita!

read more

Khamis, 10 Mei 2012

Gula-Gula Durian Felda.

Gula

Baru-baru ini warga felda dikejutkan dengan durian runtuh bernilai 15 ribu. Satu nalai yang banyak jika difikirkan. Wang pula digunakan mngabur mata mereka. Aku tidak bermaksud jangan ambil, setelah aku melayari bahtera internet, banyak telah aku baca mengenai respon dari durian tersebut. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Tidak bermakna yang menyokong aalah betul, yang tidak menyokong adalah salah. Semua adalah berdasaran tfsiran masing-masing, kebenaran kedang-kadang menjadi subjektif kadang-kadang menjadi sesumpah.

Antara artikel yang menarik perhatian aku  adalah mengenai saham yang dikaluarkan dari pihak bank-bank yang terpilih untuk warga Felda, kebenaran sekali lagi menjadi subjektif kerana tiada bukti yang kukuh untuk mengukuhkan teori tersebut. Aku menjadi sangat tertarik dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh fanpage KBSB. Hipotesis yang sangat meruntun jiwa dikmudian hari jika tidak berhati-hati. Rabun mata, terkejut beruk, suka bergembira dengan gula yang bakal diterima, namun apa yang bakal kehilangan tidak dilihat. Suatu hipotesis yang menarik jika diperhalusi.

Artikel ini telah membuat mulut-mulut yang bijak dan tahu serba sedikit mengenai apa yang cuba dilakukan olek pihak kera dan beruk ini membuka mulut. Ada sahabat dari satu kelas aku telah menceritakan bagaimana uncle beliau yang menerima wang akan disuruh menandatangani satu dokuman yang berkaitan dengan gula yang akan deberikan. Dokumen itu dikatakan ada kena mengena dengan saham yang akan dibuka kepada umum, sebagai jualan stelah berlaku penyeneraian.

Jadi, secara tidak lansung penduduk yang telah menerima gula akan membuat pinjaman dengan bank yang baerkaitan mengenai urusan saham tersebut, dan secara automatik akan berhutang dengan pihak bank. Hidup dalam hutang, hidup dalam sandiwara.

Ini adalah kenyataan sorang sahabat kepada seorang sahabat, juga melihat senario sekarang, kedudukan pemerintah sekarang semakin terjejas akibat perhimpunan baru2 ini, segala kemam[uan yang ada akan digunakan kembali untuk mendapatkan pengundi. Teknik yang sama digunakan sejak sekian lama, jauh sebelum Hitler lahir kedunia.

Gula demi gula diberikan, hanya generasi hadapan akan menanggung akibat dari perbuatan sekarang. Ganerasi kini bakal pergi dan kesakitan akan ditanggung oleh generasi hadapan. Munkin ganerai kini tidak sedar akan tidakan yang dilakukan mereka, dan terlalu ego bodoh sombong untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh pelapis hadapan atau ganerasi kelak.

Kini, hanya masa akan menentukan hasil gula yang ditanam, samada membuahkan undi dan kehilangan apa yang dimiliki bak peribahasa Melayu, Ayam menang kampung tergadai. Dapat gula, kampung tergadai.

read more

Khamis, 3 Mei 2012

Pemimpin disembah Pemimpin Sampah

duit

Terngiang-ngiang di telinga aku kata-kata keramat ini. Memang benar kata2 orang yang lebih tua dari aku dan punyai seribu satu pengalaman dari aku yang hanya baru mengenal dunia politik Malaysia.

Pemimpin yang adil akan disayangi rakyat manakala pemimpin yang tidak adil tunggulah akibat. Allah akan membuka mata rayat jelata tanpa perlu bersusah payah untuk mereka mencari kebenaran. Kes rasuah memang tidak asing lagi di negara kita, namun kita seolah-olah lupa akan peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara kita.

Mungkin masih ada yang mengingati bagaimana sesorang yang terlibat dalam rasuah telah diangkat lebih tinggi kedudukannya hanya kerana dia punya kabel yang sangat ampuh dalam kerajaan. Aku tertarik dengan tajuk berita dari Malaysiakini.com yang menyiarkan mengenai rasuah pembelian kapal selam yang kononnya menjadi kebanggaan kita semua. Kapal selam tersebut telah menjadi tugu terbesar rasuah dalam negara kita. Namun siapa yang boleh menolak kuasa Allah. Kini, sedikit-demi sedikit pemimpin yang dipuja dan terkenal dengan kegilaan populariti itu ditujunjukkan warna yang sebenar.

Warna-warna yang ditunjukkan masih belum jelas dan masih kabur, namun sejauh mana ‘dia’ boleh mlarikan diri. Wang rakyat banyak digunakan untuk meyapu bontot sendiri, sehinggakan berlaku banyak pembaziran. Wang yang diberikan kepada keroni dipejamkan mata, wang sebagai pelaburan kepada generasi muda yang akan membangun negara dikatakan sebagai beban. Dimanakah nilai amanah dan wastiyyah yang dilaungkan?

Beginikah pemimpin yang kita mahu?

Pemimpin yang sentiasa goyang apabia melihat wang yang banyak. Sedarkah dia bahawa segala yang dibuat akan ditanya oleh Allah disana kelak?

Harapan aku kepada yang terlibat agar berubah atau berundur kepada yang lebih layak agar tidak berlaku lebih banyak masalah kepada negara yang tercinta ini.

read more

Rabu, 2 Mei 2012

Strategi Politik: Skandal Seks

Pelakon

Baru-baru ini kita digemparkan oleh video seks yang terbaru yang dikatakan mirip Azmin Ali, Timbalan Preiden PKR. Skandal ini muncul sejurus selsesainya perhimpunan BERSIH yang berlansung di ibu negara yang menyaksikan kehadiran seramai lebih 100 ribu perserta dari pelbaga negara.

Skandal ini juga digunakan dalam cubaan untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim, Presiden PKR namun gagal. Kini, strategi ini digunakan sekali lagi apabila gelombang Pilihan Raya semakin hampir. Strategi ini berkesan disesetengah negara sehinggakan pemimpin yang terlibat meletak jawatan, dan tersebar ke negara kita.

Pihak kerajaan atau pun pihak yang menentang perjuangan Pebangkang sudah semestinya akan menggunakan apa saja cara untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik serangan peribadi ini tidak menunjukan bahawa mereka tidak profesional dalam menjalankan tugas. Namun, itulah tahap mentaliti yang mereka pamerkan. Sesudah kalah dengan isu video seks yang disebarkan oleh Datuk Trio, kini mereka menyepi tanpa berita.

Kerajaan lagi sekali membenarkan gambar lucah dtayang di media arus perdana, semata-mata mahu meraih undi dari rakyat yang kononnya mahu membuka mata mereka dan berkata “Korang tengok! Macam ney pemimpin yang korang sokong?”. Secara tidak lansung tindakan mereka membuatkan golongan muda tertarik untuk melayari video yang tidak sihat tersebut. Mungkin orang masih ingat kes video seks bekas menteri Kesihatan dahulu. Media arus perdana tidak pula galak menyiarkan gambar sekuens aksi yang berlaku. Realitinya, inilah Malaysia, negara yang dicintai.

Dari sudut pandangan aku, tidak pula aku menyatakan ‘pelakon’ tersebut adalah Azmin Ali. Namun, hasutan syaitan dan iblis sentiasa berdendang di benak hati kita. Tidak mustahil mereka boleh terjebak, kerana laporan berita baru-baru ini sangat mengejutkan aku yang menyatakan bahawa seorang Imam didapati bersalah tuduhan merogol pelajar bawah umur. Jadi, bagi mereka yang tinggi ilmu agama boleh tewas dengan hasutan syitan apatah lagi mereka yang kurang ilmu agama.

Semua yang berlaku ada hikmah yang patut diambl iktibar oleh rakyat dan menilai sebaik mungkin menggunakan segala pacaindera yang diberikan kepada kita dan jangan menyokong secara membabi-buta.

read more

Selasa, 1 Mei 2012

Keganasan BERSIH 3.0 Suatu Sabotaj?

ke_04_1

Kisah perhimpunan BERSIH masih lagi menjadi topik hangat di negara kita. Masih laku umpama pisang goreng yang panas. Kita hanya didendangkan dengan perkara2 negatif mengenai BERSIH dan sudut pandangan terus menjadi pendangan yang tidak baik. Segala gambar yang terpampang di dada akhbar menunjukkan keganasan yang telah dilakukan oleh peserta. Hampir semua akhbar menggunakan modal yang sama untuk melariskan jualan akhbar mereka. Tak kurang ada yang menjual berita yang menipu, menipu rakyat dan mendapat restu dari pihak pemerintah.

Semalam aku ada menonton video mengenai perhimpunan tersebut, aku mengucap panjang apabila melihat kereta polis melanggar peserta perhimpunan.

Aku ada mendengar khabar angain yang menyatakan bahawa pihak polis juga menyertai perhimpuan tersebut tetapi berpakaian seperti orang awam. Marker ataupun penanda yang digunakan oleh mereka adalah warna biru yang dililit ditangan kiri mereka. Jadi, terlintas difikran aku, kenapa pihak polis perlu menyamar dan menyertai perhimpuan ini?

Adakah mereka sudah melihat apa yag diperjuangkan oleh pihak pembangkang atau diorang ada agenda yang tersembunyi?

Sesetengah keganasan yang berlaku menimbulkan tanda tanya kerana ia berlaku dengan dengan sempurna.

Aku tidak mahu menuduh mana2 pihak dalam isu ini, tapi persoalan tersebut perlu jawaban. Aku juga tertarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementrian Dalam Negeri(KDN) yang menyatakan bahawa tindakan polis meramoas barangan wartawan adalah Standard Operation Procedure (SOP), namun kenyataan tersebut bercanggahan sama sekali dengan keyataan ang dikeluarkan oleh pihak Polis D-Raja Malaysia (PDRM).

Sebagai rakyat yang perihatin, kita perlu menilai sejauh mana ketelusan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberi kepada mereka dalam mentadbir negara ini.

read more

Ahad, 29 April 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0: Titik perubahan

7f8585ea93eb6b33d6708eb79d903f9f

Assalamualaikum,

Semalam berlansung peristiwa bersejarah bagi tanah air kita. BERSIH 3.0

Perhimpunan semalam menyaksikan lebih 100 ribu rakyat Malaysia bangun begi menentang ketidak adilan sistem politik di Malaysia. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia telah lama mati dan perlu suatu kuasa untuk mengubatinya. Namun, masih ramai keparat yang tidak sedar dan tidak endah akan pekara ini. Yang memerintah terus memrintah, rakyat terus diperbodoh dengan kata-kata manis.

Perhimpunan semalam telah menunjukkan tanda-tanda awal kemenangan pihak pebangkang. Sokongan yang tidak berbelah bagi telah diberi oleh peyokong yang datang dari serata Malaysia. Kini, pebangkang telah selesa dengan kedudukannya sekarang. Kerajaan perlu bekerja lebih kera untuk menipu rakyat agar terus medapat sokongan.

Memetik kata-kata Azmin Ali, “Yang menolak BERSIH adalah KOTOR”. Pihak kerajaan terus-menerus meolak apa yang diperjuangkan oleh BERSIH mahupun BERSIH adalah gabungan NGO dan hanya disokong pebangkang. Menerima tuntutun pihak BERSIH umpama menyerah diri untuk ditewaskan.

Aku pernah bejumpa dengan orang kuat Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM). Perhimpunan BERSIH ini dubuat untuk mneyedarkan rakyat jelata yang masih asyik tidur berbalutkan selimut Dacing. Ramai yang masih tertipu dengan sandiwara dalam usaha mempertahan kroni dan anak bini. Pihak pemerintah tidak memahami bahawa tanggungjawab yang diterima akan ditanya disana kelak.

Dari kaca mata aku melihat, BERSIH telah disabotaj oleh sesetengah pihak yang telah dibayar. Sequence kejadian dari Malaysiakini.com menunjukan berlaku keganasan yang berpunca dari kumpulan yang kecil sesudah perhimpunan itu berlansung berhampiran Pudu Sentral. Kejadiaan ini secara tidak lansung membuatkan imej BERSIH 3.0 tercalar dan dipandang serong oleh golongan yang tidak meyertai dan hanya mengikuti dari media Barisan Nasional (BN). Sudah tentu rakyat akan kekenyangan menjamah sandiwara pihak mereka.

Jadi, menjelang Pilihan Raya yang akan datang, pilihan yang dibuat oleh rakyat sangat penting meskipun sudah tentu akan banyak penunggu, saka, dan hantu akan datang bersama untuk menunaikan tanggungjawab mereka yang dibayar. Tapi, ingatlah pilihan yang dibuat hari ini akan menentukan kedudukan kita di hari esok.

Sekian.

read more

Rabu, 22 Jun 2011

Cuti-Cuti Malaysia VS Curi-Curi Wang Malaysia

Assalamualaikum,

cuticutimalaysia

 

VS

 

curicurimalaysia

 

Sekian,

Wassalam.

read more

Sabtu, 18 Jun 2011

Bersih 2.0 : Kebangkitan Rakyat VS KERAAA-JAAN

logo bersih

Assalamualaikum,

Fuh, bsing sekrang aku dengar pasai perhimpunan bersih kali ney. Macam-macam info yang aku dapat.

Bukan apa, aku ney pun kadang-kadang kaki politik jugak jadi skali sekala mempolitikkan diri aku dalam blog ney tak salah kan kan kan.

Perhimpunan ney akan dibuat kat Masjid Negara, dan akan disertai oleh ramai dari NGO. Aku pun insyaallah akan join jugak benda ney, tempat pun aku dah survey nak tengok macam mana.

Bersih ney telah dibuat kat seluruh malaysia sebelum ney, jadi kali ney pun diorang nak buat jugak, dan siap sekali dengan baju korang buleh beli kalu berminat.

Masjid negara

Aku pun duk planning nak gi melalui Pasar Seni n then cross memlalui KTMB, bru g ke Masjid Negara. Aku rase jalan tu selamat sikit kot, tapi aku duk jangka akan berlaku pergaduhan kot sebab banyak geng yang akan datang (perkasa, pemuda umno, bersih).

Pas tu kawan aku cakap, kalau korang nak melarikan diri andai kata FRU or PELIS menggila, koang ari masuk dalam masjid negara lebih selamat sebab polis takkan masuk dalam masjid.

Ney adalah antara tujuan dan tuntutan mereka.

BERSIH_targets_25250 (1)

Jadi kita sebagai rakyat malaysia, aku seru agar kita berfikiran lebih terbuka dalam menilai keadaan politik negara kita. Kita semua mempunya HAK untuk bersuara, tapi kalau hak kita untuk bersuara disekat oleh PENJILAT JUBUR KERAAA-JAAN apa guna tul tak?

Mungkin akan ader yang kater semua ney buang masa, hahahahha….. Lawak aku dengar, jelas giler ketidaksedaran mengenai masa depan negara kalau kita janya dipimpin oleh PENYAMUN, PENYANGAK, PENCURI…..

Korang yang bijaksana, fikir la untuk kebaikan kita bersama di masa depan ok!

Chow!!

Wassalam.

read more

Rabu, 4 Mei 2011

Pilihan Raya: Dimana salah dan silapnya?

government-logo-SPR-Suruhanjaya-Pilihan-Raya-Malaysia-0016-4539-brand

Di pecat, di buang. Bagi aku tu lah nasib yang akan diterima sesiapa yang cuba menentang kerajaan. Ini adalah pendapat aku sendiri, jadi kepada korang yang nak baca atau tak, lantak kat korang. PERUBAHAN, suatu perkataan yang amat mendalam maksud bagi ahli politik di Malaysia. Mendalam dan sukar, hanya itu yang boleh dikatakan.

Kawan aku pernah cakap kat aku, andai kata SPR mampu membawa perubahan kepada sisitem politik negara kita, sudah lama SPR dimansuhkan. Walaupun, sering kita dengar bertapa telus sistem pilihan raya di Malaysia yang diwar-warkan dalam media. Benahkah pilihan raya di Malaysia benar-benar telus?

Bukan hanya itu persolan yang aku nak cuba cetus dalam pemikiran korang semua. Aku nak ungkit kisah yang berlaku suatu masa dahulu. Semasa pilihan raya di Batang Ai. Sebelum aku nak masuk dengan lebih lanjut, aku nak cakap yang setiap pilihan raya yang dibuat kat Malaysia menelan belanja bukan ribuan ringgit, tapi jutaan kalau korang tak tahu.

Pilihan raya tu menggunakan wang rakyat. Yang aku dapat berita yang tidak rasmi, hanya mulut ke mulut. Tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya? pilihan raya kali tu, menelan belanja yang sangat banyak, dan sehinggkan wang MARA telah digunakan dalam pilihan raya tersebut.

Yang aku kesian kat student, especially budak MRSM. Kalau korang nak tau, tahun-tahun before ney, MARA akan sediakan banyak peluang fast track untuk student MRSM. Tapi tahun tu, entah dimana silapnya, hanya tinggal beberapa tempat sahaja yang boleh dipilih seperti Australia, Russia dan aku tak ingat yang selebihnya.

Cukup kita ambil kesan yang dirasai oleh student. La aku nak ambil apa yang dirasai oleh cikgu-cikgu MRSM. Ustaz aku pernah cakap kat dalam kelas, duit gaji yang dah la tak banyak( cikgu-cikgu bukan nak mengeluh, diorang berkhidmat untuk mendidik anak bangsa agar bijak membeza antara kaca dan permata) lepas tu kena potong pulak dengan kera-jaan nak bayar duit apa entah.

Jadi, korang dah nampakkan efek pilihan raya. Walaupun sesetengah orang nampak kecik, tapi kesan sangat besar dan dirasai bukan hanya orang dewasa malahan student-student.

Aku punya pendapat dalam atasi masalah ney, setiap wakil rakyat yang lompat katak, atau meninggal dunia mereka perlu ada pengganti ataupun timbalan. Jadi, kalau diorang nak lompat tinggi manapun, akan senantiasa ada orang yang akan mengisi tempat kosong yang telah ditinggalkan.

Jadi, secara otomatiknya, setiap kali Pilihan Raya Umum, barulah wakil rakyat akan bertukar wajah atau masih kekal di kerusi masing-masing.

Kita cuba ambil signifikasi macam ney, masa Tun Dr. M letak jawatan dahulu,kenapa tidak diadakan pilihan raya untuk mencari perdana menteri yang baru? Kenapa Pak Lah yang naik? Kenapa sistem tu tidak diamalkan di semua peringkat pentadbiran?

Mari kita fikir, berapa wang rakyat dapat disalurkan kearah yang lebih benah jika sisitem yang aku cuba terangkan diamalkan? Masa depan pelajar akan lebih terjamin dan sebagainya.

Ambillah masa untuk kita berfikir, kerana berfikir itu datangnya idea PERUBAHAN.

p/s : Semua yang ditulis adalah idea the kunyit, jadi ia merupakan pandangan peribadi. Smile

read more

Ahad, 24 April 2011

Media ‘Jahat’, Kerajaan ‘Baik’

Assalamualaikum,

jahatbaik

Masa aku tengah duk dinner dengan member aku tadi, aku pun usha la tv sebab boring tengok muka dia. Hari2 aku tengok, bek aku tengok benda lain pulak.

Masa ku tengah duk tengok tu, aku ada berita yang agak menarik la bagi aku kat ASTRO.

Tajuk dia, ‘Media perlu lebih berani kritik kerajaan’.

Waktu tu, Dr. M yang cakap. Antara point yang dia sampaikan adalah media melakukan tapisan sendiri sehinggakan rakyat menyangka bahawa semua itu adalah perbuatan kerajaan dan membawa pandangan negatif terhadap kerajaan. Contoh: Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV 3 Suku.

Ok, dari apa yang Dr. M cakap tu, apa yang korang dapat paham disebalik maksud kata-kata dia? Tak tahu? Teruk betul la korang ney. Spoil aku punya mod betul. Ok, ney apa yang aku paham dan ini adalah pandangan aku sendiri.

Dari apa yang telah Dr. M cakap tu, pihak kerajaan cuba mengelak dari terus dipersalahkan kerana sering dituduh memperalatkan pihak media sebagai platform diorang menyebarkan dakyah diorang. Jadi, apabila diorang buat macam tu, otomatiknya segala yang terjadi sebelum ney diletakan diatas kepala pihak media. Ini menjadikan pihak media orang jahat la pulak. Aduh, pandai diorang bermain-dengan kata-kata. Secara tidak lansung, tindakan mereka akan membersihkan nama pihak kerajaan dari segala ‘tahi’ yang telah diorang buat selama ini.

Selain dari tu, diorang juga berjanji untuk tidak akan membuat tapisan bagi kandungan internet dan blogger dan webmaster yang lain akan bebas bersuara di internet. Jadi, ini bermakna kerajaan tidak akan ganggu lagi blog dan lain-lain yang anti kerajaan.

Aku tak pasti ini diorang nak buat betul atau hanya nak buat-buat baik. Apa-pun, buruk baik kerajaan ada di tangan korang. Nanti waktu pilihan raya nanti, pilih yang boleh pakai, jangan kaki rasuah dan sebagainya sebab mata korang dah kelabu kalau diorang letak duit depan mata dan suruh pangkah diorang.

Chow!

Wassalam.

read more

Sabtu, 23 April 2011

Konspirasi Email 1 Malaysia

Assalamualaikum,

tricubes

Fuhh, kecoh betul sekarang pasai Najib buat Email Malaysia. Aku mula2 malas nak tau, tapi lama2 jadi makin bes plak. Jadi macam kes video seks yang diterbitkan TRIO.

Macam2 timbul dan terbongkar. Rupanya bodoh menlatun-lantun jugak diorang ney. Nak tipu, tapi tak kena gaya. aku bukan la pro sangat pasai politik bhai, tapi dah makin lama makin bes aku pun join la.

Kita balik pasai email tu. Aku ada baca blog ney dan dapat tau yang pemilik Tricubes tu qupa2 adik si Najis! What da….. yup, syarikat tu dikatakan dah nak bankrap c dah. Kalau korang tau pasai Bursa Saham Malaysia. Korang cuba cari apa tu status syarkat GN3. Aku tak la pandai sangat, jadi aku tak tau. Tapi dari apa yang aku dapat info. Syarikat tu memang dah teruk, taun lepas, diorang RUGI BERSIH SEBANYAK RM 3.5 JUTA SAHAJA. Skit jerk an?

Jadi, bila dah ‘untung’ sampai macam tu, Bursa Malaysia pun bagi warning letter. Ala, kalau korang slalu skip kelas slalu la korang dapat surat tu.

Jadi, bagi membantu mengelakkan dari ditarik balik dari Bursa Malaysia, Najis telah member dana secara tidak lansung mean dia bagi dari arah lain DUIT KITA BAYAR CUKAI sebanyak RM 50 JUTA SAHAJA. Sikit jekan? Jadi, PRU depan korang pangkah la Najis lagi sekali kalau korang nak kena ROMPAK macam tu lagi.

duit

Najis ney bijak macam Pak Belalang, bijak TEMBELANG orang. Lepas tu cakap tak pakai duit kera-jaan. Fuhh hebat sekali lakonan dia. Buleh dapat anugerah PENIPU tahunan.

Korang yang bijak laksana…… ah, aku tak tau … bru bgun jer ney. Korang piker, syarikat yang ‘untung’ banyak tu, nak buat projek amal? Patut ker? Tepuk dada tanya kepala otak.

Yang agak menyeronokakn, Najis telah berjaya menyelamatkan syarikat. Lepas jer dia buat pelancarran, korang teka saham Tricubes melonjak banyak mana? 10? 21?90? salah salah. Ala korang ney, jagan buat spoil. Tak sampai banyak tu pun skit jer. Ader la dalam 491% SAHAJA. Skit jer. Korang tak payah nak risau.

graph

Jadi, Najis telah berjaya menjalankan tugas sebagai seorang abang kepada adik yang dalam kesusaha dengan menggunakan duit KITA. Ala, kita kan pemurah. Skit jer dia ambil duit kita, 50 JUTA AJER PUN.

Jadi, kuasa kat tangan korang macam mana korang corak politik Negara kita. Sama ada kita nak kena ROMPAK plak lepas ney itu atas korang. KUASA DI TANGAN KORANG.

save our money

Chow.

Wassalam.

read more

Ahad, 17 April 2011

Signifikasi Pembangkang dan ‘Bad Guy’.

Assalamualaikum,

fight

Aku nak ucapakan tahniah kat BN sebab diorang menang lagi dalam PRU kali ney. Kepada PR dan lain lain, lepas ney ada peluang buat yang terbaik untuk mengubah sistem poltik kat Malaysia.

Aku belajar benda ney masa kat dalam kem PLKN. Peranan kerajaan dan pembangkang. Apa yang aku tau, pembangkang ney lebeh kepada Penasihat kepada kerajaan. Yer ker? Korang mesti konfiuskan. Dia macam ney, setiap apa yang kerajaan buat,mesti ada cacat cela yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Lepas tu, pihak pembangkang pulak, bukan le tugas depa nak kondem, kerajaan saja. Depa lebih kepada nak MEMPERBETULKAN apa kesalahn yang dbuat oleh pihak kerajaan. Itu peranan utama kerajaan.

Kita sering salah faham dalam konsep ney, terutama pihak kerajaan. Depa kadang-kadang terlalu SAYANG kuasa diorang sampai depa tutup mata setia kesalah yang depa buat dan anggap pembangkang nak jatuhkan depa. Depa kena sedar yang pembangkang cuba memperbetulkan sesuatu yang tidak betul.

aku jenih open minded skit, baru-baru ney aku ada sembang dengan kawan aku. Dia cakap, sometime kita kena jadi orang jahat untu buat benda baik. Ney contoh yang dia bagi kat aku. Korang mesti ada ingat kisah yang jadi dekat Perak dulu, ala kisah yang BN kalah dan tak puas hati dan bawak masuk kes tu dalam mahkamah. Korang mesti Nampak SOMEONE jadi orang jahatkan? Kawan aku cakap, semua tu berpunca daripada tidakan Pihak yang menang melantik 3 orang bukan melayu dari 5 untuk jadi DUN. Mean lagi 2 adalah orang melayu, jadi kita akan jadi minority.

Kesan daripada tu, kita akan kalah dalam setiap apa yang akan dibincangkan terutama mengenai agama jika dibincangkan dalam dewan sebab ‘diorang tak paham’, untuk mengelakkan benda ney dari terjadi makan kerajaan terpaksa main kotor untuk jaga kepentingan orang melayu. Ney adalah pandangan kawan aku ketika kitaorang lepak lepas latihan silat. Jadi, korang dah paham kat situ.

Kalau korang x sure ka hape ka, bleh la tinggalkan komen, insyaallah aku akan balas.

Sekian.

read more

Isnin, 4 April 2011

Permainan Politik Berterusan.

Assalamualaikum,

images (10)

Bebaru ney hot pasal kes filem terbitan ahli politikus yang yang dibintangi oleh tiga orang mat boroi. Kecoh satu Negara pasai benda tu. Kes yang menark dan menimbulkan banyak pesoalan dalan dalam kalangan kita semua. Jadi, aku nak bagi pendapat aku yang bernas nasional ney, mungkin ada yang bole terima, silakan yang tak leh ikut suka bukan kacau hidup aku pun.

Aku dapat tau kisah filem ney masa aku on the way nk balik sini dari kampong aku. Masa aku kat atas bas, aku ada ternampak pasal movie ney kat paper, kau malas nak aamik tau mula-mula tapi makin lama makin hot. Aku pun setiap hari tengok dia punya perkembangan.

Bila kisah ney kuar, aku terperasan yang pilihan raya memang dekat sangat. Jadi aku punya kesimpulan yang memang ney adalah permainan ahli politikus yang kotor dan bengap. Hanya gilakan kuasa. Tapi, ney merupakan suatu petanda yang menunjukan yang kere-beruk-ungas-jaan memang takut dengan datuk anwar Ibrahim, syabas datuk. Jadi, dalam usaha diorang nak jaga diorang punya punggung agar sentiasa buleh memanaskan kerusi di parlimen, macam-macam diorang buat.

Berbalik kat trio yang bijak skali perancangan diorang. Namun, kalau bodoh memang bodoh sejak dari azali lagi. Kita buleh tengok yang bertaa kera-beruk-unggas-jaan sangat berat sebelah dalah kes ney. Diorang yang buat tayangan tu boleh disabitka kesalahan mengedar bahan lucah kepada awam dan boleh dikenakan penjara tiga tahun. Tapi apa kera-jaan buat aku nak Tanya korang? Diorang masih lagi bebas, x kena tahan pun. Malah makin boroi dengan dosa.

Kita singkap balik kisah dulu sewaktu mamat gay wat pengakuan, aku nak korang fikir macam aku kejap. Korang piker, apa mak bapak dia rasa lepas dia buat benda tu? Adakah diorang berasa macam ney; bangganya aku, anak aku gay rupanya? Semsestinya tidak, jadi korang Nampak tak itu adalah bermulanya permaina kanak-kanak dalam arena politik di Malaysia. Mamat gay tu, ada sampai beberapa sampel air mani kat dalam jubor dia. Pegh, teruk betul mamat tu. Tu menunjukan yang dia memang penah wat benda tu. Pastu suka suki dia nak libatkan orang.

Lagi satu, polis pun terlibat jugak dalam permainan politik ney. Aku bukan cakap kosong, bukti memang ada. Kalau korang selalu membaca kat dalam internet, mesti korang tau yang pihak polis dah disturb dua kali ceramah datuk anwar. First skali, masa ceramah DNA (Datuk Najib Altantuya) 2nd masa diorang nak ceramah kat kedai makan kat mana entah aku tak ingat. Jadi korang piker la sendiri. Zaman sekarang ney semua orang ada harga, polis pun tak terlepas. Korang boleh tengok berapa banyak polis duk suap-menyuap. Aku gi tau kat korang pon bukan auta, tapi fakta. Kadang2 polis tu x maw pun terlibat, tapi nak buat macam mana arahan orang atas macam Datuk Najis 1 Malaysia. Diorang nak buat macamana, x kan nak melawan? Kalau melawan memang x lama la diorang keja kat situ.

Berbalik kat filem tiga orang boroi tu, aku rase korang mesti ada otak untuk berfikir. Memang filem tu tulen, tapi adakah pelakonya TULEN? Korang cuba Tanya polis, konfem diorang tak buleh nak jawab sebab tak tahu. Jadi, apa saranan aku, TANGKAP TIGA EKOR BERUK BOROI DAN SIASAT DIORANG!!!!!

Walauapa pun, aku tetap akan sokong belakang Datuk Anwar.

images (2)

Sekian.

Wassalam.

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...