Kita sudah sedia maklum, media arus perdana telah digunakan untuk memburuk dan menelanjangkan tokoh-tokoh di negara kita. Sering kali kita mendengar tentang serangan peribadi dan masalah peribadi yang ketua pebangkang. Terlalu banyak kita disuapkan sehinggakan aku sudah kerap kali ke tandas untuk buang air besar.
Cikgu aku pernah cakap, sebelum kita memimpin orang kita hendaklah menjadi pemimpin kepada diri dan keluarga dahulu.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk membandingkan sejauh mana kebenaran kata kata cikgu aku.
Perbandingan yang akan aku buat adalah mengenai keluarga mereka.
Ini adalah gambar keluarga pemimpin yang dikatakan wassatiyah, baik dan tinggi ilmu agama juga songkoknya.
Ini pula gambar keluarga pemimpin yang dikatakan meliwat, biseksual dan banyak lagi.
Keluarga pemimpin yang dikatakan bermasalah di media arus perdana dan terkenal dengan kes khalwat serta tomahan biseksual lebih baik menjaga kehormatan keluarganya dari pemimpin yang dikatakan sangat wassatiyah oleh Ustazah Masyitah.
Sekurang-kurangnya pemimpin yang bermasalah, biseksual dan sebagainya pandai mendidik isteri dan anak-anaknya menutup aurat berbanding pemimpin yang wassatiyah dengan jelas kelihatan aurat anak dan isterinya.
Jadi, marilah kita berfikir sejenak. Bagaimana negara Islam akan tertegak jika anak dan isteri lintang pukang? Adakah kamu yakin seorang yang boleh menjaga kehormatan keluarganya boleh memimpin negara dengan baik?
Marilah kita bersama-sama membantu agar PR berjaya menakluk Putrajaya pada PRU akan datang. Insya-Allah….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan