Ahad, 10 Jun 2012

Duit Saya, Duit Awak dan Duit Kita

berjawatan-kontrak-k-359277078

Duit merupakan suatu entiti yang sangat penting dalam kehidupan bagi sesetengah orang dan merupakan suatu aset yang sangat mudah cair. Kawan aku yang cuba mengajak aku menyertai MLM juga pernah berkata ‘Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit’ suatu kata-kata yang menarik untuk diingati. Kerana duit dan harta boleh berpecah adik-beradik, kerana duit juga boleh becerai suami isteri.

Duit boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori, seperti duit sendiri, duit bersama dan duit orang yang merupakan amanah. Tetapi masih terdapat segelintir yang tidak faham dan mungkin tidak tahu cara untuk membezakan ketegori duit yang disebut tadi.

Kejadian baru-baru ini yang melibatkan pembekuan PTPTN di UNISEL. Tindakan ini merupakan langkah yang sangat kurang bijak dan dengan jelas menunjukkan kebodohan dalam membezakan wang sendiri dan wang rakyat.

Aku tidak nafikan, parti mereka mempunyai dana yang cukup banyak sehinggakan mampu menjalankan program yang melibatkan puluhan ribu ringgit. Tapi mereka lupa dan alpa mengenai asal-usul wang yang sedang dibelanjakan mereka.

Aku juga sedar, dan aku juga merupakan orang yang aktif dalam berpersatuan jadi sedikit sebanyak mengajar aku dalam kehidupan. Mesti ramai yang tertanya-tanya sebab aku kaitkan persatuan dan parti mereka?

Jawapan yang cukup mudah. Duit. Dalam usaha membawa sesuatu persatuan kehadapan, duit sangat memainkan peranan yang penting selain dari amanah dan komitmen yang tinggi. Bagi membawa persatuan kehadapan memerlukan dana untuk digunakan. Pelbagai usaha dilakukan seperti membuat jualan, yuran keahlian, penjualan aset dan banyak lagi. Usaha-usaha tersebut dilakukan bagi mendapatkan duit untuk persatuan. Sukar dan memeritkan.

Kaitan dengan parti mereka?

Parti mereka mempunyai keahlian yang sangat ramai hingga hampir mencecah 3.2 juta ahli, tetapi yuran keahlian hanya RM 2.00! Sangat murah jika dibandingkan dengan persatuan yang aku sertai. Namun, pelbagai tanda tanya muncul dibenak fikiran aku. Bagaimana mereka menjalan program yang berterusan dan menelan belanja jutaan ringgit?

Kalau mengikut perkiraan aku maaf jika aku tersilap mengira:

3.2 juta ahli X RM 2.00 = RM 6.4 juta.

Muncul lagi satu persoalan, adakah wang tersebut cukup untuk menampung program dan pengurusan parti?

Sepert yang kita sedia maklum, banyak program yang telah dilancarkan seperti Janji Ditepati, Konvoi Bermotor Himpunan Pemuda dan banyak lagi. Semua program yang dijalankan memerlukan wang yang sangat banyak.   Jadi, persoalan seterusnya timbul, Dari manakah dana mereka diperoleh?

Jadi disini telah berlaku kekeliruan dalam mengketegorikan wang.

Wang yang parti telah dicampur-adukkan dengan wang Kerajaan. Program-program ini dijalankan diatas nama parti dan hanya mendapat kebaikan untuk satu pihak dan tidak dipihak satu lagi, sedangkan saman, cukai dan banyak lagi dibayar dari kedua-dua pihak.

Wang kerajaan adalah dari kutipan saman, cukai dan sebagainya dan boleh mencecah berbillion ringgit. Jadi, pelbagai program yang telah dijalankan sepanjang tahun tidak mustahil wang kerajaan telah disalahgunakan untuk kepentingan dan kelansungan parti. Contoh program yang menarik perhatian aku adalah:-

 

expediture-claim-hbn-11

expediture-claim-hbn-22

 

Persoalan seterusnya timbul, Dimanakah ketelusan mereka dalam mengurus wang rakyat?

Diharap persoalan-persoalan ini harus dijawab melalui peti undi.

 Ingatlah, ini adalah duit saya, duit awak dan duit kita!

1 ulasan:

Fahmi Jaafar berkata...

bengong a kerajaan nih.. byr mhl2 bwk artis bodoh2... kalo bwk t ara ke snsd ke xpe gak..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...