Jumaat, 11 Mei 2012

Gangguan Badminton

badminton

Mistik, seram, hantu begitu sinonim dengan kehidupan kita sebagai manusia. Memang tidak dapat dipisah dan dinafikan. Hanya segelintir sahaja yang benar2 mengalami pengalama yang tidak semua berpaluang untuk merasakanya.

Pengalaman yang ingin aku kongsikan kali ini adalah kisah di kampus aku. Aku boleh dikategorikan sebagai mereka yang aktif. Sering aku bermain badminton di gelanggang yang berhampiran dengan blok akedemik. Blok itu merupakan blok usang yang di renovate dan dijadikan kelas.

Pada sang hari, blok tersebut tiada tarikanya, namun pada sebelah malamnya blok tersebut akan menjadi tumpuan pelajar untuk bermain badminton. Aku dan sahabat aku sering bermain bermula jam 12 malam kadang2 berlarutan sehingga azan subuh.

Tetapi, pada suatu malam, kitorang bermain ,macam biasa. Orang yang bertandang tidaklah ramai, hanya sekadar memenuhi gelanggang. Namun, permainan mereka hanya sebantar. Aku dan rakan2 aku terus bermain sehingga jam hampir menunjukan jam 2 pagi.

Ketka itu, bermulalah gangguan yang tidak berapa aku suka. Ketika aku sedang leka bermain, aku ternampak kelibat makhluk yang berpakaian serba putih di blok yang bersebelahan. Tumpuan aku bermain mula terganggu. Namun aku terus kan jua permainan.

Ketika, set yang ketiga, sekali lagi aku mengadap blok yang bersebelahan. Sekali lagi aku ternampak kelibat. Aku mula terasa sejuk dan bulu roma aku mula berdiri. Kelibat yang aku lihat hanya sekilas pandang, tetapi cukup untuk menggangu kesentrasi permainan.

Permanian tetap diteruskan.

Sebelum pulang kebilik dan bersedia untuk fly ke mamak yang berhampira kitorang lepak sekejap hanya sekadar melepaskan lelah permainan sebantar tadi. Buat pengetahuan, kami hanya bertiga sewaktu itu dan jam menunjukkan jam 4 pagi. Ketika bergelak ketawa, sekali lagi kejadian aneh berlaku. Sesudah kami ketawa, tiba2 ada suara yang menyambung ketawa kami. Padahal ketika itu semua sudah diam. Jadi, bagi mengelak pekara tersebut berterusan, kami terus beredar.

Setibanya di mamak, masing2 masing membuka cerita tentang perihal tadi, rupanya kawan aku juga ternamak kelibat di blok bersebelahan. Rakan aku penah ternampak kelibat diatas bumbung blok yang menempatkan kort badminton.

Namun, kerana cinta terhadap badminton, semua itu kami ketepikan dan permainan masih berterusan seperti biasa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...