Suka, sayang dan cinta. Perkataan yang sering menjadi buah mulut remaja. Benar kata orang tua-tua, dari mata turun ke hati.
Apabila aku terbaca draft post aku yang tertangguh kerana kekeringan idea membuat aku minda aku kembali basah untuk menulis setelah tajuk itu memberi aku sedikit inspirasi.
Cinta dan sayang merupakan suatu perasaan yang lazim dan adalah fitrah bagi manusia. Kita tidak dapat lari dari perasaan kasih dan sayangkan seseorang.
Bagi yang belum pernah mengalaminya pasti akan tertanya-tanya apakah itu cinta? Apakah definasi cinta?
Cikgu BM aku pernah kata, cinta, kasih dan sayang adalah subjektif dan berbeda bagi setiap manusia. Mungkin A akan kata B tidak cantik manakala C akan kata B comel. Jadi ia merupakan subjektif. Itu adalah definasi yang telah diberikan oleh cikgu aku.
Pada pendapat aku, cinta, kasih dan sayang adalah suatu perasaan yang perlu dilalui baru kita akan benar-benar memahami. Bukan mudah untuk mempelajari sesuatu yang tidak dapat dilihat secara konkrit dan bersembunyi disebalik perasaan.
Ya, aku akui aku tidak pernah menyelami perasaan tersebut kerana aku tidak cukup persediaan. Namun, aku adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari perasaan tersebut dan akhirnya aku hampir-hampir menyelam kedalam lautan tersebut. Perasaanyang telah lama tersimpan sedikit sebanyak menganggu aku. Terus aku pendam.
Akhir sekali, aku aku lakukan perkara yang hanya aku terbanyang di dalam mimpi aku. Aku sentiasa melihat burung berterbangan dan tidak mungkin si gagak akan menjadi merak walaupun diwarnakan dengan Nippon Paint.
Rahsia terpecah rahsia diketahui,
Nasihat diberi tanpa henti,
Ditanya apa kehendak hati,
Adakah mahu sehidup semati?
Hati aku tetap berkeras. Pabila tiba dan saat yang sesuai tersimpan bukan lagi tersimpan dan menjadi tersurat. Walau respon telah terlihat, kekerasan hati tetap mengeras.
Alhamdulillah, walaupun tidak diterima. Rasa bersyukur tetap bertandang tak kala insan terbaik dalam agama dan pelajaran dicarinya agar dapat membimbing ke jalan yang diredhai membuat aku sedar dan perlu berubah.
Mungkin ini suatu persimpangan aku kembali dan mencari-Nya…