Khamis, 13 Januari 2011

Banjir oh Bah!!

Assalamualaikum.

Aku sikalang aku nak share sedikit cerita pasai banjir. Almaklumlah sikalang ney sedang hangat diperkatakan tentang banjir di kawasan pantai timur. Sebelum ney pun area kat rumah aku pun banjir, nasib tak tengelam sebab rumah aku kat kedah pun banjir baru-baru ney.

Aku tak ingat macam mana cerita ney..... aku ada baca kat mana pun aku tak ingat, so aku nak share jer. Kalu sesape yang rase ini dia punya story. G tau k..... t aku letak kredit.

Pada suatu hari yang hening, terdapat dua sahabat baik sedang bermain di dalam rumah mereka

ali: weh, jom kita main air bah kat luar.

Mamat: mak aku tak bagi la wei. Bahaya.

Ali: apa yang bahayanya?( dalam kehairanan)

mamat: tah la, aku pun tak tau.

Ali: jomla, takkan penakut kot.

Mamat: ceh, pantang tok nenek sebelah mak cik timah menolak cabaran tau. JOM!

Lalu, mereka dengan bersemangat keluar rumah unutk menyempurnakan mission diorang, main air bah.

Ali: weh, aku ada nampak benda la wei.

Mamat: bendaa apa?

Ali: tah la. Nampak macam.....

mamat : apa tu?

Mereka dengan perasaan ingin tahu, mendekati objek yang terapung tersebut......

ali: aku rase, baik kita blah....

mamat: ya aku rasa macam tu jugak.

Ali dan mamat: jom-jom... gerak.. lari!!!

setibanya didalam rumah

ali: aku tak mau main air bah sampai bila-bila dah, aku tobat.

Mamat : aku pun, tak mau main dah

ali: ko nampak tak tadi
mamat : mesti la... dah la melengkung, kale koko lak tu.

Ali: tu la... sape punya TAIK la tadi tu.... berak merata-rata.....


moral of the story:
korang jangan la main ayer bah aka banjir. Kotor giler kot air tu. Air longkang+kubahan+taik+sampah+bangkai=syoknye korang main.

hahahahahahha
read more

Sabtu, 8 Januari 2011

SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2011/2012

Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 09 Januari 2011
2. Lepasan STPM/STAM : 09 Januari 2011
3. Lepasan SPM/Setaraf : 09 Januari 2011

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 10 Januari 2011 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 April 2011
2. Lepasan STPM 2009 : 04 April 2011
3. Lepasan STAM 2009,2008,2007 : 04 April 2011
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 04 April 2011
5. Lepasan SPM 2009 : 04 April 2011

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.
5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Ya. HANYA bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C dan D (Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf).

Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : 1 Julai 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : 5 Mei 2011

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?TIDAK. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf - Ijazah Pertama?
YA. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di upu.mohe.gov.my

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
TIDAK DIBENARKAN.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012?
Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama di IPTA.

Untuk mengikuti program pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian calon perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dan Tahap 4 (Band 4) bagi mengikuti Program Pengajian TESL, Undang-undang dan Kesusasteraan Inggeris.
Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :
  1. Internet :
    -    http://upu.mohe.gov.my
    -    http://www.jpt.uum.edu.my
    -    http://www.jpt.utm.my
  2. SMS Taip UPURESULTNO KP dan hantar ke 15888
  3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian
16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

 
Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada:
webmaster@ptptn.gov.my

Sila hubungi PTPTN HOTLINE -  03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan.
Faks : 03- 2092 1925
Aplikasi Dalam Talian

17. Apakah elemen yang perlu dimasukkan semasa mengemukakan permohonan? 
Elemen yang WAJIB diisi ialah No. Kad Pengenalan/My Kad, No. Unik ID, Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod Imej.
18. Bagaimanakah saya menjana 5 elemen wajib di atas?i- Nombor Kad Pengenalan/My Kad - menggunakan No.KP yang sah
ii- Nombor Unik ID - yang dibeli di BSN
iii- Kata Laluan - dicipta sendiri perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara (alphanumeric) .
iv- Nama Ibu - perlulah ringkas dan mudah untuk diingati.
v.Kod Imej - berdasarkan Imej yang tertera.

19. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT dengan memberi No.KP dan nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada Kaunselor Kolej Matrikulasi, PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

20. Adakah kemungkinan berlaku persamaan pada Nombor Unik ID yang dijana oleh BSN?
YA. Namun bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

       KH03 - Sarjana Muda Senibina #

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh mengetahui permohonan saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Anda boleh mengetahui permohonan telah diterima oleh sistem dengan membuat semakan melalui [Menu Semakan].

24. Semasa permohonan Fasa 1 saya belum memiliki keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/PASUM/ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama. Setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Saya berminat mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

26. Bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai minggu ketiga April 2011 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my dan panggilan temu duga pada minggu kedua Mei 2011 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA upu.mohe.gov.my.

27. Bagaimanakah saya mendapat surat tawaran dari IPTA?
Anda boleh mendapat surat tawaran melalui laman web IPTA. Anda juga WAJIB menyatakan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

28. Bagaimanakah saya mengemukakan rayuan sekiranya gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA? 
Anda WAJIB mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Rayuan). HANYA calon yang GAGAL mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan e-Rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

29. Bilakah keputusan rayuan diumumkan? 

Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2011 selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2011, permohonan rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

30. Adakah BPKP JPT melaksanakan Ambilan Semester Kedua (Disember)? 

TIDAK. Walau bagaimanapun terdapat beberapa IPTA tertentu melaksanakan Ambilan Semester Kedua. Sila layari laman web IPTA berkaitan untuk maklumat lanjut.
Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami upu@mohe.gov.my atau kunjungi kami di Karnival Pengajian Tinggi Negara - JOM MASUK U Tahun 2010 di 10 lokasi terpilih mulai minggu pertama Januari hingga Akhir Mac 2011. Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA upu.mohe.gov.my 



Dikemaskini pada 09/10/2010
read more

Khamis, 6 Januari 2011

Tanda-tanda Kematian



Assamualaikum,
 
aku ada surf and cari sedikit maklumat untuk korang baca pasai tanda-tanda orang yang hampir menemui ajal. betul atau tidak, hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI....

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

credited to: www.rakanmasjid.com

read more

Hidup dan Mati adalah satu proses Sunnatullah.


Assalamualaikum.

Aku dah lama tak posting-posting dekat sini. Tapi aku pada pagi yang buta ney dalam jam 2.12 pagi hari rabu aku nak share somtink yang aku rasa aku sesuai untuk korang yang rajin klik masuk kat dalam blog aku ney.

Hidup dan mati. Suma orang takut kalau menyentuh bab kematian. Bagi aku semua ini adalah suatu proses yang telah ALLAh tetapuntuk sekelian alam. Macam setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran. Begitu juga dengan kehidupan.

Tapi kita sebagai hambanya adakah kita prepare untuk menghadapi saat tersebut?

Aku sering juga tanya kat diri aku. Adakah aku sudah sedia? Kawan aku yang sebaya dengan aku meninggal dunia pada awal tahun 2009. memang kalau telah ALLAH tetapkan, pasti tidak akn cepat atau lambat walau sikit pun. Aku tau, apa yang aku nak posting ney dah berlambak kat internet. Siap ustaz-ustaz yang hebat-hebat lagi yang tulis. Aku just nak share apa yang aku terfikir ja. Sebab ada orang sampai tak dapat menerima pemergian yang tersayang. Sabar, semua itu telah ALLAh tetapkan, kita hamba-Nya kena redha. Aku nak komen lebey-lebey pun aku kurang experience pasai bab-bab kematian. Jadi, ney ja yang dapat aku share ngan korang. Jumpa lagi kat lain posting.

Wassalam...
read more

Isnin, 3 Januari 2011

Kenape korang belajar?

Assalamualaikum,

aku waktu tengah menikmati hari cuti ari tu, aku ada terfikir satu benda. Kenapa aku belajar ha? Adakah nak bagi pass exam atau nak belajar apa yang kita tak tahu? sampai hari ney, aku tak tahu, aku pun tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku ney...... sering juga aku bertanya member aku, tapijawapan yang aku dapat hampir sama... nak dapat keja yang elok.... sedangkan apa yang aku tahu, kita belajar agar tidak jahil dalam hidup ney... tahu apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh di buat... mana halal mana haram..... jadi korang pikirlah, apa sebenarnya tujuan korang belajar selama ney? untuk pandai atau untuk pass exam or untuk dapat eja elok-elok?...........
read more

Sabtu, 1 Januari 2011

Kali Pertama

Aku dah lama buat blog ney. tapi lama aku x post apa2... yang aku ingat dulu ak buat sebab ak nak tlong mak lang aku dengan dia punya bisnes.... tapi la aku wat untuk diri aku sendiri... so ney yang pertama setelah sekian lama... sekian
read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...