Ahad, 24 April 2011

Media ‘Jahat’, Kerajaan ‘Baik’

Assalamualaikum,

jahatbaik

Masa aku tengah duk dinner dengan member aku tadi, aku pun usha la tv sebab boring tengok muka dia. Hari2 aku tengok, bek aku tengok benda lain pulak.

Masa ku tengah duk tengok tu, aku ada berita yang agak menarik la bagi aku kat ASTRO.

Tajuk dia, ‘Media perlu lebih berani kritik kerajaan’.

Waktu tu, Dr. M yang cakap. Antara point yang dia sampaikan adalah media melakukan tapisan sendiri sehinggakan rakyat menyangka bahawa semua itu adalah perbuatan kerajaan dan membawa pandangan negatif terhadap kerajaan. Contoh: Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV 3 Suku.

Ok, dari apa yang Dr. M cakap tu, apa yang korang dapat paham disebalik maksud kata-kata dia? Tak tahu? Teruk betul la korang ney. Spoil aku punya mod betul. Ok, ney apa yang aku paham dan ini adalah pandangan aku sendiri.

Dari apa yang telah Dr. M cakap tu, pihak kerajaan cuba mengelak dari terus dipersalahkan kerana sering dituduh memperalatkan pihak media sebagai platform diorang menyebarkan dakyah diorang. Jadi, apabila diorang buat macam tu, otomatiknya segala yang terjadi sebelum ney diletakan diatas kepala pihak media. Ini menjadikan pihak media orang jahat la pulak. Aduh, pandai diorang bermain-dengan kata-kata. Secara tidak lansung, tindakan mereka akan membersihkan nama pihak kerajaan dari segala ‘tahi’ yang telah diorang buat selama ini.

Selain dari tu, diorang juga berjanji untuk tidak akan membuat tapisan bagi kandungan internet dan blogger dan webmaster yang lain akan bebas bersuara di internet. Jadi, ini bermakna kerajaan tidak akan ganggu lagi blog dan lain-lain yang anti kerajaan.

Aku tak pasti ini diorang nak buat betul atau hanya nak buat-buat baik. Apa-pun, buruk baik kerajaan ada di tangan korang. Nanti waktu pilihan raya nanti, pilih yang boleh pakai, jangan kaki rasuah dan sebagainya sebab mata korang dah kelabu kalau diorang letak duit depan mata dan suruh pangkah diorang.

Chow!

Wassalam.

read more

Katok La Lipah Tu!

Assalamualaikum,

katok

Ney kisah ney aku tak hingat aku dapat mana. Jadi, sebelum ak tidow ajer semalam aku duk memikir, amende aku nak update pagi esok nyer(dah tengah hai pun)

Tiba-tiba aku dapat ilham nak update amende. Jadi, sori kepada mana2 pihak sebab aku tak letak kredit yer.

Pada suatu pagi yang dingin, angin bertiup bebudi-bahasa pada suhu –10C yang menyejukkan. Dua sahabat bernama Mangkuk dan Hayun, sedang pulun bertarung untuk menentukan siapakah lebih hebat, setelah sepurnama diorang berlatih bermain dam, tibalah masa untuk mereka menentukan siapa yang paling terer.

Perlawanan sengit itu berlansung selama beberapa bulan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba, ader sekor lipas melintasi gelangang pertarungan mereka. tetibe ajer Mangkuk dari Kedah cakap, “Opocot, lipas! Hayun katok lipaih tu!”. “Mende mu ney, lipah tu. Katok mende nyer”, Hayun cube nak cer yang atas gelangang diorang tu lipas bukan katak.

“Katok la, dengan dengan hang dah tu”, Mangkuk menyuruh Hayun memukul lipas tu.

Hayun dah mula berang,” Mu ney nape? Lipah mu kate katok! Abih tu, katok mu kate lipah?”

“Aku suruh katok lipaih tu!”, Mangkuk pun sudah mula naik darah setinggi 100 cm.

“Pulok, katok lipah! Yang aku tau, katok puru, katok pise dang katok-katok sedenngan nyo.” Hanyun cuba menerangkan sepisis katak lain yang terdapat di dalam dunia.

Perang mulut antara dua sahabat, Mangkuk dan Hayun berterusan selama beberapa purnama dan pertarungan mereka lansung dilupaka. Oleh kerana diorang sangat mangkuk hayun, akhirnya lipas itu bertemu jodoh dengan lipas betina dan hidup happily ever after.

The End.

read more

Review : Blog Kereta Mayat

Assalamualaikum,

kereta mayat

Hadoi, tengah malam2 macam ney mata tak leh nak pejam la pulak. Melayan merong mahawangsa yang baru siap di donlod.

N3 aku kali ney bukan nak citer pasal filem tuh, tapi bes gak r citer tu syabas buat KRU studious. Balik kat isu utama, aku nak wat review pasal blogger yang aku sangat respek. Dia punya blog nama Kereta Mayat, kalau korang selalu blogwalking mesti korang tahu. Kan2.

Bagi aku, dia punya opinion memang bes dan cara penyampai di jelas dan mudah difahami. Blog ney adalah himpunan nasihat sebagai panduan kepada kita. Cara tulisan dia rilek dan kelakar giler. Walaupun blog keagamaan, tapi ney lah satu2 blog yang aku tak penah boring setakat ney walaupu sekali dia punya n3 bapak panjang tapi bes. Lagi baca lagi banyak benda aku qasa nak tau.

Jadi, kepada korang yang tak tau amenda tu blog Kereta Mayat. Bleh la korang tekan.

Aku nak tido gak walaupun tak mengantuk, sok takut tak bangun Subuh plak.

Chow.

Wassalam.

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...