Ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar yang akan menempatkan diri ke Pusat Asasi ini. Memang diakui, banyak boleh dipelajari disini, serta keunikan sistem yang diamalkan di Pusat Asasi ini. Kini, sedang sibuk semua staff termasuk aku yang juga adalah temporary staff bersedia untuk menerima pelajar baru.
Beberapa pesanan buat adik-adik dari seorang abang senior.
1. Jadual
Sistem disini tidak seperti kita disekolah, semua disediakan oleh guru-guru. Sisitem disini mengajar pelajarnya agar berdikari dalam menyusun jadual. Anda munkin akan berulang-alik dari satu department ke satu department terutama science dan language department. Ini kerana pelajar tahun pertama akan diwajibkan mengambil subjek bahasa tapi harus diingat bukan bahasa Malaysia tetapi Arab dan Inggeris. Jadi, susunlah jadual semolek yang anda boleh lakukan. Pendapat aku sebagai seorang senior, aku lebih suka kelas aku bermula jam 9 pagi berbanding jam 8 pagi. Jadi ini memberi aku lebih masa untuk tidur.
2. Mangga/Padlock
Mangga merupakan satu objek yang sangat penting dalam memastikan keselamatan barangan anda semua agar terpelihara denga baik. Jadi, sebelum anda bertolak ke sini, anda dinasihatkan agar membeli terlabih dahulu mangga. Ini kerana kemungkinan mangga yang dijual pada hari pendaftaran mungkin mahal sedikit dari biasa yang anda beli kerana permintaan pasaran.
3. Kesabaran
Ini sangat penting terutama buat pelajar lelaki yang bakal menetap di Mahallah Abu Bakar. Ini kerana bilangan pelajar di dalam bilik dijangka bertambah berikutan Kampus Nilai telah ditutup. Mengikut khabar angin, berkemungkinan besar setiap bilik akan ditempatkan sebanyak 14 orang dan lebih, berbeza jika dibandingkan dengan Mahallah Umar dan Mahallah Fatimah yang hanya menempatkan 4 hingga 6 orang pelajar. Memang menjadi adat, rambut sama hitam, hati lain-lain. Semakin banyak orang, semakin banyak ragam. Itu hipotesis yang dapat difikirkan.
4. Kemudahan
Banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pentadbiran kepada pelajar, cuma tidak banyak pelajar yang ambil pusing mengenai hal ini. Contoh kemudahan yang disediakan adalah:-
i. Cutter
Pihak mahallah telah menyediakan cutter jika diperlukan. Cutter digunakan memotong mangga yang kehilangan kuncinya. Jadi, kepada pelajar yang kehilangan kunci, dipohon agar tidak merosakan loker anda dan minta cutter dari pihak mahallah agar masalah dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah.
ii. Bantuan Kewangan
Bantuan ini disediakan buat mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Syarat asas permohonan adalah gaji penjaga tidak mencukupi atau bilangan tanggungan yang banyak. Borang permohonan dikeluarkan oleh pihak mahallah dan akan diberitahu kelak.
iii. Gym
Kemudahan ini sangat disukai oleh mereka yang suka bersenam, tetapi harus diingat kemudahan ini hanya boleh digunakan bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli, buat pelajar baru permohonan akan diberitahu kelak.
iv. Wi-fi
Kemudahan ini disediakan buat semua pelajar UIA yang mendaftar dan boleh digunakan secara percuma tanpa had. Tetapi, web site file sharing seperti hotfile, megaupload, 4shared telah di sekat oleh pihak pentadbiran. Facebook, Youtube dan lain-lain masih boleh digunakan seperti biasa. Namun, untuk menggunakan kemudahan ini anda juga dikehendaki mendaftar terlebih dahulu kerana UIA mengunakan Peap-GTC encryption security yang memerlukan MAC address laptop anda. Jadi, anda perlu mandaftar dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Information Technology Department (ITD) berhampiran entrance Lecture Hall A.
5. Maklumat Semasa
Berada di UIA tidak seperti kita berada di sekolah yang menyediakan pembesar suara untuk sebarang pengunguman. Anda perlu senntiasa alert dengan perkembangan semasa, dan berkunjung ke papan kenyataan department masing-masing sekerap yang mungkin. Jika anda tidak berbuat demikian, dikhuatiri anda akan terlepas pandang maklumat penting seperti tarikh akhir add and drop subject, Teaching Feedback Survey (TFS) dan banyak lagi yang memungkinkan result exam anda ditahan.
6. Saman
Disini, saman akan dikeluarkan buat mereka yang melakukan sebarang kesalahan seperti lompat pagar, berambut panjang, tidak memakai tali leher dan banyak lagi. Jumlah minimum saman yang akan dikenakan adalah sebanyak RM 50. Namun, jumlah saman ini dapat dikurangkan jika anda membuat rayuan pada Principal mahallah masing-masing. Jumlah saman adalah bergantung kepada jumlah kesalahan yang anda lakukan. Jika anda melakukan 3 kesalahan bermakna jumlah saman anda adalah sebanyak RM 150. Harus diingatkan, hari Rabu merupkan hari favorite saman dikeluarkan, diharap anda semua elak dari bertembung fellow atau pengawal keselamatan atau kemungkinan anda akan disaman.
7. Carry Mark
Mungkin ada dalam kalanngan anda sudah biasa dengan sistem ini terutama pelajar MRSM, ingin aku suluh perihal carry mark kepada mereka yang belum mengetahui. Carry mark adalah jumlah markah yang telah ditetap untuk kuiz, assignment, tutor dan banyak lagi. Contoh, jumlah carry mark yang telah diperuntuk untuk subjek Programming adalah sebanyak 60 markah dan hanya 40 markah final anda. Jadi, anda perlu berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan carry mark sebanyak mungkin jika anda mahukan A dalam sebarang subjek yang telah anda ambil bermula dari kuiz pertama yang bakal anda ambil ketika menuntut disini. Aku tidak bermaksud menggalakan anda belajar hanya untuk mendapat A, tapi buatlah yang terbaik.
read more