Isnin, 30 Mei 2011

Senyumlah Sikit

senyum

Assalamualaikum,

Sepanjang hari aku sibuk dengan pelbagai keja, nasib tangan aku ader dua ajer. Kalu ader 4 ke 6 ker, lari la sakan aku buat keja.

Dalam kesibukan, aku tidak pernah lupa pesanan leader aku yang suruh sentiasa sebut tiga…, Jap, chop chop amen yang tiga tuh?

Ok lah, aku citer sikit, tiga tuh aku bukan kepada number tau, tapi aku refer kat SENYUM.

Kat senyum?

Yup, kalau korang sebut perkataan senyum secara otomatiknya korang akan tersenyum, tapi ader terma dan syaratnya jugak bukan buleh pakai main tibai sebut tiga jer. Syarat yang paling amat sangat dan wajib adalah menyebut perkataan tuh dengan loghat KL, atau bahasa baku. Tamo kelate, kedah, ganu, melake ker aper ker, tak diterima.

Jadi, bila korang senyum, insyallah jiwa korang akan menjadi lebih tenang dan rase selasa (selesa). Kalau korang tau,aku aku rase yang korang dah sememang tau yang SENYUM ITU SEDEKAH. Instead dari korang bagi duit, baik korang sentiasa senyum sebab free dan dapat pahala.

Kalau korang senyum, orang ain yang tengok korang pun akan rase sejuk jer hati diorang.

Korang cuba banyangkan kalau korang keja kat bank o mamaner yang korang akan deal dengan orang, n then bila orang tu datang kat korang dier buat muka ketat jer n buat muka tensen jer. Aper yang korang rase? Mesti korang pun rasa menyampah dan fed up tul tak?

Bila korang rase orang buat kat korang macam tu, lepas ney korang jangan buat macam tu kat orang lain, mean korang sentiasalah tersenyum ok!

Akhir kata aku, sentiasalah sebut tiga kepada sesiapa sahaja, kalau senyum kat pompuan bior lebih ckit, untung2 bleh dapat number. Heheh, jadi dengar lah lagu dari kumpulan ney sebagai halwa telinga yer!!!

Lirik lagu ney manarik kowt!!

Adios,

Wassalam

read more

Sabtu, 28 Mei 2011

Sabar yer!

sabar

Assalamualaikum,

Fuh, panas aku tadi. slalu kita dengar orang cakap, sabar. Word yang mudah tapi sangat susah untuk kita lakukan. Sangat susah sebenarnya. Aku malas nak citer aper yang jadi, jadi aku just nak lalu sikit jer pasai hal ney.

Aku sedar benda ney selepas aku meletup macam bom atom, jadi lepas aku kool, aku duduk sebenar sambil mrenung sejenak tentang aper yang aaku buat dengan tak sengaja.

Memang kita lumrah manusia kekadang tahap kesabaran kita ader had nyer, kita manusia bukan robot yang tiada perasaan.

Lepas aku meletup, aku terfikir yang aper yang aku buat tadi adalah salah. Tak pasal budak tu kena fire kaw-kaw dengan aku, tapi tu aderlah pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan kan. Ingat pasai aku punya post aku dulu, pengalaman mengajar aku, bukan aku belajar dari pengalaman.

Jadi, aku duduk sebentar, selapas aku semayang Zohor, aku terfikir balik pehal lau aku gi sound mamat tuh?

Sebenarnya kalau kita ader sebarang amsalah kita ader jalan yang lain dan lebih baik yang boleh kita amik instead dari meletup.

Kita mean korang suma termasuk dengan aku sekali patut caka baik-bak pasal masalah yang berlaku bukan pakai main marah orang jer.

Aku memang sedar yang aku ney memang ader hot temper skit, jadi memang aku kena belajar kawal benda tuh.

Kita cakap baik2 jagan marah2. Kalau kita tengok dari segi logiknya, tiada manusia dalam muka bumi ney yang suka kena marah. Kalau dia suka kena marah memang ader something wrong dengan dia punya operating system, tak pu dier punya hardware ader problem.

Jadi, point yang aku nak cuba sampaikan adalah kita kena bijak dalam mengurus emosi kita ok, dan deallah dengan masalah dengan cara yang paling berhikmah. Insyaallah.

Dalam sebuah hadits yang shahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ »

Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”

Adios,

Wassalam.

read more

Najwa Latif : Pencetus Inpirasi

najwalatif

Assalamualaikum,

Korang kenal tak minah ney? Tak kenal? Kenal? Maner satu ney?

Ok la, aku citer skit. Namer dia Najwa Latf. Aku tak kenal sangat pun dia yang aku tau dia baru lepas amik PMR, jadi muda lagi la tuh.

Dia ney banyak buat video kat youtube.com, aku suker video dia sebab dia main gitar sambil nyanyi. Memang la korang tengok kord ang dier guna tu basic, tapi bagi ku dier ader talent. So, dia mengaploitasi dia punya kelebihan dengan sepenuhnya.

Tapi, bila dah ramai orang mula like dia punya video, ader la banyak mulut yang tak dak insuran suka topup dosa memasing dengan mengutuk dier kat dalam blog yang lain.

Bagi aku, kalau ader kelebihan tak salah kita share dengan orang lain tul tak?

Aku tak mau beleter panjang, jadi korang tengok la video single dier yang first. Saksikan!!!!

Cinta Muka Buku (Facebook)

 

Jadi, korang judge la sendiri dier ney macam mana.

Tapi aper-aper pun, aku akan sokong dier. Buat makluman korang, dia ader jugak blog, kalau korang nak tau tekan sini.

Adios

Wassalam

p/s: aku memang suker tengok pompuan main gitar, rase macam maner ntah…..Confused smile

read more

Macam mana nak beli barangan online?

mudah.my

Assalamualaikum,

Fuh, aku rase sahari dua ney, bila lame dah tak merapu dalam blog aku yang tak berapa hebat ney rase macam susah nak kuarkan ayat yang sempoi plak.

Kesibukkan nak handle bebudak baru masuk buat aku takder masae nak berasmara dana ngan aku punya Live Writer (software dari Windows). Skill aku, bajet macam pro jer mamat ney, rase makin kurang nak kuar satu ayat pun berjam-jam aku memikir. Tengok lappy tengok kipas, tengok kipas tengok lappy. Las las, laju jer tangan duk usha barang kat mudah.my.

Memandangkan aku dah terlajak tangan tekan pasan benda ney, jadi aku nak citer skit pasai jual beli online ney sebab aku suka wat window shopping dari lappy aku ney. Jadi, macam screen shopping la pulak. Kekadang korang buleh dapat barang dengan harga yang lagi murah kalau online ney, tapi masalahnyer banyak sangat penipu, korang kena jaga-jaga jangan tido-tido lak.

Bebaru ney aku ader angkat gitar dari mudah. Ok la kualiti dia, second hand punya. Gutar dapat sekali dengan beg, dia jual 85 jer. Ok la tu kan siap dengan penghantaran ke depan blok aku lagi, macm Mc D jer kan.

Jadi, kepada korang yang nak bli barang online tu kena hati-hati skit sebab banyak penipu zaman sekarang. Jadi bile adr penipu korang kena sediakan payung sebelum tornado melanda.

Aper yang korang kena buatkalau nak beli barang dalam tnet ney?

  1. Korang deal, korang hantar msj yang korang minat dengan barang tuh tak kira la aper, mesin basuh ker, mesin gosok gigi ker aper ke.
  2. Korang save setiap msj yang korang hantar kat orang yang korang nak beli barang tuh.
  3. N then dia akan cakap cara pembayaran samada bank-in atau sebagainya. Dia akan bagi 6ber akaun.
  4. Sebelum korang bayar, korang catat apaer yang patut untuk korang buat bayaran.
  5. Korang kena simpan semua maklumat,macam number phone, number akaun, slip korang bank in dan sebagainya sebagai payung korang kalau mangkuk hayun tu nipu korang.

Jadi, berbekalkan semua tuh, korang boleh bawa kes ney ke balai polis. Kalau dia nipu, korang repot polis sebab jual beli online aku rase ader dia punya perlindungan.

Kepada yang tak penah cuba tu, boleh la try. Aku selalu buat bayaran melalui pindahan antara bank, pegi kat masin ATM, tekan2 n setel. Kemudian tunggu jer barang tu sampai.

Sebagai penutup kepada karangan darjah satu  aku ney, berhati-hatilah yer dalam setiap benda yang korang buat.

Adios

Wassalam.

read more

Jumaat, 27 Mei 2011

Warna-warna Sebelum Bebudak Datang Sini!!

Selamat Berta'aruf

Assalamualaikum,

Menurut firasat aku, aku merasakan yang malam ney mest ramai yang tengah kemas beg-beg untuk datang ke CFS.

Aper-aper pun selamat datang aku ucapkan. Kami komiti yang dekat sini ader yang tidur kul 3 ke 4 pagi semata-mata demi korang. Jadi aku pun tan nak melepaskan pelung ney nak ucapka selamat datang kepada korang.

Jadi bagi menyambut korang datang kat sini, aku nak upload certain gambar dalam simpanan aku untuk tatapan sesiapa yang bakal melangkah masuk ke sini.

Aku nak kurang cakap, lebih banyak gambar!!!!! Tengok jangan tak tengok!!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ice Breaking Sesama Komiti

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pasukan Komiti Yang Macho

Komiti Tengah Bincang

Perbincangan Sesama Komiti.

Depan DewanHead Comp n BODKemah korang nak duduk

Kawasan dalam ABC

Kawasan Dalam ABC

Castelloo Kat UIA

Castello Dalam UIA????

Adios

Wassalam…

read more

Sampah Itu Rezeki Aku

sampah itu rezeki aku

Assalamualaikum,

Aku ney jenih makhluk yang akan sentiasa berkapel dengan OLYMPUS kesayangan aku. Cun, cantik dan comel. Dialah segala-galanya.

Jadi, waktu aku balik dari dinner dari Gombak. Aku singgah melepak dengan ayah aku dulu sebelum masuk penjara CFS. Jadi aku pun pekena ikan bakor dekat ngan Pudu.

Masa aku on the way nak melangkah balik penjara, waktu aku atas bas, aku ternampak ader sorang mak cik a.k.a untie menghampiri ong sampah dan selongkar. Kelam-kabut aku cari gepren aku kat dalam beg. Tapi sayang, aku terlambat. Aku agak cedey waktu tu.

Aku dalam duk tunggu akak yang duk bagi tiket tu, ader pulak sorang pak cik a.k.a uncle buat benda yang sama. Kali ney memang rezeki aku, aku dapat dua keping.

Mesti korang tanya-tanya pehal la mamat ney duk merapu ney.

Aku bukan nak merapu, tapi nak berpesan-pesan kepada korang.

Waktu atas bas, banyak benda yang aku terpikir lepas tengok kejadian tu. Aku duk terpikir bertapa orang cina kuat bekerja mencari rezeki. Walaupun orang pandang sampah itu adalah sampah, tapi dari kaca mata diorang itulah sumber rezeki diorang, sumber penyambung kehidupan di bandaraya KL.

Diorang tebalkan muka selongkar tong-tong sampah kat area KL. Lansung tak komplen dengan aper yang diorang dapat, walaupun sedikit diorang masih lagi senyum.

Kalau kita compare dengan orang dengan bebudak sekarang. Punya la pemalas tahap dewa, badan sihat wal lepat liat tapi PEMALAS nak keja macam korang (kalau korang sepisis tu la). Korang tak perlu nak pegi kutip sampah pun. Cukup dengan tenaga muda yang korang ader, tapi malas nak guna. Aduh….

Just pegi mintak keja, n then buat keja. Tapi MALAS nak gi mintak dan duduk rumah HABISKAN DUIT MAK BAPAK KORANG. Korang cuber pikir, mak bapak korang dah bela korang dari kecik sampai la korang besor, aper yang korang nak sume diorang beli, takkan korang nak jadi beban lagi kot kat diorang????

Korang kena stat belajar kenal dunia ney. Korang jangan ingat dunia akan berputar mengelilingi korang. Belajarlah berdiri atas kaki korang.

Dari situ aku belajar, dengan berbekalkan semangat tida yang mustahil. Untie dan untie tu kutip sampah nak teruskan hidup diorang.

Aku jugak terpikir, nak ker aku habiskan hidup aku macam tu?

Bila aku kenangkan apa yang aku jumpa tuh, semangat aku nak belajar jadi naik. Kalu boleh aku nak cuba elak dar benda tu jadi kat aku. Jadi korang belajarlah sesungguh yer. Tetambahlak yang baru nak masuk sini tak lama lagi.

Untie ngan uncle tu punya semangat sangat-sangat aku kagumi, mereka tidak meminta sedekah. Tapi, sayang sekali aku rasa diorang terpaksa menghabiskan sisa hayat diorang dalam keadaan macam tu. Terus terlintas kat kepala otak aku yang sudah tidak berambut ney, maner child-child diorang?

Apalah yang diorang buat. Abaikan mak bapak diorang macam tu jer. Terpikir aku, macam maner la nasib aku mase tua nanti. Tak pun macamana mak bapak aku, tak sanggup aku nak bior diorang macam tuh, biarkan merempat dijalanan. Nauzubillah.

Kalau korang bior mak bapak korang macam tu jer, maka korang tegolonglah dalam golongan yang tak bau syurga lansung sedangan haruman syurga sudah dapat dibau seratus tahun berjalan kaki. Koang pepandai la konvert bagi korang paham.

Jadi, kepada korang diluar sana jangan derhaka dengan ibu bapa korang yer dan ingat gunakan masa dan tenaga yang korang ader sebaik mungkin.

Adios

Wassalam.

p/s: minggu ney aku sangat sibuk dengan Ta’aruf Week, nak update mengupdate pun tak sempat.Smile with tongue out

read more

Sabtu, 21 Mei 2011

Pengalaman mengajar aku bukan aku belajar dari pengalaman.

pengalaman

Assalamualaikum.

Kisah ney aku teringat waktu aku tengah sembang ngan bapak aku, walaupun aku kurang kamceng ngan bapak aku sebba ku lagi kamceng ngan mak aku. Ala, besa la lumrah laki akan rapat ngan pompua, so gulz kat luar sane jangan jeles yer…. ha ha ha.

Bapak aku ney sorang yang memang heavy duty, dulu masuk utan kuar g balik umah. Bukan aper dia adalah sorang bekas polis mase jepun dulu ney. POM POM POM lawan ngan komunis. Badan kering, tapi korang jangan pandang sebelah mate tau, urat dawai copper tulang alloy.

Mase lepas dia siram pokok bunga kesayangan dier, walaupun muka agak brutal tapi minat ngan pokok bunga.

Pokok bunga melur tanam tepi pantai,

Itik betelur ayam manetas.

Nyanyi skit bagi hilang keboringan yang tahap melampau kalau orang nak dengar orang citer ney. Bapak aku cakap kat aku, kalau o duk kat kampung ney ko nak wat aper? Lebih kurang macam tu la. Aku dengan muka tak bersalah sebab aku tak buat benda salah.

Rasenyer, banyak benda berdasarkan pengalaman yang esan ader (buakn pakai esan pun kat umah, aku pakai namer manja yang lain la), bleh jer takat nak mintak keja kat area ney.

Aku tak tau kesilapan aku kat maner, tetiba bapak aku bukak citer.

Ayah dulu masuk polis sebab ayah nak pengalaman mengajar ayah, ayah tak mau belajar dari pengalaman. Sebab ayah yang pegi cari pengalaman tuh Pengalaman jugak yang ajar ayah cara nak bermasyarakat n banyak lagi.

Aku angguk jer.

jadi lepas ney, kalu ader can ayah nak kunyit gi cari pengalaman. Bior pengalaman yang ajar kunyit bagi jadi lagi matang dari hari ney tau.

Korang jangan nak gelak jer, aku tak ingat ayat tuh. Banyak yang aku tambah dan aku kurangkan nak bagi jimat masa.

Jadi, point yang bapak aku cakap kat aku. Belajarlah, biar pengalaman yang mengajar diri kau agar kau lebih mengenali dunia agar kau tak tersesat.

So, adios.

Wassalam!

read more

Khamis, 19 Mei 2011

Kontra itu BEST!!

kontra

Assalamualaikum,

Aku sering terfikir, sediakah aku nak dirikan rumah lift ney? Aku tengok diri aku terumbang ambing macam kapal tak cukup sifat jer. Aduh, fenin aku.

Jadi, sambil aku duk sajer-sajer aku pun pikir la apala yang aku nak ada kat bakal suri hati aku. hik hik hik. Gatal pulak aku rase ayat tuh, geli pun ader. Tak per, sporting suda.

Dalam banyak-banyak aku buat klasifikasi, pilih memilih, timbang menimbang, lompat melompat, golek bergolek. Akhirnya aku dapat satu yang aku nak cari.

Korang tahu tak? Comel? Ermmm, bleh la. Tinggi? NO! La, aku nak bagi senang kongkang, jawapan dier adalah…… JENG JENG JENG!!!!!

KONTRA!!!!!

What the force??!!!!!

Hak Hak Hak, mai maner la pulak what the force tu ko rembat ney kunyit?? Ntah, tetibe je datang. Balik semula kat kontra. Amenda tu, macam namer game zaman dulu2 jer???

Ala, kontra tu maksud dia berlawanan menurut Kamuih Dewan dan Pustakaq.

Tak la, bagi aku ney kontra adalah best. Kalau macam aku ney, kalu member yang rapat ngan aku diorang akan kater aku ney ‘pendiam’, hak hak hak. Geli gak taik telinga aku, aku pendiam. Grrrrr.

Apabila kita ader sesuatu yang berlawan ngan kiter, kiter akan rase lebih bez, ala kalu nak cakap omputehnyer lebih complete. Pasaipa pulak? Tak la, bagi aku bila ada perbezaan baru akan ada kepelbagaian. Bila ader kepelbagaian baru ader keseronokan. Bile ader keseronokan, baru datangnya KEBAHAGIAAN. Inysaallah.

Kita bayangkan, aku rase korang dah tahu. Tak per, korang buat2 tak tahu yer. Korang angkat tangan korang, angkat!!!! Jangan nak scroll trun jer. Angkat cepat.Hmmm, bagus. Korang rapatkan kedua tangan korang macam ney.

gengaman

Ok, korang tengok, disebabkan ader tangan kiri dan kanan, setiap celahan jari korang dapat korang rapat dengan senang dan sempurnakan? Cantikkan?

Cuber korang banyang kalu korang nak rapat kedua tangan korang, tapi dua2 tangan korang yang ader dua2 kiri or dua2 kanan. Macam maner korang rase? Agak2 korang bleh wat tak macam tu? Bleh?!!!! Aduh masalah ney….. Tak buleh buat? Tu tande korang adalah insan yang normal.

“Dan bahwasanya Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan wanita.”

(QS 53 (An Najm) : 45)

Jadi, korang pikir aper pilihan yang korang nak cari mase hadapan yer……

Adios!

Wasslam

read more

Rabu, 18 Mei 2011

Macam mana depa buat 'besi berani'?

besiberani
Hahahah, nak tegelak aku kalau aku teringat istilah tu, tu la aku duk guna sebagai kata ganti nama kepada magnet masa kecik2 dulu. Lawak kan? Ala besa la, budak budak lagi. Mai besar dan tua bangka pun aku masih lagi duk pikir soklan bodoh tu. Bodoh ker ha?
Jadi, aku pun pendam la semua tu, sampai satu hari kepala otak aku terfikir nak cari kat dalam youtube.
Horayyyyyy….Bwahahahahahah, akhirnya aku dah dapat jawapan dier. Kalau korang pun nak tau macam mana orang buat benda tu, jom kita tengok dengan aku. Lets check it out!!!
Ney la cara orang wat besi berani.
read more

Ye ke Tak? Yes or No? نعم أم لا؟

pilihan

Assalamualaikum,

Dalam idup ney, bagi aku ader dua jer yes or no. That it. Banyak orang pening dalam apa yang diorang bakal buat dan akibat yang bakat diorang tanggung dari aper yang terlah diorang buat.

Aku rase la, tak tau la korang rase macam mane. Idup ney lebih kepada kita buat pilihan, kalau korang buat calculation ( masuk math sebentar yer) dalam probability, 1/2 nto yes dan 1/2 ntok no. Dan hasilnya memang sangat berbeza.

Aku dah train diri aku untuk tidak say no dan cuba untuk say yes. Sebab, bagi aku la setiap peluang hanya datang sekali saja dalam hidup kita. Kalau kita say no, otomataik kita punya journey akan stop kat situ. Paham? Tak paham? Jap2 aku ader contoh.

yesno

Kalau kita kate tak, mean peluang kita untuk discover benda baru tu kurang dan mostly tiada dan apa yang korang akan dapat adalah stay dekat tempat yang lamer dan tak berubah.TAPI kalau korang kate yer, insyaallah banyak jalan dan pelung akan datang menyusul kemudian. Kalau korang tak percaya korang bleh try.

Sama la mcam aku gi rock climbing ( rock climg lagi!!! Biar r, best kowt aku), aku kenal sowang ja dalam banyak geng yang gi skali ngan aku, tapi kata yes dan aku bleh kenal kawan baru dan dapat pengalaman baru, kalau aku kata tak mesti aku aku memerap kat dalam bilik ja sabtu lepas n tengok movie.

Dulu, masa aku duk kat kem PLKN, macam-macam aku try dan diorang ader offer kat aku “ko nak join tak bla… bla…. bla….”, aku trus cakap yes dan hasilnya macam-macam yang aku buat, pantun, belakon, menari kat atas stage (bukan nak bangga tapi nak share) semua aku dapat rase, kalu aku kate tak, aku duk besorak kat bawah tu jer n nothong happen after that.

Sampai sekarang aku cuba,kalau ader orang nak ajak aku FLY. Insyaalah aku tak tolak. Jahat? Amende yang jahat? Korang ingat main kejar-mengejar ngan pak gad tak best? Best giler korang tau tak, dia punya feeling tu…. Waduh, korang kena try baru korang tau, tapi ingat jangan bagi kantol suda.

Apa yang aku nak sarankan adalah korang buat cuba kate ye, dan kurang kate tak dalam idup korang. Tapi kalau orang nak ajak korang gi samun menyamun jangan korang kate ye plak, tu bangang kalu korang kate yer, tapi kalau nak try jugak go on. At least bleh dapat pengalaman baru macam mana nak jadi penyamun.

Jadi, selain dari tindakan kita iaitu yes or no, kita kena redha dengan ketentuan-Nya dan yakin pada takdir atas setiap pekara yang terjadi dalam hidup.

Adios.

Wassalam.

read more

Selasa, 17 Mei 2011

Trend Filem Yang Berulang-ulang di Malaysia

roll-filem

Assalamualaikum,

Semalam masa aku tengah melepak lepas gi rock climbing ( first time o, luka abis tangan dan kaki aku) kat Gua Damai, Batu Caves ader la member aku buka citer, stat dari politik, persatuan n then masuk bab movie lak. Aku pun tumpang sekaki join menadah telinga.

Kalau korang perasan dan minat dengan industri perfileman Malaysia ney, korang akan perasaan yang trend filem di malaysia ney lansung tidak berubah dan sama ajer. Kita ada tiga genre yang sangat suka di buat oleh penerbit filem di malaysia.

Genre ney sering berulang ulang ulang ulang ulang ulang dan aku tak tahu diorang nak ulang ulang ulang ulang ulang ualng sampai ble. Genre ney adalah Cinta, Samseng, Hantu. Hantu, Cinta, Sameng. (pelik ajer bunyi) Tu jer.

Tiga ney saja yang sering dibuat kat malaysia. kita seolah-olah hilang identiti kita sendiri sebagai orang melayu yang kaya dengan seni dan kebudayaan orang timur. Kita ambil contoh filem yang telah dihasilkan.

trendfilem

Korang dah perasaan?(ader banyak lagi, nak usha klik sini)

Bebaru ney, KRU telah buat perubahan dalam industri perfilem dan diorang punya pemikiran adalah out of the box. Pertama kali filem epik, Merong Mahawangsa dibuat oleh anak tempatan walaupun banyak kesilapan yang diorang buat tapi ney adalah langkah pertama dalam diorang merubah industri perfileman di negara kita.

Bukan filem epik jer dier buat, filem muzikal, superhero n so on. Genre yang lansung tak penah ader orang terfikir nak buat sebelum ney. Jadi Aku respek dengan trio tu (bukan Datuk Trio tu tau).

Cube korang pikir, kalu la filem Hang Tuah ker aper ker, di ubah dan ditambah CGI secukup rase, di gaul pulak dengan pelakon yang berpengalaman, aku rasa panggung tuh boleh pecah.

Aku bukan la pro sangat bab filem, ader la skit-skit yang aku tahu tapi tak salah sekali sekala kita galakan industri filem kat sini tukar angin dan buat perubahan yang lebih segar ( ayat macam cendawan).

Aper2 pun tahniah buat kepala otak KRU sebab diorang berwawasan dalam segenap aspek.

Adios,

Wassalam.

read more

Fences : Atur Desktop Korang

Aku nak share satu software yang aku sangat2 suka. tapi aku lagi suka pompuan tau. Balik kat software tu, kalau korang punya desktp semak macam tong sampah, korang bleh la guna software ney. Aku cakap sebab aku punya desktop pun macam tong sampah sebelum aku pakai software ney.
screen
Korang boleh download kat link ney. Aku tolong bagi tau ajer, tak dapat aper pun.
Adios.
read more

Sabtu, 14 Mei 2011

Welcome to CFS IUM : Subjek-Subjek Kat Sini!!!!

Kepala penin

Assalamualaikum,

Mari kita kira reramai, tiga dua satu…… Hahahah, macam tu la korang rse yer bebudak baru yang nak masuk CFS tak lama lagi, macam-macam korang borong. Tak pe, bgus2. Tu tanda korang bersemangat nak tempuh life baru kat sini.

Aku rasa ney dah kali kedua aku buat pos pasai CFS IIUM ney. Saje nak bagi rating lompat skit, kawan aku dia buat pos pasi ney, pufffff naik melambung dia punya trafik. Jelez I taw. Jadi, aku nak share la serba sebayak pengalam aku kat sini untuk korang bacer.

Ok, bagi korang yang akan ambil subjek ICT, aku nak cerita skit level kesusahan setiap subjek kat sini( ini adalah based on aku unya pengalaman, aku pun bukan pandai sangat pun).

Ney adalah jadual yang tak macam jadual tentang subjek yang ader kat sini, jom kita cekit dout!!!!!

Subjek

Level Kepayahan

Komen

Suggest Lectr

Math 1

Math 2

Math3

Fizik 1

Fizik 2

Komp 1

Database

Programming

Troubleshoot

Arab 1

Arab 2

English

Tilawah

Fardhu Ain

UI

BTQ

Medium

Easy

Difficult

Medium

Easy

Easy

Easy

Difficult

Easy

Easy

Easy

Easy

Easy

Easy

Easy

Medium

Banyak main Algebra

Banyak kena lukis

Ntah

Fuhh, semua ader

Banyak teori

Bace kofem lulus exam

Ntah

Ntah

Ntah

Aku minat sebab tu senang

 

Malas nak blajar lelama.

Bace al-Quran, n bagi betui tajwid.

Korang dah tahu

Bace, Macam PAI

Ntah

MDM Laili

Mr. Izzudin

 

-

-

-

-

-

 

Ustz. Puzhi

 

Miss. Wan Intan

-

-

-

Jadi, nanti mase korang nak pilih lectr tu, ikut korang la samada nak ikut aku or tak, aku dapat diorang pun sebab aku jenih tak suka kelas pepagi. Susah benor nak bagun pagi heheh,

Chow…

Wassalam…

read more

Syukur : Senang sebut tapi sikit yang buat.

insaf

Assalamualikum,

Aku tak hensem, Apasal muka aku petak tak bulat, Aku tak cantik, Aku tak comel…… Bla bla bla….

Macam-macam yang korang buleh dengar, tu aku bagi sket jer contoh nyer. Tu ayat yang korang akan selalu dengar oleh ‘mereka’, makhluk tidak tau erti syukur. Aku bebaru ney aku ada terbaca dalam surat khabar, ada satu article pasai sorang budak yang bernama Siti Musliha.

Dia ney tak sempurna macam kita, tapi dia cukup special aku rase. Dia punya semangat yang kuat paling aku respek. Lepas aku baca article tu, aku rase bertapa aku tudak bersyukur sebab aku pun dalam golongan yang aku ader sebut tadi.

Walaupun dia tidak sempurna macam insan biasa, namun ALLAH itu Maha Penyayang, Dia tetap bagi kelebihan kat setiap orang. Kita yang tak pernah sedar pasai benda tu, berbalik cita kita kat adik Siti Musliha, dia dikurniakan dengan akal fikiran yang sangat genius dan tajam. Sebab aper yer? Sebab dia punya kemampuan hafal kebanyakan Surah dalam Al-Quran (aku tak ingat bayak mener) dengan hanya dia DENGAR ajer.

Mungkin korang tertanya ‘Takkan macam tu pun ko dah nak respek dia?’. Kalau korang nak tahu, korang surf la pasai dia. Baru korang tahu bertapa banyak dugaan yang terpaksa dia terima.

Aku yang sempurna sifat ney pun kurang dalam bab hafal-menghafal, dia dengan dengar ajer dah buleh hafal, korang  fikir dan tanya diri korang.

Jadi, korang fikir la. Muhasabah diri korang, tengok balim diri korang sebelum korang nak merungut pasai aper diri korang macam tu.

Adios.

Wassalam

read more

Selasa, 10 Mei 2011

Oh Ibu : Selamat Hari Ibu!

mymom

Assalamuailaikum,

Koang sayang mak korang tak? Sayang? Tak sayang? Masyallah, ader jugak ker anak yang tak sayang mak dia. Ok lah, macam korang tau Hari Ibu adalah hari yang istimewa untuk menghargai ibu kita. Bukan maksud aku nak suruk korang hargai ibu korang waktu Hari Ibu jer, hari lain pun korang kena hargai jugak tapi masa Hari Ibu tu bagi lebih cikit.

Kalau korang penah bercintan-cintun, aper yang korang rase kalu korang dapat hadiah? Mesti syok kan? Ala korang jangan nak tipu aku, sama la macam mak korang. Kalau sekali sekala koranh bagi hadiah kat mak korang sebagai appreciate  mak korang. Kalu tak mampu yang mahal pun, yang murah sudah,

Dulu, waktu aku kat sekolah dulu, ader la budak pompuan duk keliling pondok telefon. Aku ingat diorang nak wat demo nak bantah pasal exam ke hape ker, aku pun usha la lelama. Tiba-tiba aku dengar diorang nyanyi “Ibu, ibu engkau ratu hatiku..”

Perh, bebudak ney bleh tahan. Aku pun tak penah wat macam tu, aku just hantar sms jer.

Tu lah, mak kita banyak berkorban demi kita, kita tak tau apa pun dan banyak dalam kalangan kita yang berlagak tau. Ustaz aku penah cita, masa mak korang dan mak aku nak lahirkan kita, memang macam kat hujung nyawa punya sakit, sampaikan ustaz aku cakap wanita yang mati melahirkan anak dianggap sebagai mati syahid. Kalau korang pompuan, korang tunngula saat tu yer.

Tu masa nak lahirkan korang, nak besarkan korang citer lain pulak. Aku banyak belajar kenai hidup ney dari sepupu dan abang aku yang baru kawin tahun lepas. Aku pun dah jadi bapak sedara dah, dah ada anak buah. Kehidupan sebelum kawin dengan selepas kahwin lain o,

Kalau dulu, nak kuar cakap jer “wei teman aku gi Alor Setar jap”, aku baru sudah mandi dia dah siap tunggu aku. Tapi la, nak ajak kuar kejap pun dah susah. Berbalik kisah ibu kita (aku bukan nak cita pasai kawin) dia banyak tanggung kepayahan dalam kita tak sedar.

Aku paling ingat, kalau aku dema ja, mak aku jaga giler2 punya. Kejap-kejap datang check badan aku,pastu bawak nasik lak. Kalu demam aku teruk (sekali jer) nak bangun pun tak bley mak aku tulun suap kat aku, fuhh. Korang pikir la.

Aku tahu, bukan semua orang perfect kat dunia ney, tapi bagi aku aku adalah yang terbaik begitu juga dengan mak korang. Jadi, kepada korang yang belum wish Hari Ibu ney lagi, cepat2 la wish. Mak aku penah ajar and cakap kat aku, ‘Kalau kita sayang seseorang, tak cukup dengan hanya kita sayang. Kita kena tunjuk kasih sayang kita samada dari segi perbuatan atau percakapan’

Jadi aper lagi korang tunggu, gi cepat ucap selamat hari ibu kat mak orang, kalu malu nak ucap, wat macam aku send sms jer.

Walla, adios

Wassalam…..

read more

Jumaat, 6 Mei 2011

Pegang Tangan : Erti Seorang Sahabat

holding-hands

Assalamualaikum,

Fuh, panas panas panas nenas. Nak pegang tangan yer? Gatal ko. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan la pegang tangan dengan awek. Tu salah, HARAM. Memang best, lembut, gebu, pendek kata memang best la kalu bleh pegang tangan pompuan ney (aku tak buat yer).

Pegang tangan. Kisah ney berlaku kat aku, rumate aku. Nama? Tak yah la korang tau yer. Kisah ney terjadi waktu kitorang kuar oting g KL. Kuar reramai, pastu masa nak lintas jalan, tetiba jer rumate aku pegang tangan aku dan seret aku lintas jalan.

Aku rase korang mesti pikir lain kan. Fuh, kotor gile otak korang. Bagi aku, dia cukup caring dengan orang sekeliling. Menjaga keselamatan kawan macam menjaga keselamatan diri sendri, korang ingat senang ke nak jumpa kawan macam tu?

Yang selalu korang jumpa kawan makan kawan. Kawan waktu kita senang ramai, memang ramai tak cukup jari kaki tangan nak kira, tapi kalu kawan masa kita susah, Ya Allah punya la susah kita nak cari. Pak Lang aka pak sedara aku penah cakap, kawan kita senang giler nak cari. Korang gi kedai mamak pun dia dah buleh jadi kawan korang (kalu korang jenih banyak mulut la), tapi kalau SAHABAT susah nak cari. Jadi, korang yang ader sahabat baik tu, pandai-pandai la jaga hati diorang.

Berbalik kat cerita kawan aku yang pegang tangan aku waktu lintas jalan tu, memang aku tersentuh waktu tu. Yang aku ingat, mak ngan bapak aku ja pegang tangan aku waktu aku nak lintas jalan, tapi ney kawan yang aku baru kenal satu sem. Tak tahu la korang buleh paham tak perasaan aku ney, tapi tulah hakikat dia.

Jadi, korang usha-usha la. Kalau kawan korang lintas jalan dia pegang tangan korang, korang jangan pikir lain (kalu balak pegang tangan awek tu TAK KIRA tau tak, tak termasuk dalam senarai yang dibenarkan). Pastu korang tengok lak member korang yang masa lintas jalan, syummmmm……. Sedar tak sedar dia dah duduk kat seberang jalan. Ha, korang pikir la macammana dan tafsir la sendiri member korang tu macamana.

Tu hanya sebahagian saja, banyak lagi yang buleh aku kongsi dengan korang tapi, sikit-sikit cukup. Nanti kalu aku bagi semua, amenda modal yang nak guna wat entry next lak.

Chow bebeh….

Wassalam…….

read more

Khamis, 5 Mei 2011

Welcome to IIUM

iium

Selamat datang, hanya tu yang aku buleh cakap kepada student yang akan mendaftar kat sini dalam dua tiga minggu lagi.

Kenapa korang pilih UIA?

Persoalan yang sangat selalu aku dengar dari semua member aku, banyak diorang tanya aku, jadi kali ney aku sebagi senior korang aku nak tanya korang balik soalan yang sama.

Bagi aku la, environment kat sini masih terkawal sebab kat sini adalah matrik. Jadi korang jangan ingat sini macam U tau. Kalau korang ingat macam tu, korang silap sama sekali. Life kat sini macam duduk kat asrama cuma less tight dia punya rule.

Jadi, bila macam asrama, korang bleh balik atau nak outing kan diri korang hanya ujung minggu ajer. Kalau mcam aku, aku bleh jer nak outing ari-ari, dengan syarat FLY dan jangan bagi kantoi. Alang-alang aku sebut pasai kantoi, korang akan disaman olek Pak Gad dan Mak Gadnkalu kantoi. Jumlah saman yang selalu dikenakan termasuk aku, adalah RM 50. Jadi, kalau korang tak nak duit mak bapak korang lebur lagi banyak, pandai-pandai la korang lari dari Gad-gad sekalian.

Buat pengetahuan korang, yang mungkin tengah duk surf pasai UIA ney, aku nak bagi tau korang yang intake kali ney akan jadi lagi meriah a.k.a lagi ramai sebab bebudak Nilai akan masuk sini jugak sem depan. So, lagi ramai la yang akan merempat kat kat sini. Semua ney adalah khabar angin, kalu betul, betul la, kalu salah sori ek.

Kat sini, akan ada pasar malam setiap hari Selasa. Jadi, korang yang berpoket lebat tu, bleh la siap kan duit korang untuk attack pasar malam kat sini.

Buat budak yang bukan asal dari KL, mean dari negeri lain, korang nak oting nak nek amenda kan? So, aku letak sikit direktori yang boleh korang guna sebagai panduan untuk oting suatu hari nanti.

Bas yang selalu berpelesaran kat kawasan ney adalah bas Metro ngan bas RapidKL. Jadi, dari UIA kalu korang nak kuar gi Mid Valley, KL Sentral, PAsar Seni, Kota Raya and terbaru Pudu Raya yang baru dibuka. Korang bleh la rembat Metro 12, diulangi Metro 12. Kalu bas Rapid lak, korang tibai U85.

Korang agak beruntung sebab bleh duduk kat UIA ney, sebab PJ ney dia duduk kat center, mane-mane korang nak gi semua dekat.

Ney adlah list tempat yang selalu bebudak sini gi melepak

  • Times Square
  • Low Yat (mesti sesak punya kalu elaun masuk)
  • Sogo
  • Mid Valley
  • Masjid India
  • OU
  • The Curve
  • Digital Mall (sesak gak kalu elaun masuk)
  • Jaya One( paling best heheheh)

Macam mana nak gi tempat tu semua? Tu korang kena belajar sendiri or tanya senior. Aku dulu kuar KL sorang-sorang sebab nak balik Kedah, pastu sesat pulak. Aduh, memang pedih gile waktu tu, nasib aku jenih main redah ajer. Aku wat muka tak malu, aku trus gi tanya mamak, mat indon, bangla semua aku tanya. Jadi, aku berjaya sampai ke Hentian Duta. Hooray. Orang tua cakap, malu bertanya, sesat jalan.

Buat makhluk yang ader lappy, kalu korang nak bawak, bawak jer tapi jaga takut ilang. Kat sini, ader dia punya sistem wireless n korang kena daftar korang punya lappy. Tu cara legal, kalu cara tak illegal pulak, korang bleh pakai UltraSurf. Nak tau tu amenda, korang bleh cari sendiri.

  1. Korang donlod usurf
  2. korang connect dengan iium-guest

internetconnection

     3. Open UltraSufr dan tunggu sampai dia tulis ‘Successful connect to the internet’

ultrasurf

    4. Walla, korang dah buleh surf internet cara free. (wireless lappy aku ada prob sebab tu dia failed nak connect tu)

Sometime, guest lagi laju dari community, aku penah dapat speed paling laju 1mbps. Fuh, waktu tu aku dek qeja donlod jer. Tu adalah certain info yang aku bleh share ngan korang. Jadi, pandai-pandai la korang nak idup kat sini macamna kay.

So, aku nak ucapkan Selamat Datang kat korang baru nak daftar dua tiga minggu lagi.

p/s: korang try la cari aku. Aku jadi komiti untuk Ta’aruf Week kali ney. SmileSmileSmile

read more

Rabu, 4 Mei 2011

Pilihan Raya: Dimana salah dan silapnya?

government-logo-SPR-Suruhanjaya-Pilihan-Raya-Malaysia-0016-4539-brand

Di pecat, di buang. Bagi aku tu lah nasib yang akan diterima sesiapa yang cuba menentang kerajaan. Ini adalah pendapat aku sendiri, jadi kepada korang yang nak baca atau tak, lantak kat korang. PERUBAHAN, suatu perkataan yang amat mendalam maksud bagi ahli politik di Malaysia. Mendalam dan sukar, hanya itu yang boleh dikatakan.

Kawan aku pernah cakap kat aku, andai kata SPR mampu membawa perubahan kepada sisitem politik negara kita, sudah lama SPR dimansuhkan. Walaupun, sering kita dengar bertapa telus sistem pilihan raya di Malaysia yang diwar-warkan dalam media. Benahkah pilihan raya di Malaysia benar-benar telus?

Bukan hanya itu persolan yang aku nak cuba cetus dalam pemikiran korang semua. Aku nak ungkit kisah yang berlaku suatu masa dahulu. Semasa pilihan raya di Batang Ai. Sebelum aku nak masuk dengan lebih lanjut, aku nak cakap yang setiap pilihan raya yang dibuat kat Malaysia menelan belanja bukan ribuan ringgit, tapi jutaan kalau korang tak tahu.

Pilihan raya tu menggunakan wang rakyat. Yang aku dapat berita yang tidak rasmi, hanya mulut ke mulut. Tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya? pilihan raya kali tu, menelan belanja yang sangat banyak, dan sehinggkan wang MARA telah digunakan dalam pilihan raya tersebut.

Yang aku kesian kat student, especially budak MRSM. Kalau korang nak tau, tahun-tahun before ney, MARA akan sediakan banyak peluang fast track untuk student MRSM. Tapi tahun tu, entah dimana silapnya, hanya tinggal beberapa tempat sahaja yang boleh dipilih seperti Australia, Russia dan aku tak ingat yang selebihnya.

Cukup kita ambil kesan yang dirasai oleh student. La aku nak ambil apa yang dirasai oleh cikgu-cikgu MRSM. Ustaz aku pernah cakap kat dalam kelas, duit gaji yang dah la tak banyak( cikgu-cikgu bukan nak mengeluh, diorang berkhidmat untuk mendidik anak bangsa agar bijak membeza antara kaca dan permata) lepas tu kena potong pulak dengan kera-jaan nak bayar duit apa entah.

Jadi, korang dah nampakkan efek pilihan raya. Walaupun sesetengah orang nampak kecik, tapi kesan sangat besar dan dirasai bukan hanya orang dewasa malahan student-student.

Aku punya pendapat dalam atasi masalah ney, setiap wakil rakyat yang lompat katak, atau meninggal dunia mereka perlu ada pengganti ataupun timbalan. Jadi, kalau diorang nak lompat tinggi manapun, akan senantiasa ada orang yang akan mengisi tempat kosong yang telah ditinggalkan.

Jadi, secara otomatiknya, setiap kali Pilihan Raya Umum, barulah wakil rakyat akan bertukar wajah atau masih kekal di kerusi masing-masing.

Kita cuba ambil signifikasi macam ney, masa Tun Dr. M letak jawatan dahulu,kenapa tidak diadakan pilihan raya untuk mencari perdana menteri yang baru? Kenapa Pak Lah yang naik? Kenapa sistem tu tidak diamalkan di semua peringkat pentadbiran?

Mari kita fikir, berapa wang rakyat dapat disalurkan kearah yang lebih benah jika sisitem yang aku cuba terangkan diamalkan? Masa depan pelajar akan lebih terjamin dan sebagainya.

Ambillah masa untuk kita berfikir, kerana berfikir itu datangnya idea PERUBAHAN.

p/s : Semua yang ditulis adalah idea the kunyit, jadi ia merupakan pandangan peribadi. Smile

read more

Selasa, 3 Mei 2011

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

abc

Aduhai, dah jadi trend ke apa aku tak tau, tapi memandangkan aku telah ditag dalam post kawan aku(hampeh, panggil aku nepal jaga ko kalu ko balik sini!), jadi aku pun buat la jugak.(penat cik kak oi wat 3 post)

Ok, aku sebenarnya tak tau sangat pasai minah ney. Tapi aku cuma nak wat review pasai blog dia ajer.

Bagi blogger baru macam aku, tengok dia punya follower sampai cecah 4 angka, mean no bad la(kalu nak kompare ngan aku).

Dia menggunakan warna pink sebagai warna utama blog dia( dah warna feveret pompuan kan) dan dipadankan dengan (cewah) dengan anak ayam yang kiut menunjukkan kreatviti dia dalam menghias blog kepunyaannya(ngampu abis ney, nak rase cekelat cair tuh).

Yang paling best, korang buleh tengok ‘kemalasan’ tahap melampau a.k.a tahap dewa kat mana dia punya post bulan April yang paling sikit, bape agak2 korang?  10? 1? 0? Masyaallah, sampy gitu sekali korang teka yer. Ala, ckit jer ader la dalam 60, diulangi NAM PLOH JER.

Jadi, aku pun dah invite lagi dua kawan aku ney ntok join kontest ney

PB (????)

Usamah (budak genius)

Zuhdi (hensem)

Jadi, kepada mereka nak join atau sekadar nak kenalan or menggatal dengan empunya badan blog ney…. korang bleh la klik kat SINI.

read more

Hero atau Pengganas

Sejak semalam, ‘polis dunia’ bising menyalak menyatakan bahawa mereka berjaya membunuh pengganas no. 1 dunia, Osama bin Laden.

Ramai ternyata-nyata, '”eh, betui ka apa yang aku dengaq ney?”, kalau korang tanya aku, aku akan jawab ntah. Bagi aku Osama adlah seorang hero, walaupun perjuangan dia agak radikal. tapi dialah berani berdiri menentang ketikia umat Islam lain hanya berani melaung benci keganasan. Berbekal semangat yang jitu, dia melangkah masuk ke alam yang sangat disukai Allah, Jihad Fisabilillah.

Ney aku ada dapat sikit bio mengenai Osama bin Laden dari Berita Hairan,

OsamaBinLaden

ISLAMABAD: Dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 1957, Osama bin Laden seorang daripada 54 anak Mohamad Bin Laden, pemilik empayar pembinaan di Arab Saudi dan hartawan yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi. Ibunya berasal dari Syria.
Pada 1969, bapanya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter dan ketika itu Osama berusia 11 tahun dan dipercayai mewarisi kekayaan AS$80 juta (RM236 juta). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Jeddah.

Osama, satu-satunya anak lelaki Mohammad daripada isteri ke-10, Hamida al Attas. Ibu bapanya bercerai sebaik beliau dilahirkan dan ibunya kemudian mengahwini Mohammed al-Attas. Pasangan itu mempunyai empat anak dan Osama membesar bersama adik tirinya.

Beliau dibesarkan sebagai pengikut Wahabi dan memasuki sekolah elit, Sekolah Al-Thager Model, antara 1968 hingga 1976 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti King Abdulaziz tetapi ada sumber memberitahu beliau tidak menghabiskan pengajiannya. Beliau dilihat berminat terhadap aktiviti agama dan jihad serta kerja kebajikan. Beliau juga minat menulis sajak.
Pada usia 17, Osama berkahwin dengan isteri pertama, Najwa Ghanem di Latakia.

Menurut CNN, sehingga 2002, Osama dikatakan berkahwin dengan empat wanita dan mempunyai kira-kira 25 anak antara 12 hingga 24 tahun.
Sekitar 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.
Pada 26 Disember 1979, tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seluruh dunia.
Empat tahun kemudian, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan pelampau Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan.

Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahiran dan dua bandar suci umat Islam.
Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap keganasan kumpulan pelampau Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.

Beliau kemudian menetap di Sudan. Arab Saudi melucutkan kewarganegaraan Osama pada 1994 selepas beliau mengeluarkan fatwa mencela Amerika dan keluarga diraja Arab Saudi. – AFP / Agensi

semak

Pihak Amerika telah menconteng arang kat muka Osama dengan mengatakan bahawa dia adalah dalang disebalik serangan 11/9, memang hebat Semak ketika itu berbicara,tiada siapa berani berkata-apa, semua terkejut dan tergigit jari. Berbekal alasan tersebut, Amerika telah berjaya menawan Iraq yang kaya dengan emas hitam.

11Sept

Kalau korang selalu baca mengenai konspirasi dunia, serangan tersebut adalah satu konspirasi yang dijadi sebagai lesen P kepada Amerika unutk masuk ke dalam Iraq. Lagi sekali, aku nak ucap ‘tahniah’ kat Semak sebab berjaya mencetus Islamphobia  kat seluruh warga dunia.

Andai kata Osama telah gugur, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Al-Fatihah…

read more

Ahad, 1 Mei 2011

1Tube.my: Malaysian’s Video Portal

Malaysia telah melangkah lagi satu tapak. Ye ker lagi setapak? Macam tak leh percaya jer. Ah, lantaklah. Apa yang aku nak tulih kat sini, Malaysia pun nak cuba buat macam omputeh, kita pun dah ada kita punya You Tube kita sendiri, nama dia 1Tube.

Kau dah tau benda ney lama dah tapi, bebaru ney aku terbaca dalam blog Ben Ashaari pasai dia duduk kat pejabat 1Tube.my kat Mid Valley. Aku pun tanya la kwan aku, “weh, hang tau tak pasai YouTube malaysia punya?”, dengan selamber beruk makyehnya dia jawab, ader ker?. Jadi otomatik aku assume yang dia tak tahu and korang pun tak tahu.

Smua dalam ney sebijik macam YouTube, melainkan ada logo satu malaysia kat atas tu.

Projek ney dah lama dimulakan, dan buat masa sekarang tak ramai lagi yang tau pasai benda ney. Aku bukannya nak promote ke hape ke, tapi berbekalkan semangat ‘Sokonglah barangan buatan Malaysia’, jadi aku pun tolong la. ape salahnye kan? Kalu nak try usha, tekan link ney, www.1tube.my

screen

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...