Ahad, 24 April 2011

Media ‘Jahat’, Kerajaan ‘Baik’

Assalamualaikum,

jahatbaik

Masa aku tengah duk dinner dengan member aku tadi, aku pun usha la tv sebab boring tengok muka dia. Hari2 aku tengok, bek aku tengok benda lain pulak.

Masa ku tengah duk tengok tu, aku ada berita yang agak menarik la bagi aku kat ASTRO.

Tajuk dia, ‘Media perlu lebih berani kritik kerajaan’.

Waktu tu, Dr. M yang cakap. Antara point yang dia sampaikan adalah media melakukan tapisan sendiri sehinggakan rakyat menyangka bahawa semua itu adalah perbuatan kerajaan dan membawa pandangan negatif terhadap kerajaan. Contoh: Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV 3 Suku.

Ok, dari apa yang Dr. M cakap tu, apa yang korang dapat paham disebalik maksud kata-kata dia? Tak tahu? Teruk betul la korang ney. Spoil aku punya mod betul. Ok, ney apa yang aku paham dan ini adalah pandangan aku sendiri.

Dari apa yang telah Dr. M cakap tu, pihak kerajaan cuba mengelak dari terus dipersalahkan kerana sering dituduh memperalatkan pihak media sebagai platform diorang menyebarkan dakyah diorang. Jadi, apabila diorang buat macam tu, otomatiknya segala yang terjadi sebelum ney diletakan diatas kepala pihak media. Ini menjadikan pihak media orang jahat la pulak. Aduh, pandai diorang bermain-dengan kata-kata. Secara tidak lansung, tindakan mereka akan membersihkan nama pihak kerajaan dari segala ‘tahi’ yang telah diorang buat selama ini.

Selain dari tu, diorang juga berjanji untuk tidak akan membuat tapisan bagi kandungan internet dan blogger dan webmaster yang lain akan bebas bersuara di internet. Jadi, ini bermakna kerajaan tidak akan ganggu lagi blog dan lain-lain yang anti kerajaan.

Aku tak pasti ini diorang nak buat betul atau hanya nak buat-buat baik. Apa-pun, buruk baik kerajaan ada di tangan korang. Nanti waktu pilihan raya nanti, pilih yang boleh pakai, jangan kaki rasuah dan sebagainya sebab mata korang dah kelabu kalau diorang letak duit depan mata dan suruh pangkah diorang.

Chow!

Wassalam.

read more

Katok La Lipah Tu!

Assalamualaikum,

katok

Ney kisah ney aku tak hingat aku dapat mana. Jadi, sebelum ak tidow ajer semalam aku duk memikir, amende aku nak update pagi esok nyer(dah tengah hai pun)

Tiba-tiba aku dapat ilham nak update amende. Jadi, sori kepada mana2 pihak sebab aku tak letak kredit yer.

Pada suatu pagi yang dingin, angin bertiup bebudi-bahasa pada suhu –10C yang menyejukkan. Dua sahabat bernama Mangkuk dan Hayun, sedang pulun bertarung untuk menentukan siapakah lebih hebat, setelah sepurnama diorang berlatih bermain dam, tibalah masa untuk mereka menentukan siapa yang paling terer.

Perlawanan sengit itu berlansung selama beberapa bulan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba, ader sekor lipas melintasi gelangang pertarungan mereka. tetibe ajer Mangkuk dari Kedah cakap, “Opocot, lipas! Hayun katok lipaih tu!”. “Mende mu ney, lipah tu. Katok mende nyer”, Hayun cube nak cer yang atas gelangang diorang tu lipas bukan katak.

“Katok la, dengan dengan hang dah tu”, Mangkuk menyuruh Hayun memukul lipas tu.

Hayun dah mula berang,” Mu ney nape? Lipah mu kate katok! Abih tu, katok mu kate lipah?”

“Aku suruh katok lipaih tu!”, Mangkuk pun sudah mula naik darah setinggi 100 cm.

“Pulok, katok lipah! Yang aku tau, katok puru, katok pise dang katok-katok sedenngan nyo.” Hanyun cuba menerangkan sepisis katak lain yang terdapat di dalam dunia.

Perang mulut antara dua sahabat, Mangkuk dan Hayun berterusan selama beberapa purnama dan pertarungan mereka lansung dilupaka. Oleh kerana diorang sangat mangkuk hayun, akhirnya lipas itu bertemu jodoh dengan lipas betina dan hidup happily ever after.

The End.

read more

Review : Blog Kereta Mayat

Assalamualaikum,

kereta mayat

Hadoi, tengah malam2 macam ney mata tak leh nak pejam la pulak. Melayan merong mahawangsa yang baru siap di donlod.

N3 aku kali ney bukan nak citer pasal filem tuh, tapi bes gak r citer tu syabas buat KRU studious. Balik kat isu utama, aku nak wat review pasal blogger yang aku sangat respek. Dia punya blog nama Kereta Mayat, kalau korang selalu blogwalking mesti korang tahu. Kan2.

Bagi aku, dia punya opinion memang bes dan cara penyampai di jelas dan mudah difahami. Blog ney adalah himpunan nasihat sebagai panduan kepada kita. Cara tulisan dia rilek dan kelakar giler. Walaupun blog keagamaan, tapi ney lah satu2 blog yang aku tak penah boring setakat ney walaupu sekali dia punya n3 bapak panjang tapi bes. Lagi baca lagi banyak benda aku qasa nak tau.

Jadi, kepada korang yang tak tau amenda tu blog Kereta Mayat. Bleh la korang tekan.

Aku nak tido gak walaupun tak mengantuk, sok takut tak bangun Subuh plak.

Chow.

Wassalam.

read more

Sabtu, 23 April 2011

Review: Cun!

Assalamualaikum,

Poster-Cun-2011-Osman-Ali

Korang rase korang cun tak? Cun? Tak cun? Ah, bior r, peduli ape aku. Aku bukan nak citer pasai korang cun ke tak cun. Aku nak citer pasai filem ‘Cun’ arahan Osman Ali. Aku tau, filem tu dah kuar tapi, kawan aku tanya satu soklan cepu yang memang emas giler.

Kawan aku tanya aku,”weh, Cunt u diorang bwat kat umah ko kan?”

Aku pun “ye”.

Terus aku dapat idea nak war n3 kali ney memandangkan gambar tempat diorang bwat tu ader dalam aku punya simpanan. Diorang wat pengambaran ney waktu aku duk kat matrix, dan tgh exam. Aku tak tau apa pun, bini sepupu aku mai umah aku nak nyembang macam besa dan dia bukak citer pasai filem tu. aku pun, youtube kan diri aku nak cari trailer filem ti, fuh.memang betui.

Jadi aku nak share sesetengah gambar yang aku ada. Aku tak sure sangat area mana shooting tu, tapi aku adl sikit gambar dia. Jom pakat2 kita usha…….

(ney musim padi tengah masak)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(ney musim menuai)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

**Aku dah usha, aku hanya ada gambar Gunung Keriang sahaja. Dan aku rase gambo tu yang paling obvius kalau korang nak g usha dalam filem tu o kat trailer kat dalam youtube.

p/s:cantik tak?

read more

Konspirasi Email 1 Malaysia

Assalamualaikum,

tricubes

Fuhh, kecoh betul sekarang pasai Najib buat Email Malaysia. Aku mula2 malas nak tau, tapi lama2 jadi makin bes plak. Jadi macam kes video seks yang diterbitkan TRIO.

Macam2 timbul dan terbongkar. Rupanya bodoh menlatun-lantun jugak diorang ney. Nak tipu, tapi tak kena gaya. aku bukan la pro sangat pasai politik bhai, tapi dah makin lama makin bes aku pun join la.

Kita balik pasai email tu. Aku ada baca blog ney dan dapat tau yang pemilik Tricubes tu qupa2 adik si Najis! What da….. yup, syarikat tu dikatakan dah nak bankrap c dah. Kalau korang tau pasai Bursa Saham Malaysia. Korang cuba cari apa tu status syarkat GN3. Aku tak la pandai sangat, jadi aku tak tau. Tapi dari apa yang aku dapat info. Syarikat tu memang dah teruk, taun lepas, diorang RUGI BERSIH SEBANYAK RM 3.5 JUTA SAHAJA. Skit jerk an?

Jadi, bila dah ‘untung’ sampai macam tu, Bursa Malaysia pun bagi warning letter. Ala, kalau korang slalu skip kelas slalu la korang dapat surat tu.

Jadi, bagi membantu mengelakkan dari ditarik balik dari Bursa Malaysia, Najis telah member dana secara tidak lansung mean dia bagi dari arah lain DUIT KITA BAYAR CUKAI sebanyak RM 50 JUTA SAHAJA. Sikit jekan? Jadi, PRU depan korang pangkah la Najis lagi sekali kalau korang nak kena ROMPAK macam tu lagi.

duit

Najis ney bijak macam Pak Belalang, bijak TEMBELANG orang. Lepas tu cakap tak pakai duit kera-jaan. Fuhh hebat sekali lakonan dia. Buleh dapat anugerah PENIPU tahunan.

Korang yang bijak laksana…… ah, aku tak tau … bru bgun jer ney. Korang piker, syarikat yang ‘untung’ banyak tu, nak buat projek amal? Patut ker? Tepuk dada tanya kepala otak.

Yang agak menyeronokakn, Najis telah berjaya menyelamatkan syarikat. Lepas jer dia buat pelancarran, korang teka saham Tricubes melonjak banyak mana? 10? 21?90? salah salah. Ala korang ney, jagan buat spoil. Tak sampai banyak tu pun skit jer. Ader la dalam 491% SAHAJA. Skit jer. Korang tak payah nak risau.

graph

Jadi, Najis telah berjaya menjalankan tugas sebagai seorang abang kepada adik yang dalam kesusaha dengan menggunakan duit KITA. Ala, kita kan pemurah. Skit jer dia ambil duit kita, 50 JUTA AJER PUN.

Jadi, kuasa kat tangan korang macam mana korang corak politik Negara kita. Sama ada kita nak kena ROMPAK plak lepas ney itu atas korang. KUASA DI TANGAN KORANG.

save our money

Chow.

Wassalam.

read more

Kamus Kedah Online

Assalamualaikum,

horay

Aku semalam dah buat apa yang aku impikan dan mimpikan siang pagi tengah hari malam dan subuh pasai aku nak sebar ajaran Kedah bukan ayah kunyit tau.

Semalam aku dah lancarkan aku punya kamus dalam kul 10 macam tu, terlupa plak nak buat promosi. Tengah tengok RAJA BONGKAK punya filem,  2 Alam.

Jadi, kalau korang nak tau lagi pasai loghat kedah tu, korang kelik la kat bahagian atas tu, tambah lagi ilmu lorang yang memang dah banyak. Apa salahnya kalau menuntut ilmu? Yer tak?

read more

Samseng CELCOM

Assalamualaikum,

klsentral
Aku nak cerita la sket pengalaman aku. Bukan ada apa yang bes pun tapi menyakitkan hati. Aku semalam kuar gi jalan2 beli barang persatuan. Al-maklumlah diorang suruh aku jadi komiti, aku pun jadi je la.


Masa aku sampai kat stesen kl sentral(aku nek monorel) adala budak budak baju biru @ CELCOM duk wat promote kat kita orang. Yang sialnya, diorang paksa doe, sakit hati gler. Nasib aku jenih kool, aku tolak bek2 ja. Tapi, diorang silap cari orang. Member aku jenih hot temper. Memang bertemu buku dengan ruas.


Diorang pun budak silat jugak. Mangkok hayun CELCOM tu, orang tolak baik2 tak mau blah. Duk paksa orang jugak. Apa lagi kawan aku pn meletup. Nasib dia tak hentak ajer budak2 CELCOM tu. Bukan kitaorang nak belagak kuat ke gangster ke,tapi kalau korang penah gi kal sentral korang tau la macamana MEYAKITKAN HATI kalau lalu kat depan CELCOM tu.


Mase kitorang blah, suka hati jer maki hamun. Langsi la. Poyo la. Dah la paksa orang dengar amenda dia nak cakap dan duk suruh orang amik plan merapu tuh. Memang hot. Aku ingat takat tu ajer kebodohan mamat CELCOM tu, mase kitorang bleh siap bleh baling ais ngan kotak rokok lagi. Ai, ney dah lebey. Nasib tak kena. Nak meniaga tapi BANGANG. CELCOM tak ajar diorang ker? Memang la benda kecik tapi mane adap? Tak masal CELCOM yang buruk nama.


Jadi, kepada CELCOM. Len kali pantau korang punya dealer. Jangan kasi kecoh rata2. Kalu orang kate NO. SO PLEASE DON’T BE STUPID. Ikut suka orang la, nak ke tak ke. Kitorang punya duit. Bukan mak bapak korang punya duit.


CHOW!!
read more

Kreatif, Tapi Salah Tempat

Assalamualaikum,

 

AWAS!! N3 NEY 18 SX. TAK CUKUP UMUR, G MAIN JAUH2!

Manusia memang dilahirkan dengan kelebihan yang kreatif dalam selesaikan masalah dan timbulkan masalah. Tapi, selalunya kekreatifan orang ney depa salah salur.

Aku malas nak cakap banyak, aku just nak tunjuk amenda yang kreatif tu.

What da…..

thekallerkunyit

Astagfirullah……

thekallerkunyit2

read more

Jumaat, 22 April 2011

Kak, air pant’ak!

Assalamualaikum,

terkejut

Ney adalah al-kisah yang diceritakan rumate aku semalam. agak kelakar dan lucah. Kepada yang bawah 18 tahun, syuhh. Gi main joh2.

Kisah dia macam ney. Rumate aku ney orang terangganu. Jadi keada orang terangganu mesti paham punya citer ney.

Dulu, masa dia form 4, diorang macam besa g lunch kat dewan makan asrama macam besa la. Nak di jadikan cerita, air dalam balang dah nak abis. Dia pun dengan muka selamba+macho (walaupun aku lagi macho) kata kat kak dewan makan yang keja waktu tu,

“kak, air pant’ak!(sebutan cepat)”,

Dan dengan tiba-tiba warden asrama berkata dengan nada maqah macam nak telan orang,

“apa, air pantat?!!”

“sini korang!!”

Apa lagi, budak2 ney pun berlari lebih laju dari usin bolt. Dengan dia skali angkat kaki. Disebabkan kejadian tu, diorang tak la makan tengah hari.

**air pant’ak =air dah abis(bukan air pantat ler) (=_=)

Moral: jangan salah paham kalau orang negeri len cakap, sebab tu loghat diorang. Warden tu pun bukan orang ganu, sebab tu jadi macam tu. Hahaha

Chow!

read more

Review: Coklat Pedas

Assalamualaikum,

coklatpedasthekallerkunyit

Korang selalu jumpa coklat manis kan? Tapi kali ney aku nak share ngan korang pasai coklat yang pedas. Fuhh, aku tau menatang ney pun dari kawan aku. Dia yang rase dan cite kat aku, jadi aku pun gi la beli kat kedai kat bawah. Fuh aku cakap, memang unik rase dia. Aku sblum ney besa makan yang rase berhangin jer, macam mint tu. Kali ney PEDAS. Anehkan?

Ccoklatpedasthekallerkunyit3

Dia punya rase manis+pedas. Nak cite pun tak tau. Korang akan rase pedas kat kerongkong skit. Produk ney dari Jack’nJill.

coklatpedasthekallerkunyit4

Aku rase korang bleh try la coklat ney. Dapatkan di kedai yang berhampiran sementara stok masih ader. Aku rase lepas ney maybe diorang akan buat coklat perisa sup ayam ker, tomyam ker mesti bes. Hehehehe

Chow!!

read more

Khamis, 21 April 2011

Penjajah JAHAT!! Yer ker?

index

500 tahun adalah satu jangka masa yang lama. 500 tahun sejarah Negara kita telah dirogol oleh penjajah hinggakan meninggalkan kesan kepada semua. Hanya satu yang terpahat dalam kepala setiap manusia, PENJAJAH JAHAT.

 

Assalamualaikum,

Saja aku cuba stat dengan cara yang agak sytle untuk n3 kali ney. Aku dah lama dapat tajuk ney, Cuma tak da masa nak tulis, al-maklumlah la tengah mid sem, kena usha buku lebey ckit darI blog. Dalam kalau-malut,aku tak buat posting apa lagi hari ney.

Tak pa, tu mukadimah ja. Ney aku nak ulas balik apa yang aku tulih kat atas tu. Kalau korang la, tak payah kira atau bilang korang ney bangsa apa, penjajah tu jahat tak? Mesti jahatkan? Korang jangan nak nipu aku. Nipu tu dosa tau. Aku telah lama terfikir benda ney dan dan bagi aku, penjajahan ney adalah satu rahmat yang tersembunyi. Ye ker? (menggaru kepala)

Ye la, kalau bukan disebabkan penjajah, entah2 nenek moyang kita tahu tak amenda tu rel kerata api? Penjajah datang dengan system yang teratur dan strategic. Kita banyak belajar dari sisitem yang di bawa mereka. ADAKAH DIORANG MASIH JAHAT?

Penjajah jugak telah mengajar kita apa itu erti semangat perpaduan dan cintakan tanah air! Aik? Masa bila pulak penjajah ajar benda tu? Itu la, kalau nak berfikir sila gunakan kepala, bukan kepala lutut atau kepala ‘tu’. Bila diorang jajah kita, baru kita sedar bertapa pentingnya semangat cintakan tanah air. Tanah tumpah kita semua. Dengan penjajahan, baruh semangat cintakan Negara ditiupkan dalam diri orang dahulu.

Manusia akan menjadi cerdik dalam masa yang terdesak, korang piker, macam mana la orang dulu nak cipta benang dari daun nenas? Korang tahu tak pasal ney? Atau korang tak penah nak amik tahu? Ok lah, Waktu tu, semua orang menjadi kreatif dalam cara tak lensung tau macam mana nak cipta bahan2 yang akan memudahkan kehidupan, ini adalah prinsip reka cipta. . Macam dalam entry aku yang lepas, aku ada cerita yang hidupan akan berevolusi untuk meneruskn kelansungan hidup, jadi manusia pada zaman tu tidak terkecuali. Dan teori BERUK tu, dibuktikan. HANYA SEBAHAGIAN.

Ayah aku cakap, dulu orang kampong dulu ada yang tak reti panjat pokok kelapa@nyoq. Penah dia cita kat aku, askar jepun suruh owang tu panjat pokok kelapa (bukan bapak aku tau), dia tak reti, askar mata sepet tu paksa jugak. N then, si sepet ney gi amik senapang dan halakan benet kat punggung owang tu. Apa yang jadi? Terus jer jadi pemanjat yang handal. Kejap ajer dia sampai ke puncak. DIORANG JAHAT LAGI?

Kedatang dioranglah menyebabkan terjadinya pemerintahan demokrasi berparlimen. Kalu tak, dulu kita still duduk dibawah sultan, dan sultan akan uruskan semua, dan sulltanlah yang PALING BERKUASA. DIORANG STILL JAHAT?

Namun, harga yang perlu dibayar untuk semua itu, bukanlah murah. Nyawa menjadi taruhan. Darah bersimbahan.(pantun 2 kerat sebentar heheh).

Banyak lagi yang korang boleh fikir sendiri. Banyak lagi yang boleh dijadikan contoh. Aku hanya jadi pencetus atau catalyst (kimia la pulak =_+) yang selebihnya. LU PIKIR LA SENDIRI.

ADIOUS!!!!

read more

Rabu, 20 April 2011

Sketsa Kehidupan: Atas Padang Bola

thekallerkunyit@maribelajarloghatkedah

read more

Mari Belajar Loghat Kedah Siri 2

Assalamualaikum,

kedah utara

Untuk belajar loghat kedah ney kena ada kesungguhan ckit (ehem macam cikgu pulak), bagi aku tak susah dan senang saja dan semua orang buleh buat. Aku rasa korang mesti tau punya, pelakon kat dalam tv, banyak yang buleh cakap logaht kedah, tapi tak macam kedah ori.

Kita stat dengan buat ayat dulu,

Saya dahaga air >> Saya lapaq ayaq.

(Pelikan? Dalam loghat kedah tak ada dahaga dalam kamus diorang. Yag ada hanya ’lapaq’)

Kau tau aku dekat kebulur tunggu kau >> Hang tau dak aku dekat kebuloq tunggu hang

Ayam tu kena peyakit hawar >> Ayam tu kena hawaq.

Kau goyang tiang tu biar tercabut >> Hang honggaq tiang tu sampai tercabut.

Cuma ada sesetengah word yang agak pelik sikit, tapi rilek ja. Aku dalam proses nak buat kamus entry loghat kedah dalam masa yang terdekat ney. La aku tengah duk piker word yang lama2, dan jarang orang dengar.

Ney first time aku nak ngajar orang, kalau ada nak Tanya ke hape ke, bleh la tinggalkan komen yer!

read more

Student Dulu-dulu, Student Sekarang-sekarang.

Assalamualaikum,

abc

Korang penah dengar peribahasa melayu susu dibalas tuba tak? Aku rasa korang mesti penah punya. Sebab korang suma gi sekolah dulu, kalu lupa tu Nampak sangat korang banyak telan semut. Ok, aku terfikir peribahasa ney sewaktu aku duk kat dalam kelas, tengah duk belajar math tiba2 teringat kat peribahasa ney.

Kalau kita ingat, cikgu la yang ajar kita baca ABC, kira 123. Tau amenda tu tambah, tolak, darab dan bahagi. Tau apabenda tu You, me, is, no, tengkiu and so on.

Nak jadi al-kisah yang aku tak kisah ney, aku teringat kat cikgu sekolah aku dulu. Memang susu dibalas tuba. Sekolah mana, sori la tak mampu aku nak cerita. Bukan hape, cikgu banyak yang nak tolong student tapi student lansung tak penah nak endah apa yang cikgu cakap. Malah ada yang melawan. Korang yang penah jadi student ney mesti paham kan.

Kes yang selalu kita dengar, student pukul cikgu! Punya la kurang ajar, orang nak ajar bagi penuh dia pukul pulak cikgu tu. Aduh masalah betui. Dunia dah terbalik, macam keluarga 69.

Aku penah tanya tok aku dulu, cikgu dulu2 macam mana? Korang tau apa yang tok aku cakap. Cikgu zaman dulu, student cukup takut dan respek. Sebab cikgu tu taraf dia tinggi nak curah ilmu kat anak bangsa yang sedar diri kata diorang tu bodoh. Bila bodoh bnak kena cari ilmu bagi pandai. Bukan setakat kat dalam sekolah budak2 respek kat cikgu, kat luar sekolah pun diorang takut dengan cikgu.

Fuhh, cikgu dulu emang hebat. Ney contoh dilog yang buleh aku guna nak buat pelambangan bertapa orang sangat respek kat cikgu tu. Jom cekiit daut!

Bapa: assalamualaikum cikgu.

Cikgu: waalaikumsalam.

Bapa: cikgu, saya nak hantar anak saya ke kat sekolah. Saya nak anak saya jadi orang yang berguna.

Cikgu: Insyaallah.

Bapa: kalau perlu, cikgu pukui la anak saya kalau degil, jangan sampai patah riuk sudah.

Cikgu: insyaallah.

Korang dah Nampak? Bapak bagi full power kat cikgu untuk ddik anak diorang jadi manusia. Tapi sangat berbeza dengan zaman sekarang. Anak dengan bapak sama naik mangkuk hayun. Aku ada conth, nak tau jom cek cek cek it out!!!

Bapa: cikgu! (salam dah hillang)

Cikgu: ye saye (gerun sebab bapak macam nak makan orang)

Bapa: saya nak hantar anak saya belajar dekat sini (dengan eksyen yang tahap dewa)

Cikgu: boleh encik xxx.

Bapa: saya tak mau cikgu touch anak saya, pukul lagi jangan. Saya nak anak saya jadi BINATANG. Kalau cikgu pukul anak saya, kita jumpa dekat MAHKAMAH.

Korang dah Nampak beza dia? Budak zaman la kebai, bapak kaver la hape la. Cikgu pun x bran nak kacau budak tu. Last2 jadi BINATANG la jugak dia. Kita buleh tengok, mak bapak pun main peranan dalam benda ney jugak.

rotan

Kalau korang selalu duk usha2 pasai kes juvana@bawah umo, korang mesti tahu memang semakin hari semakin mengerun dan gurunkan. Jadi aku rasa inisiatif untuk atasi masalah ney, kembalikan zaman kegemilangan cikgu dengan ROTANNYA!! Nak bagi student sedar hala tuju hidup ney bukan just nak seronok ja.

Jadi, kalau korang student, korang kena paham yang cikgu korang denda korang tu nak bagi korang berjaya. Korang ingat aku tak penah kena ke? Penah la wei. Kena ketuk ketampi, rotan, apa lagi aku pun dah tak ingat. Penah sekali aku balik ngadu kat mak aku. Korang tau mak aku buat apa? Dia gi amik rotan, tambah kan sengsara aku yang tak siapkan keja sekolah. Dari rotan, ketuk ketampi, la aku dah buleh senyum kat mana aku ada la.

TIMA KASIH CIKGU!!

read more

Selasa, 19 April 2011

Teori DARWIN Beruk

Assalamualaikum,

darwin

Darwin. Korang mesti kenalkan. Salah seorang yang paling terkenal dalam sejarah. Dia merupakan seorang anak orang yang berada dan dari keturunan yang baik-baik pada zaman dia diberanakakn. Dia merupakan manusia pertama yang memperkenalkan Teori Evolusi.

Antara yang paling terkenal adalah, teorinya yang menyatakan manusia berasal dari beruk dan sewaktu dengannya. Yer ker?

Banyak ahli saintis yang lain telah membuat kajian dan menyokong teorinya namun, hanya sebahagian dari teorinya sahaja yang berjaya dibuktikan. Antara yang berjaya dibuktikan adalah mutasi yang berlaku terhadap hidupan untuk meneruskan kelansungan hidup.

Kita berbalik kepada isu utama, yang dimana orang berasal dari beruk! Teorinya telah mengemparkan dunia saintis.

Mari kita berfikir sejenak sambil merenung kembali sejarah nenek moyang kita iaitu Nabi Adam dan Hawa. Semasa ALLAH turun diorang ke muka bumi, korang fikir adakah ALLAH tuerunkan diorang dalam keadaan macam beruk?

Macam ney?

besornyer

Kalau manusia berasal dari beruk, abis tu beruk, kera, lutong dan sewaktu dengannya still ada sampai searang tu apahal pulak? Diorang tak sempat nak bertukar macam Kamen Rider ker? Atau terlepas bas untuk bertukar jadi manusia? Tu antara persoalan yang sering terlintas dekat kepala otak aku kalau aku terfikir mengenai Darwin yang macho dengan janggutnya yang bapak panjang. Kalau buat penyapu sampah pun aku rase boleh.

Adakah ini rupa beruk sebelum jadik manusia?

sebelum jadi manusia

Korang dah Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan? Lagi satu, yang agak dasyat, manusia zaman sikalang nak jadi beruk pulak dengan buat ajaran baru DARWINISME. Fuh, tekejut aku masa baca Mastika edisi bila entah. Diorang berbogel beramai2 laki ngan pompuan duk skali. Diorang duduk dekat kawasan yang terbuka(nasib aku xda masa dirang buat, kalu tak abis aku kerjakan minah tu) hehehe, itu hanya khayalan bukan betul ta. Kita balik kat isu utama, ajaran mamat tu pun dah ada sampai kat Malaysia. Aku ada baca, tap aku tak sure kat area mana.

Aku rasa tu dah cukup untuk membuktikan bahawa teori Darwin tu salah. Lagi satu, aku tengok satu video yang dimana menerangkan mengenai kisah perjalanan sejarah manusia. AL QURAN. Ya kitab suci itu adalah rujukan sejarah yang paling tepat kerana penceritaannya dalah mengikut susunan Nabi dan Rasul yang telah di utuskan oleh ALLAH. Lansung tidak menyentuh manusia berasal dari beruk, tapi kera dari manusia ada. Yang dimana ada satu golongan yang ditukar menjadi beruk. Semua gara-gara ingkar kepada larangan ALLAH menagkap ikan pada hari Sabtu, tapi diorang degil diorang tangkap jugak dan akhirnya jadilah kera. Ney info yang aku baca dari blog ney.

Jadi, moralnya. Sebelum kita nak percaya sesuatu kita kena selidik dan fikir dengan akal bukan dengan kepala lutut atau betis kering. CHOW!!

Wassalam.

read more

Lain Padang Lain Belalang, Lain Orang Lain Style

Assalamulaikum,

Program-Latihan-Khidmat-Negara-237x300

Berkhidmat untuk Negara,

Berbakti penuh setia,

Satu hasrat, satu tekad bersama.

Aku duk memikir, amende aku nak update blog aku tadi. Dah aku tak ada idea, aku pun gi tido. Alhamdulillah, masa dekat-dekat aku nak terlelap@berdengkur tiba2 aku tiringat kat kawan2 aku masa dekat dalam kem PLKN.

Yup, aku budak PLKN. Aku dulu dapat kat Sik, Kedah. Kedah lagi, bila la kau buleh kuar dari situ. Tapi korang jangan duk nak salah anggap. Aku gi sana terkejut babun, rupa2nya budak2 kedah yang kat sanajadi golongan minority atau yang ciput ja. Bayangkan, punya la qamai budak2 kelantan. Ya Rabbi, memng tertekan aku masa 1st week kat sana. Da la kau tak penah ada kawan Kelantan sebelum ney. Dapat pulak geng yang pekat gila babeng. Fuh aku lansung tak paham amenda diorang cakap.

Aku just nak share satu ajer, pasai sowing budak cina. Sebelum ney aku memang ada kawan dengan budak cina, tapi perangai diorang memang masalah. Sakit jiwa aku. Yang bestnya, budak can ney nama dia Lee Siew Ping, aku tak sure betul ke tak aku eja tu, hentam sajalah. Kitorang panggil Chu Ping ajer. Dia pulak jenih lepak, tak kesah lansung. Aku bukan apa, aku kagum dengan sikap dia. Dia memang rapat gila dengan kami. Korang boleh bayangkan tak, waktu geng2 cina yang lain duk melepak dia dengan selamba mai lepak dengan kami.

Memang jadi kebiasaan kami sebelum nak semayang magrib, kami kena kumpul dulu. Yang paling aku tak leh lupa, ada satu petang dia kami paksa dia pakai pakai baju melayu. Fuh, memang macam owang lain aku tengok dia. Petang tu dia memang jadi perhatian mencapap giler, bukan mencipap. Stat dari tu, kitaorang panggil dia Ibrahim, idea dari Muk.

Tapi, beza dengan budak india, pegh diorang punya perkauman punya la kuat. Makan skali dengan geng diorang. Lepak dengan geng diorang. tah2 buang air besar pun skali aku rasa. Walau duk sebilk, jarang giler diorang nak sembang dengan kami. Kalau siapa yang kena aku, memang diorang tau mulut aku macam mana. Aku tibai panggil geng hindraf ja budak-budak tu. Ada satu malam, semua budak dorm aku kena panggil masa owang tengah syok tido pasai depa duk merayau tengah2 malam. Hangin satu badan, dah la esok tu nak kena bangun awai pulak. Nasib malam tu diorang tak kena hentam dengan kami, bukan apa kami baik. Macam aku ler. hahahah

Jadi, apa yang aku nak cuba sampai kat sini, korang kawan la dengan semua orang. Dengan berkwan korang akan lebih mengenali dunia ney dengan lebih cepat. kenai hati budi orang, belajar cara nak pilih kawan. Semua tu penting, dalam mendidik kita jadi insan yang ada jati diri. Nak lagi bez korang cari bangsa lain, memang bez. Lagi pun sapa suka du sowang2 ye tak?

read more

Mari Belajar Loghat Kedah Siri 1

Assalamualaikum,

jata negeri kedah

Memandangkan aku adalah anak jati Kedah, dalam entry kali ney aku nak ajar korang macamana nak belajar loghat Kedah cara mudah dan senang. Aku stay kat dalam kedah agak lama dalam 18 tahun sebelum aku stat belajar kat UIA PJ tahun lepas, jadi aku rasa pengalaman aku yang lama duk kat sana membuatkan aku agak pekat dalam loghat Kedah.

Aku kat dalam dorm suka suruh kawan aku teka loghat Kedah. Aku bagi loghat kedah aku sruh diorang translate gi loghat KL.

Jadi, aku terfikir untuk buat pembelajaran loghat Kedah ney dalam siri. Aku malas nak bagi semua nanti korang x paham pulak apa yang aku nak tulis.

Ini adalah siri pengenalan, jadi aku tulih skit saja dan dalam next entry insyaallah, aku buat lagi detail.

 

Pelajaran 1

Kita stat dengan basic dulu, macam korang tau loghat Kedah ney kebanyakkan  huruf ‘R’ diganti dengan huruf ‘Q’, jadi hasilnya bunyi yang agak kasar kalau kita dengar. Tapi owang Kedah mostly baek2 belaka, contoh dier AKU. (yer ker mamat ney)

kita ambil contoh:

Belajar>belajaq

Lapar>lapaq

kelawar>kelawaq

itu adalah yang paling basic, dan mudah bagi korang untuk stat memahami loghat kedah. Insyaallah aku akan cuba untuk buat dalam loghat yang lain pulak dimasa hadapan. aku just nak tunjuk kat semua bertapa indahnya kehidupan kita yang berbilang bangsa dan budaya.itulah yang best, membuatkan kehidupan kita lebih menarik dan istimewa. Dan aku rasa tu cukup untuk entry kali ney dalam siri Mari Belajar Loghat Kedah. semoga kita berjumpa lagi dalam Siri 2 dan seterusnya Insyaallah.

perasmian 2

Jadi dengan ini, saya, esanudyn@the kunyit merasmikan post educational yang pertama dalam blog saya.

Wassalam.

read more

Isnin, 18 April 2011

Sketsa Kehidupan.

just4laughSedutan Hantu Kak Limah Balik Kampung!! Hehehe

Rekaan semata-mata.

read more

Samseng Jalanan VS Samseng Lautan

Assalamualaikum,

rem-it

Lepas semayang subuh tadi, aku macam besa la gi on lappy n tengok kat Berita Hairan Online tengok cita apa yang bez. Aku agak terkejut la, aku selama ney duk besa dengar pasai kisah samseng jalanan jer tapi pagi ney aku terbaca pasai samseng lautan atau nelayan yang samseng.

Kenapa diorang di gelar samseng? Sebab diorang g tangkap ikan dah la pakai pukat tarik, pastu g serbu tagkap dekat jeti berhampiran jeti orang, mau orang tak marah. Habis ikan diorang kebas, cian kat nelayan yang kena kebas ikan berhampiran. Bukan la aku nak cakap laut tu diorang punya, tapi piker la tempat banyak lagi periuk nasik orang jugak diorang gi sapu.

Lepas tu, yang bez nya, kalau geng pak cik ngan mak cik nelayan yang kena kebas tu g buat repot polis, memang diorang cari nahas. Fuj, macam geng Yakuza ngan mafia la pulak. Aku masa kat kampong dulu pun, ada la jugak member yang ikut kongsi gelap ney macam Geng Tok Ayah ngan Geng 3 Line(bukan adidas tau) diorang tak la ganaz macam ney. Yang geng nelayan ney lagi samseng rupanya. Aduh…

syamsul

Kepada yang rapat o sedara dengan Syamsul si anak Yusof Haslam tu, korang buleh la suggest kat dia buat cita o filem pasai SAMASENG LAUTAN pulak. Hahahah mesti kotak pejabat punya aku rase.

Lepas ney, maybe kita buleh dengar cita pasai Samseng Awangan. Geng pilot jadi samseng kat atas sana, pastu gi nyakat pilot lain waktu diorang tengah drive kapal terbang…

Jadi, sekian dulu. Aku nak kena sambung study, malam ney aku ada exam mid sem. So doakan kejayaan aku.

Wassalam.

read more

For First-Time Lovers (Banmal Song) dan Kord Gitar.

Assalamualaikum,

banmal

Kali ney aku nak share satu lirik lagu korea yang telah di tukar kedalam bahasa melayu. Cita ney adalah series ‘We Got Married’ dari korea. Dalam aku tengah cari mencari lagu kat 4shared.com, tiba-tiba aku terjumpa lagu ney. Minah yang yang nyanyi lagu ney sedap gak r suara dia. Jad aku pun teringin nak tulis balik lirik dia dan kongsikan dengan korang.

Aku tingin nak duet lagu ney ngan someone yang reti maen gitar, kiut giler aku tengok diorang maen skali.

Lagi pun aku pun x penah tau apa tu FALL IN LOVE. Yer ker? (macam nipu jer mamat ney)

Kepada yang tahu memetik gitar tu, aku pun ada cari dia punya kord. Kalau korang nak tahu lagu dia macam mana, carilah kat GOOGLE or You Tube….

Saksikan, ENJOY!!!

Banmal Chord

For First-Time Lovers (Banmal Song) –

Malaysian Version

pertama kali jumpa mu,

senyuman mu riang tapi tersipu malu

kita pasti akan lebih lagi rapat

tiap hari hati berbunga

apa yang harus ku kata

bagaimana membuatmu tertawa

risau jadi kaku berpegangan tangan

hanya mampu senyuan tersipu

c/h

ku harap kita bicara dengan lebih mesra walau kaku

dan juga asing buat kita

terima kasih ku kan ku pinta

bicara pada ku penuh mesra

kuharap kita bicara dengan penuh mesra

hadirlah kau dan perlahan-lahan

lihat dan pandanglah kemata ku

dan luahkan lah cinta mu

hari ku pegang tangan mu

hatiku bagai berhent berdngup

ku lupa semua apa yang ku kata

hanya debaran ku rasa

c/h

ku harap kita bicara dengan lebih mesra walau kaku

dan juga asing buat kita

terima kasih ku kan ku pinta

bicara pada ku penuh mesra

kuharap kita bicara dengan penuh mesra

hadirlah kau dan perlahan-lahan

lihat dan pandanglah kemata ku

dan luahkan lah cinta mu

ku harap berdua akan jatuh cinta

ku pasti tak akan lepas kedua tangan mu

cahaya matau menusuk ku

semoga hanya ada bahagia

mungkin nanti kita berdua akan jatuh cinta

sentiasa kita bersandaran

pandangan mata mu ke mata ku

ucapkan ku cinta mu......


Kord Gitar:-

Banmal Song chords with chord fingering positions:

Am x02210

Am7 x02010

Bm7 x24232

C x32010

D xx0232

Dm xx0231

Dsus4 xx0233

E7 020100

Em 022000

G 320003

--

Intro:

G D Em D

Verse 1 (Seohyun):

G D Dm E7 Am7 Am C D-Dsus4-D

G D Dm E7 Am7 Am C D

Chorus:

G D Em D-G C-D Bm7-Em C D-Dsus4 D

Talking:

G D Dm E7 Am7 Am C D-Dsus4-D

G D Dm E7 Am7 Am C D

Verse 2 (Yonghwa):

G D Dm E7 Am7 Am C D

Chorus + Ending:

G D Em D-G C-D Bm7-Em C D-Dsus4-D

G D Em D C-D Bm7-Em C D

G Gsus-G

G

Jadi, selamat mencuba. Aku dah cuba nak masukkan kord gitar dengan lirik tu, x siap lagi. Dekat seminggu dah aku try. Kepada yang terer main gitar n bukan amatur mcam aku, tolong setelkan yer!!!

read more

Ahad, 17 April 2011

Signifikasi Pembangkang dan ‘Bad Guy’.

Assalamualaikum,

fight

Aku nak ucapakan tahniah kat BN sebab diorang menang lagi dalam PRU kali ney. Kepada PR dan lain lain, lepas ney ada peluang buat yang terbaik untuk mengubah sistem poltik kat Malaysia.

Aku belajar benda ney masa kat dalam kem PLKN. Peranan kerajaan dan pembangkang. Apa yang aku tau, pembangkang ney lebeh kepada Penasihat kepada kerajaan. Yer ker? Korang mesti konfiuskan. Dia macam ney, setiap apa yang kerajaan buat,mesti ada cacat cela yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Lepas tu, pihak pembangkang pulak, bukan le tugas depa nak kondem, kerajaan saja. Depa lebih kepada nak MEMPERBETULKAN apa kesalahn yang dbuat oleh pihak kerajaan. Itu peranan utama kerajaan.

Kita sering salah faham dalam konsep ney, terutama pihak kerajaan. Depa kadang-kadang terlalu SAYANG kuasa diorang sampai depa tutup mata setia kesalah yang depa buat dan anggap pembangkang nak jatuhkan depa. Depa kena sedar yang pembangkang cuba memperbetulkan sesuatu yang tidak betul.

aku jenih open minded skit, baru-baru ney aku ada sembang dengan kawan aku. Dia cakap, sometime kita kena jadi orang jahat untu buat benda baik. Ney contoh yang dia bagi kat aku. Korang mesti ada ingat kisah yang jadi dekat Perak dulu, ala kisah yang BN kalah dan tak puas hati dan bawak masuk kes tu dalam mahkamah. Korang mesti Nampak SOMEONE jadi orang jahatkan? Kawan aku cakap, semua tu berpunca daripada tidakan Pihak yang menang melantik 3 orang bukan melayu dari 5 untuk jadi DUN. Mean lagi 2 adalah orang melayu, jadi kita akan jadi minority.

Kesan daripada tu, kita akan kalah dalam setiap apa yang akan dibincangkan terutama mengenai agama jika dibincangkan dalam dewan sebab ‘diorang tak paham’, untuk mengelakkan benda ney dari terjadi makan kerajaan terpaksa main kotor untuk jaga kepentingan orang melayu. Ney adalah pandangan kawan aku ketika kitaorang lepak lepas latihan silat. Jadi, korang dah paham kat situ.

Kalau korang x sure ka hape ka, bleh la tinggalkan komen, insyaallah aku akan balas.

Sekian.

read more

Isnin, 4 April 2011

Permainan Politik Berterusan.

Assalamualaikum,

images (10)

Bebaru ney hot pasal kes filem terbitan ahli politikus yang yang dibintangi oleh tiga orang mat boroi. Kecoh satu Negara pasai benda tu. Kes yang menark dan menimbulkan banyak pesoalan dalan dalam kalangan kita semua. Jadi, aku nak bagi pendapat aku yang bernas nasional ney, mungkin ada yang bole terima, silakan yang tak leh ikut suka bukan kacau hidup aku pun.

Aku dapat tau kisah filem ney masa aku on the way nk balik sini dari kampong aku. Masa aku kat atas bas, aku ada ternampak pasal movie ney kat paper, kau malas nak aamik tau mula-mula tapi makin lama makin hot. Aku pun setiap hari tengok dia punya perkembangan.

Bila kisah ney kuar, aku terperasan yang pilihan raya memang dekat sangat. Jadi aku punya kesimpulan yang memang ney adalah permainan ahli politikus yang kotor dan bengap. Hanya gilakan kuasa. Tapi, ney merupakan suatu petanda yang menunjukan yang kere-beruk-ungas-jaan memang takut dengan datuk anwar Ibrahim, syabas datuk. Jadi, dalam usaha diorang nak jaga diorang punya punggung agar sentiasa buleh memanaskan kerusi di parlimen, macam-macam diorang buat.

Berbalik kat trio yang bijak skali perancangan diorang. Namun, kalau bodoh memang bodoh sejak dari azali lagi. Kita buleh tengok yang bertaa kera-beruk-unggas-jaan sangat berat sebelah dalah kes ney. Diorang yang buat tayangan tu boleh disabitka kesalahan mengedar bahan lucah kepada awam dan boleh dikenakan penjara tiga tahun. Tapi apa kera-jaan buat aku nak Tanya korang? Diorang masih lagi bebas, x kena tahan pun. Malah makin boroi dengan dosa.

Kita singkap balik kisah dulu sewaktu mamat gay wat pengakuan, aku nak korang fikir macam aku kejap. Korang piker, apa mak bapak dia rasa lepas dia buat benda tu? Adakah diorang berasa macam ney; bangganya aku, anak aku gay rupanya? Semsestinya tidak, jadi korang Nampak tak itu adalah bermulanya permaina kanak-kanak dalam arena politik di Malaysia. Mamat gay tu, ada sampai beberapa sampel air mani kat dalam jubor dia. Pegh, teruk betul mamat tu. Tu menunjukan yang dia memang penah wat benda tu. Pastu suka suki dia nak libatkan orang.

Lagi satu, polis pun terlibat jugak dalam permainan politik ney. Aku bukan cakap kosong, bukti memang ada. Kalau korang selalu membaca kat dalam internet, mesti korang tau yang pihak polis dah disturb dua kali ceramah datuk anwar. First skali, masa ceramah DNA (Datuk Najib Altantuya) 2nd masa diorang nak ceramah kat kedai makan kat mana entah aku tak ingat. Jadi korang piker la sendiri. Zaman sekarang ney semua orang ada harga, polis pun tak terlepas. Korang boleh tengok berapa banyak polis duk suap-menyuap. Aku gi tau kat korang pon bukan auta, tapi fakta. Kadang2 polis tu x maw pun terlibat, tapi nak buat macam mana arahan orang atas macam Datuk Najis 1 Malaysia. Diorang nak buat macamana, x kan nak melawan? Kalau melawan memang x lama la diorang keja kat situ.

Berbalik kat filem tiga orang boroi tu, aku rase korang mesti ada otak untuk berfikir. Memang filem tu tulen, tapi adakah pelakonya TULEN? Korang cuba Tanya polis, konfem diorang tak buleh nak jawab sebab tak tahu. Jadi, apa saranan aku, TANGKAP TIGA EKOR BERUK BOROI DAN SIASAT DIORANG!!!!!

Walauapa pun, aku tetap akan sokong belakang Datuk Anwar.

images (2)

Sekian.

Wassalam.

read more

Ahad, 3 April 2011

Minyak Naik!! Barang Naik!! Semua Naik!!

Assalamualaikum,

images (1)

Aku baru2 ney ada terbaca Berita Hairan Online, dia cakap yang harga minyak naik lagi, dan minyak yang kita duk guna la ney pun x slamat lagi, Ron 95. Dikatakan yang minyak Ron 97, minyak yang lagi elok dia punya kualiti tu naik 20 sen. Aku rase mesti korang piker, ala 20 sen je pon bukan banyak pun. Cik adik, cik abang, mai sini aku nak cita apa akan jadi kalau minyak naik.

First of all, kalu minyak naik harga barangan dan perkhidmatan akan sudah semestinya poooom melompat lagi tanggi dari katak dia naik. Yang perit dia, pengguna terutama golonngna yang berpendapan rendah. Aku yang student ney pun dah buleh qasa. Slalu kalu aku g makan kat kafe ABC, slau kena charge dalam 2.30>2.50sen untuk seketul ayam+nasi. Tapi masa aku lunch tadi, diorang hetam kat aku sampai 3.00. tegezut orang utan aku, mak ai. Mahal giler. Kalu ari2 macam tu mau pokai aku. Dah la short sem ney x dapat elaun. Lagi la paqak aku qasa.

Kera-jaan pulak duk laung, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kalu korang amati balik betui2 apa yang diorang cuba maksudkan, mesti korang perasan yang kalau harga barang naik rakyat dahulu yang akan rasa pedih diorang x rase apa2 pun. Lagi satu, harga minyak kalau naik ada kemungkinan bleh turun balik tu pun kena tengok atas beberapa faktr macam politik Negara yang bekal minyak. Tapi, kali harga barang ngan perkhidmatan yang naik, susah nak buleh turun bang. Mungkin tak trun trus aku rase.

Jadi, aku nak nasihat kat anak2 yang x penah nak paham macamana susah nak cari duit nak bagi kat korang, jangan la membazir dan guna duit yang diorang bagi kat jalan yang tidak sepatutnya. Susah o nak cari duit. Kena marah, kena maki dengan majikan. Korang senang2 jer, ayah duit! Mak duit! Cuba korabg belajar aham orang lain, baru orang lain akan cuba nak paham korang.

images (2)

Ney aku nak bagi contoh:-

Minyak Naik > Kos Penghantaran Naik > Peniaga Terpaksa Jual Mahal nak cover modal > Harga Barang Naik > Golongan Pendapatan Rendah N Serdahana Tersepit(mak bapak korang la) > Masalah Keluarga > Penceraian.

Kepada yang paham tu, tolong la berubah. Jangan nak menyusah mak bapak korang yer. Sekian.

Wassalam.

read more

Jumaat, 1 April 2011

Carta Tahap Bahaya Radiasi

 

Assalamualaikum,

Aku dapat satu pic ney dah lama dah. Saja aku x upload sebab aku x tau nak share kat mana, tapi memandangkan internet sudah kembali laju, jadi aku upload la untuk korang.

9e7ea16a1f0666c72f12a0cbd64fd89ea758b3069ee56d62c151208abc34b69ad29f03de009ab405308cb5890b3c1b954963f6e00b16920

Bila dah baca tu, korang pikir la apa yang rakyat Jepun mungkin akan hadapi.

Wassalam.

read more

Situasi Jepun dari Kaca Mata Aku.

japan

Ney adalah apa yang aku terpikir waktu aku tengan duk sembang dengan kawan2 aku. Biasala budak laki, sembang isu semasa, bukan macam kaum lagi satu, gossip memanjang. Ok aku staright to the point.

La aku nak share dengan korang pasai apa yang dah jadi kat jepun. Aku bukan la penganalisis politik ke hape ke. Just student ict yang pernah kena dismiss. Ok, balik kat cerita jepun. Aku nak bagi pemdapat aku selepas belakunya sunami n gempa bumi. Dari segi pandangna aku, aku nak bahagi apa yang terjadi dekat jepun kepada beberapa bahagian iaitu politik, ekonomi, masyarakat, Negara dan dunia.

 

Politik

Macam kita tau, politik jepun memang dalam bahaya sebab Negara jadi x stabil so, kalau kena serang(kalau ada la) sudah kompom jepun akan jatuh kenegara yang menyerang. Kalau kita tengok, waktu nil ah boleh kita tengok sapa yang betui-betui Nampak macam pemimpin, kalau orang yang memerintah sebab kuasa, pangkat dan duit sudah lama dia ilang dari bumi jepun untuk cari perlindungan tapi, kalau pemimpin yang betui nak membantu rakyat dia akan stay dengan rakyat walaupun apa yang terjadi. Sebab tu, golongan yang pertana yang akan masuk NERAKA adalah pemimpin, x kira la ketua kampong ke, suami ke even ketua kelas(hanya tambahan). Jadi, jepun memang sangat lemah sekarang.

Ekonomi

Ney, aku agak terer sebab aku dulu ada amik akaun. So, aku pun tau la sedikit sebanyak pasai ekonomi ney. Ok balik kat pokok cerita. Bila berlaku macam tu, pelabur adalah orang pertama yang akan blah dari bumi jepun. Diorang akan jual diorangpunya saham. Jadi Negara yang dah teruk kan jadi bertambah teruk. Ada baikya jugak time ney. Kalau ada orang yang minat pasai saham and pelaburan mesti ada terfikir macam aku. Jepun adalah sebuaj Negara yang sangat hebat dari teknologi, jadi tidak mustahil hanya dalam masa yag terdekat dia akan kemballi pulih, jadi dari situ aku fikir kalau ada orang yang bijak, better beli saham tame ney sebab murah. Pelabur hlang keperayaan terhadap ekonomi jepun. Jadi untuk memelepaskan pegangang depa akan sanggup untuk jual asalkan dapat balik duit depa walau[un sikit. itu situasi yang pertama, jadi bila kita tambah dengan anggapan aku, saham tu akan kembali menjadi normal dalam massa yang terdekat. So korang piker a.

Tadi dari segi pelaburan, ney aku punya pandagan dari segi sector makanan dan pembuatan. Yang aku pasti dan sesangat sure adalah, qamai orang akan takut untuk beli barangan yang dibuat di jepun buat masa ney disebabkan oleh radiasi yang di pncarkan dari fukushima. Jadi dari bukan hanya barangan mentah yang basah sahaja, tapi makanan yang diproses. Dari ketakutan itu, ekonomi jepun akan menjadi bertambah lemah, lemah dan terus lemah. Bukan hanya orang diluar, aku pun takut ngan barangan jepun la ney. Kepada mereka yang tahu bahaya radiasi, aku rasa tentu korang paham perassan aku. Baru-baru ney, karajaan indon(yang belagak nak ganyang Malaysia tu) terpaksa scan dulu ikan yang di import dari jepun sebab depa tak mau rakyat depa hadpi masalah radiasi.

Masyarakat

.

Penduduk jepun yang tinggal kat area fukushima adalah yang paling terjejas, sebab depa dah tak buleh nak ballik kat umah dah. Kalu nak balik jugak. Sendri mau tanggung r sebab radiasi. Kita tengok dulu, kesan Hiroshima, aku rasa buleh tengok sampai la. Ada anak-anak depa yang cacat disebabkan mutasi dari sinaran radioaktif dari little boy. Jadi, penduduk fukushima mungkin juga akan hadapi masalah yang sama kalau depa still berkeras nak stay kat umah depa. Mungkin juga suatu hari nanti, jepun akan jadi macam ukrain dulu, satu town ditinggalkan sebab masalah yang sama.

Negara

Apa yang aku nak cerita bukan untuk Negara jepun, sebab hampa pun sudah sedia maklum apa yang jadi kat jepun. Apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah, Negara-negara jiran akan mula merasa kesan dari bertambahnya bilangan pendatang asing yang berasal dari jepun.

Dunia.

Memandangkan jepun telah mengambil langkah yang terakir untuk menyejukan reactor nuklearnya. Kesan dia akan dirasai olejh seluruh penduduk dunia suatu masa nanti. Sebab air dari loji diorang akan mengalir masuk kedalan lautan terbuka dan akan effect ikan dan semua hidupan didalamnya. Lagi satu, air dalam lautan akan sentiasa mengalir, jadi tak mustahil radiasi tersebut akan tersebar keseluruh dunia.

Ney contoh:-

Air dari loji>laut>effect semua hidupan>mengalir>manusia.

Aku rasa korang tetu boleh agak apa yang aku cuba sampaikan. jadi aku harap korang boleh berfikir dengan waras.

Wassalam.

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...